Tuesday 6 August 2013

CABARAN 7 : Penghantaran borang permohonan!

Salam semua,


Saya bercita-cita untuk menghantar borang pada 4 Mac 2013 ( Isnin ) setelah mengambil keputusan medical check up yang kedua! Namun begitu, disebabkan penyemakan terakhir belum betul-betul dibuat, bercadang akan menghantarnya sendiri pada 5 Mac 2013.

Alhamdulillah, satu demi satu cabaran ditempuhi dan berjaya selesaikan. Medical Check Up dah settle. Sekali lagi saya bangun pukul 3 pagi untuk membuat penyemakan terakhir borang permohonan. Banyak juga perlu diperbetulkan hingga ke pagi. Saya ke sekolah tanpa sempat menyusun borang-borang mengikut kehendak senarai semak. Semuanya saya bawa ke sekolah bersama.

Memandangkan waktu pengajaran yang berterusan dan penyemakan yang kurang teliti, saya terfikir untuk meminta penangguhan penghantaran dari KPM. Saya menghubungi pihak berkenaan dan meminta penangguhan jika tidak sempat menghantar petang nanti. Pegawai yang terlibat hanya boleh membenarkan penangguhan sehingga pagi esok sahaja ( 6 Mac 2013 ) sebab pada waktu petang senarai pemohon akan dibuat untuk dihantar kepada pihak kedutaan Jepun. Saya berjanji untuk cuba menghantar borang pada petang itu juga sekiranya sempat.

Saya cuba menyusun borang-borang dan lampiran dalam waktu-waktu yang terluang. Alhamdulillah, setelah tamat waktu sekolah, saya ke cyberjaya dengan bantuan suami. Setelah berpuashati menyemak permohonan, saya melangkah masuk ke bangunan tajaan biasiswa dengan diiringi doa dalam hati. Saya sudah berusaha sedaya upaya, mengisi dan menyiapkan keperluan yang dikehendaki. InsyaAllah, Allah akan bantu. Wassalam

No comments:

Post a Comment