Friday 14 February 2014

Peluang Belajar di Jepun untuk Guru ( sessi 2014-2016 )!

Assalam... Baru lihat tawaran Belajar di Jepun untuk guru-guru dalam website Embassy of Japan in Malaysia! Kepada guru-guru yang berminat, bolehlah pohon... Memang sangat seronok belajar di Jepun... berdasarkan pengalaman selama 4 bulan lebih ni. Banyak benda baru yang saya dapat sepanjang di Hiroshima ni... insyaallah, lebih kurang 1 tahun 1 bulan lebih di sini akan dimanfaatkan sebaik mungkin! Alhamdulillah... Iklan Tawaran Teacher Training Program 2014 Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Teacher-Training (A) Application Period: January ~ February every year (B) Application Due Date for Academic Year 2014: 11 March 2014 (C) Overview: ( English / Chinese ) (D) Press Release: ( English / Bahasa Malaysia / Chinese ) (E) Application Guidelines & Forms / Course Guidebook: Guidelines & Forms / Course Guidebook ** Please visit Public Service Department of Malaysia website for full set of application forms and requirements in details. (F) Application Process: IMPORTANT NOTES: January ~ February Submit application form to the Public Service Department of Malaysia by due date. March Interview. Only successful candidates will be notified to attend the interview. August Notification of final result. October Depart to Japan. (1) Late submissions will not be entertained no matter what reasons are given. (2) Applications without sufficient documents (stated in the guidelines) will not be considered. (3) Submitted application forms and documents will not be returned, whatever reasons given. (4) The decision on successful candidates made by the Embassy of Japan is final. Any queries on the final decision will not be entertained. Link: http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm#E Selamat Memohon! Wassalam

Wednesday 5 February 2014

Hiroshima : Peluang menunaikan Haji dari Jepun

Salam semua,

Sewaktu pulang seketika ke Malaysia selama 2 minggu ( 24 Dis 2013 - 7 Jan 2014 ), saya sempat melawat ke sekolah saya untuk menguruskan beberapa perkara.

Saya juga berpeluang berjumpa dengan Guru Besar, Puan Mintal binti Masri yang baru pulang dari menunaikan Haji di Mekah dan seorang ibu pelajar, yang suaminya dulu merupakan bekas pelajar di Jepun juga.

Kami sempat berbual mengenai Jepun dan pengalaman Pn Mintal semasa menunaikan Haji. Apa yang menariknya, beliau memberitahu saya mengenai pertemuan beliau dengan seorang warga Indonesia di Mekah yang menyatakan bahawa dia ke Mekah bersama suaminya, melalui Jepun. Suaminya merupakan pelajar di Jepun dan mereka mengisi kuota di Jepun untuk menunaikan Haji. Menurut cerita Pn Mintal, suami isteri tersebut meninggalkan anak mereka di Jepun bersama ibu mereka yang datang dari Indonesia. Puan Mintal meminta saya bertanya kawan-kawan di Jepun, mana tahu ada peluang Haji menggunakan Kuota Jepun.

Sebenarnya, Puan Mintal merupakan salah seorang yang banyak menyokong saya untuk belajar di Jepun menerusi Teacher Training Program. Beliau banyak mendorong saya untuk terus belajar dan mencari pengalaman baru di tempat orang semasa masih muda. Ketika hampir semua kawan-kawan saya tidak begitu bersetuju dengan keputusan saya untuk ke Jepun, beliau antara yang menyokong kuat keputusan saya. Dari pengesahan borang dan pelbagai surat-menyurat, beliau menyokong penuh segala usaha saya untuk terus belajar. Terima kasih, Puan Mintal atas sokongan Puan.

Dari awal lagi, sebelum beliau bertolak ke Mekah, beliau selalu bertanya saya mengenai pendaftaran haji melalui Tabung Haji. Menurut beliau, pendaftaran haji perlu dibuat awal, agar kita mendapat giliran ke Mekah lebih awal. Tarikh keberangkatan beliau ke Mekah hampir sama dengan tarikh saya bertolak ke Jepun!

Apabila pulang semula ke Jepun, saya masih tercari-cari peluang Haji. Akhirnya, sewaktu ke Masjid As-salam, Higashi-Hiroshima, saya terjumpa risalah Haji. Alhamdulillah! Saya mula berbincang dengan suami secara online, dan bercita-cita untuk menunaikan Haji menggunakan Kuota Jepun.

Wassalam