Saturday 31 May 2014

Day ( 31 May 2014 ): Children Class - Hiroshima Islamic Culture Centre ( HICC )

Selepas belajar bersama-sama rakan di Masjid As-salam ( Higashi-Hiroshima ), mereka dijamu aiskrim oleh para pembimbing. Terima kasih, ustaz ustazah!

Hidayah, Huraiyah dan Hulaif


Ahmad makan aiskrim bersama kawan-kawan lelaki yang lain... Dafa-kun dan Isumairu-kun!

Wednesday 21 May 2014

19 Mei 2014 - Dapat kereta dari adik-adik 3rd year!

Salam semua,

Alhamdulillah, setelah lama menunggu untuk mendapat kereta, akhirnya kereta Honda Odessey berwarna  silver gelap menjadi milik kami. Terima kasih, adik-adik atas pemberian kereta tersebut.

Kami menghadiah sedikit duit buat adik-adik tersebut sebagai tanda ucapan terima kasih. Kemudian, kami perlu membayar 45 000 yen di kombini untuk memperbaharui insurance kereta tersebut. insuran perlu dibayar setahun hanya sekali.

Syukur pada Allah, dalam usaha kami mencari kereta untuk dibeli, Allah memberi kereta 'percuma' kepada kami.Shaken pun masih ada sehingga 18 Feb 2015, sesuai sangat dengan situasi kami yang akan pulang ke Malaysia pada Mac 2015. Menurut adik-adik, kereta tersebut merupakan pemberian satu keluarga Malaysia yang datang belajar di sini dahulu. Apabila mereka, ingin pulang ke Malaysia maka kereta itu diberikan kepada 4 orang adik 1st year ketika itu.

Setelah itu, mereka berkongsi untuk bayaran shaken, parking, insurance dan petrol. Namun memandangkan kereta tersebut jarang digunakan, mereka terasa terbeban dan berhasrat melupuskan kereta tersebut sebelum insuran pada akhir Mei tamat, walaupun shaken masih ada. Bayaran pelupusan adalah sebanyak 20 000 yen.

Kebetulan En.Nazril ( isterinya, Pn Rozyanti yang juga pendatang baru Hiroshima sebagai pelajar Phd ) mengetahui tentang perkara itu dan beliau juga mengetahui kami sedang mencari kereta, beliau dan salah seorang adik 3rd year ( Saudara Hafiz ) datang ke rumah kami bertanyakan sama ada kami ingin kereta tersebut atau tidak. Apa lagi, pucuk di cita, ulam mendatang... Rasa macam tak percaya, ada orang nak sedekahkan kereta begitu sahaja secara percuma... Yelah, kalau nak lupuskan, mereka kena bayar jugak... Kalau sedekah, tak perlu bayar apa-apa, hilang beban bayaran bulanan dan tahunan dan dapat pahala lagi.... =) Macam simbiosis... Alhamdulillah, rezeki kami! Terima kasih, adik-adik!

Kondisi kereta memang tip top! Masuk kereta, bau macam kereta baru... mungkin sebab jarang diguna. Luas dan selesa dipandu! Sangat sesuai dengan keluarga besar kami! Memang rezeki... Nasib baik tak kena lupus...

Kondisi kereta di Jepun mestilah baik sebelum digunakan di jalanraya. Mereka mempunyai sistem Shaken iaitu pemeriksaan kereta ( macam Puspakom )setiap 2 tahun dan ia adalah wajib! Bayaran Shaken dengarnya agak mahal sekitar 120 000 - 200 000 yen. Semasa pemeriksaan tersebut sebarang kerosakan dikesan dan perlu diperbaiki, barulah dapat Shaken. Kalau ada Shaken, insuran baru berfungsi. Takde Shaken, tak boleh dipandu...nanti kena saman! Ala-ala macam roadtax di Malaysia.. Biasanya, kalau ada kerosakan kereta, pemilik kenderaan akan memperbaikinya sebelum Shaken, agar dapat baiki tempat yang murah dan tidak bermasalah dalam pengurusan Shaken.

Alhamdulillah Ya Allah...