Saturday 14 December 2013

Chilblains!

Salam semua...

Dalam 2, 3 minggu ni jari kaki saya mula bengkak dan gatal-gatal. Mula-mula hanya bengkak dan sakit bila terlanggar sesuatu... ingatkan saya ada terlanggar apa-apa tanpa disedari... pastu jadi bengkak.

Tapi kebelangkangan ni dah mula gatal-gatal dalam ada biji-biji merah pada kaki. Saya mula mengesyaki kaki dijangkiti fungus! sebab bila pakai kasut kaki cepat berpeluh... Cuaca persekitaran pun makin sejuk!

3 hari lepas, anak-anak mula menunjukkan simptom yang sama. Sampai malam tak dapat tidur dengan baik kerana terlalu gatal... Anak ke 3, menangis-nangis bila nak tidur sebab amat gatal. Saya hanya boleh sapu bedak dan minta anak bersabar sebab dalam seminggu lebih lagi kami akan pulang ke Malaysia dan berharap agar cuaca panas dan kering dapat membantu nanti.

Hari ni, saya cuba search internet... untuk tahu lebih lanjut pasal kaki gatal dan bengkak ni. Cari punya cari, akhirnya dapat tahu... rupa-rupanya, ini adalah Chilblains! Penyakit musim sejuk!

Alhamdulillah! Sebab mulanya ingat fungus... siap minta anak-anak basuh dalam kasut masing-masing dan jemur bawah matahari. Penyakit ni rupa-rupanya menyerang bila kaki atau tangan mengalami perubahan suhu yang mendadak. Contohnya, bila diluar rumah terlalu sejuk dan bila masuk rumah suhu dalam blanket terlalu tinggi... Kejutan perubahan suhu menyebabkan salur darah pada kaki dan tangan mengecut dan darah berkumpul menyebabkan bengkak.

So, lepas ni... kena pastikan suhu kaki dan tangan tidak terlalu jauh beza... agar penyakit ni boleh sembuh, Amin. Wassalam.