Saturday 29 November 2014

Ringo Gari di Kajitsu no mori

Salam Semua,

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kami sekeluarga merasai keseronokan ringo gari. Pada mulanya, nak cuba 'kaki gari', tapi semua kebun dah tutup utk kaki (persimmon). Ada satu kebun, nun jauh di Okayama, tapi tak pasti ada lagi atau tidak sebab dalam tu tu rurubu.com, tiada laman web untuk kebun tu.

Jadi, kami pun ubah  destinasi ke Mihara. Lagipun, di Kajitsu No Mori, hari ini merupakan hari terakhir untuk Ringo gari. Sambil tu, boleh juga kutip telur ayam di sini.

Pintu masuk

Ladang epal

Selain sekeluarga... hulaif hanya nampak kepala

Dalam kebun

Macam dalam lukisan... mmg cantik kebun dia

Makan epal di tepi ladang



Sunday 23 November 2014

KUDAMONO GARI

Salam semua,

Fruit Picking atau Kudamono Gari merupakan aktiviti yang sangat terkenal di Jepun. Sebelum ini, kami dah merasa Ringo gari ( Apple Picking ) dan Mikan gari ( Orange Picking ). Hari ini merupakan cuti umum di Jepun. Jadi, semalam saya cuba cari tempat-tempat untuk fruit picking supaya masa cuti dapat dimanfaatkan bersama keluarga.

Akhirnya, saya jumpa website yang sangat menyeronokkan! Baru jumpa... http://www.rurubu.com/season/  Website ni menyenaraikan tempat-tempat untuk kudamano gari seluruh Jepun.

http://www.rurubu.com/season/autumn/mikaku/

Semua maklumat dalam Bahasa Jepun... tetapi thanks to Mr Google... saya gunakan untuk translate setiap page yang saya tengok!

Ini maklumat kebun-kebun sekitar Hiroshima beserta buah-buahan yang ada di kebun mereka. Bila kita klik kebun tertentu, semua maklumat penting akan tertera dan website kebun juga ada ditulis. Jadi, kita boleh dapatkan maklumat seperti lokasi, musim buah dan harga masuk ke kebun tersebut. Memang terbaik! 

Ni maklumat musim buah-buahan secara menyeluruh di seluruh negara Jepun...

Inilah hasil pertolongan Mr Google Translate... best tak?

Tapi, agak malang... sebab buah-buahan di Jepun ni bermusim... Sekarang ni, musim epal, limau, pear, buah kaki ( persimmon ) dan kiwi sahaja... Tapi semalam merupakan hari terakhir untuk petik buah kiwi. Memang sedih...
 
Ini terjemahan Mr Google untuk Prefecture bagi pencarian kudamono gari!

Ini maklumat kawasan pencarian buah terbaik musim ni...Ada kebun dan buah yang kita bayar untuk makan seberapa banyak yang kita boleh ( all you can eat ) dan ada yang kita kena bayar atau masuk percuma tetapi tak boleh makan di situ... hanya diberi pengalaman untuk petik buah, kemudian bayar buah yang kita petik mengikut harga berdasar berat buah untuk kita bawa pulang.

Ingat nak petik anggur... tapi musimnya dah habis! Dari bulan Ogos hingga Oktober sahaja... Jadi, tak pasti lagi nak petik apa hari ni....

Untuk semua yang bakal datang ke Jepun atau dah berada di Jepun, bolehlah gunakan website di atas untuk berkunjung ke kebun buah-buahan di seluruh Jepun dan sentiasa alert dengan musim buah yang anda ingin kunjungi kerana musim buah-buahannya sangat singkat...Nanti terlepas peluang pulak!

Ja, mata ne...



Saturday 8 November 2014

Day 402 : Oasa Junior Highschool

Salam semua,

Alhamdulillah, hari sangat seronok sebab dapat ke Oasa Junior Highschool sebagai `duta kecil` Malaysia! Pelajar-pelajar antarabangsa dijemput untuk memperkenalkan negara masing-masing untuk session English Activities. 

Kami berkumpul di Student Plaza dan dibawa oleh van ke sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai murid yang sangat sedikit kerana kadar kelahiran di sini sangat rendah dan membimbangkan. Ia terletak di Kita, Hiroshima dan memakan masa lebih 1 jam untuk sampai ke sana dari Universiti Hiroshima.

Pada mulanya, kami dberikan taklimat mengenai kawasan Kita Hiroshima dan maklumat tempat-tempat menarik di sana. Kemudian, sessi presentation pun bermula. Beberapa hari sebelum program, kami diminta menyediakan power point dan diberikan kad besar untuk memperkenalkan negara dan bahasa.

Agak terkejut apabila mula masuk ke kelas untuk memulakan sessi, kerana bilangan murid yang sangat sedikit; 7 orang! Terdapat 2 kelas, jadi satu kelas lagi pun lebih kurang je bilangan muridnya. Saya ingat ramai yang tidak hadir, kerana aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu. Rupa-rupanya memang pelajarnya memang ramai tu je! Kesian, negara Jepun.... 

Tetap bersemangat memperkenalkan negara walaupun hanya sedikit pelajar yang ada. !

Kawan-kawan dari negara lain pun dapat tahu pasal Malaysia jugak!Dari kiri: Kawan-kawan dari Jepun, China Korea, China, Pakistan dan Sri Langka.
 

Bergambar bersama para pelajar dan kawan-kawan selepas sessi kelas pertama tamat


Di kelas satu lagi untuk sessi kedua


Bergambar beramai-ramai setelah makan tengahari!
 
Bergambar bersama lecturer yang membawa kami ( kot kelabu ), kawan-kawan dan guru-guru Bahasa Inggeris Oasa Junior Highschool sebelum balik