Thursday 1 August 2013

CABARAN 2 : Medical Check Up!

Salam semua,

Ya, setiap permohonan belajar/kerja dll biasanya memerlukan Medical Check Up untuk memastikan tahap kesihatan kita.

Setelah mendapat nasihat dari Along, sepupu Pok Su, (melalui facebook) beliau meminta saya uruskan medical check up dengan cepat. Kerana medical check up biasanya memakan masa yang lama terutamanya di hospital kerajaan. Beliau menceritakan pengalaman medical check up beliau yang agak lewat dibuat. Jadi, beliau memilih untuk melakukannya di Hospital Pantai. Keputusan terus diperolehi esoknya.

Dalam kelam kabut mengisi borang, pada mulanya saya ingin membuat check di hospital kerajaan tetapi memandangkan telah kesuntukan masa saya akhirnya membuat medical check up di Hospital Pantai Pandan Indah pada 26 Feb 2013.

Pada mulanya, saya telah pergi untuk membuat medical check up di Hospital Ampang puteri pada 25 Feb 2013. Namun perkhidmatan Medical Check Up telah pun ditutup kerana saya hadir agak lambat.

Satu kejadian yang tidak diingin berlaku di sana. Saya membawa anak saya yg ke-4, hulaif bersama waktu tu. Ketika kejadian, saya dan hulaif dalam perjalanan ke kereta semula setelah kecewa tidak dapat buat medical check up. Hujan renyai-renyai waktu tu, jadi kami berjalan dengan cepat menuju ke kereta. Semasa hulaif ingin melangkah longkang besar, dia bergantung dengan kuat pada saya kerana tidak yakin untuk menyeberangi longkang. Akan tetapi, akibat langkahan longkang tu, kami semua tergolek kerana hulaif tergelincir dan saya ingin menyelamatkan kepalanya dari jatuh mengenai jalan. Yang agak parah ialah saya! Hulaif hanya luka sikit dan saya mengalami luka yang agak teruk dilutut dan tangan. Kesakitan yang melampau sehingga saya rasa tidak mampu untuk bangun. Nasib kami baik sebab hanya dua orang yang ada di kawasan tersebut. Tak lah malu sangat. Baju kurung saya koyak dan kotor disebabkan air tanah yang basah. Lama juga saya berehat dalam kereta sebab rasa tak mampu bergerak. Akhirnya, bila dah ok sikit, barulah kami bertolak balk ke rumah. Nak solat pun tak boleh duduk tahiyyat dengan baik berminggu-minggu. Dugaan Allah!

Esoknya, 26 Feb 2013, setelah meminta pandangan dari Along tempat untuk medical check up, saya ke Hospital Pantai memandangkan masa perkhidmatannya lebih flesible. Oleh kerana kehadiran saya di waktu petang keputusannya akan diperolehi esok. Kalau buat pagi, boleh dapat terus petang. Tapi keesokan harinya, saya dan keluarga akan bertolak ke Penang untuk ambil Transkrip. Jadi, saya ambil keputusanny pada hari Khamis 28 Feb 2013.

Alangkah terkejutnya saya, apabila doktor yang bertugas bertanya ada tak saya demam waktu buat medical check up. Saya cuma ada selsema sikit la waktu. Tapi keputusan medical check up saya agak kurang memuaskan. Sel darah putih melebih 11.0 iaitu 12.8. Doktor memberi pendapat, biasanya negara Jepun amat menitik beratkan aspek kesihatan. Beliau ada meminta saya mengulangi medical check up dalam beberapa hari setelah mengambil ubat selsema. Memandangkan kesuntukan masa ( saya perlu menghantar borang sebelum 5 Mac), saya hanya berharap beliau memberi komen yang baik mengenai kesihatan saya. Beliau cuba memberi sokongan dengan menyatakan saya masih dalam pengubatan.Keputusan ini, menyebabkan saya balik dan berfikir....

Setelah, berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk mengulang medical check up pada hari Ahad . Pihak hospital hanya mengambil darah semula sahaja. Perkara yang lain tidak diulang. Keputusan diperolehi pada hari Isnin 4 Mac 2013. Alhamdulillah, keputusannya ok. Mungkin, white blood cells tu naik bukan disebabkan selsema tapi luka saya yang jatuh di Hospital Ampang Puteri hari tu. Medical Check Up sangat penting berdasarkan pembacaan saya di internet terutama bagi negara Jepun bagi mengelakkan kita membawa penyakit ke negara mereka.

Jadi, pastikan laporan medical check up anda adalah sangat baik dan memuaskan sebelum menghantar borang latihan perguruan, ye... Wassalam

No comments:

Post a Comment