Tuesday 16 September 2014

Day ( 16 Sept 2014 ) : Jadual Penerbangan Haji

Alhamdulillah, petang tadi dah dapat jadual penerbangan haji kami.

Email yang diterima dari Air1 Travel...

Dear brothers and sisters,

Your flight schedule is here.
You have to be in airport before the departure with in 6 hours. 

Korea Airline & Saudi Airline   
KE-2KE-961SV1466KE-962KE-703
NRT-ICNICN-JEDJED-MEDJED-ICNICN-NRT
24SEP 17:00 - 24SEP 19:2524SEP 22:10 - 25SEP 06:0525SEP 14:30 - 25SEP 15:3014OCT 11:55 - 15OCT 06:2515OCT 10:10 - 15OCT 12:30

We will send you Ticket with your Passport and VISA.

Jadi, terus booking bas Willer Express untuk destinasi pergi balik dari Hiroshima - Tokyo dan Tokyo - Hiroshima.

Doakanlah semoga kami mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di Mekah dan Madinah nanti. Aamiin...

p/s: 
Hari ni badan agak panas dan kurang sihat... nak kata demam, tak jugak... running nose!Tapi masih ke tempat kerja ( part time job ) seperti biasa. Lagipun, hari ni merupakan hari terakhir ke doremi, sebelum bercuti sempena haji. 4 minggu lagi, akan ke doremi preschool semula seperti biasa.  

Suami kata, mungkin Allah nak bersihkan dosa sebelum bertolak ke Tanah Suci. Semoga diberikan kesihatan yang baik di Mekah dan Madinah nanti serta dapat beramal sebanyak-banyaknya nanti.

Monday 15 September 2014

Day ( 15 Sept 2014 ): National Holiday in Japan - Respect for the Aged Day holiday !

Salam semua,

Hari ini merupakan hari cuti di Jepun! Tidak ke mana-mana, hanya berehat di rumah bersama keluarga. Petang pula, keluar membeli-belah barangan dapur di Every.

Bila difikirkan banyak juga cuti di Jepun ni... Tapi, yang bestnya, cuti-cuti di sini lebih 'mesra rakyat'. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, cuti-cutinya kebanyakkanya adalah hari Isnin. Penetapan cuti mereka selalunya bukan berpandukan tarikh, tapi berdasarkan Isnin minggu ke berapa... Best tak? Contohnya, cuti hari ni... Cuti sempena menghormati Hari Orang Tua. Ia disambut pada setiap hari Isnin minggu ke 3 bulan September. Sistem cuti hari Isnin ini dikenali sebagai Happy Monday System. Jadi, dapatlah pekerja di sini bercuti selama 3 hari berturut-turut bermula hari Sabtu lagi.

Orang Jepun memang terkenal dengan budaya kerja yang 'tersangatlah rajin'. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja merupakan 'family day' bagi mereka, tu pun bukan bagi semua orang. Kalau guru, Sabtu pun kena datang sekolah. Dahlah, setiap hari datang awal dalam pukul 7 lebih, balik pula sehingga jam 8 - 10 malam. Padahal, habis kerja pukul 5.30 petang. Murid balik dari pukul 3.30 - 4.30 petang mengikut jadual harian yang diberikan guru. Jadi, cuti hari Isnin ni adalah tepat untuk mereka bercuti panjang sedikit dari biasa.

Berbalik pada Hari Menghormati Orang Tua... Setiap tahun, kerajaan mengumumkan jumlah rakyat Jepun yang berusia 100 tahun ke atas, pada hari cuti ini. Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini ( 2014 ), jumlah rakyat Jepun yang berusia 100 tahun ke atas ialah seramai 58 820 orang! Memang ramai!

Jangan terkejut jika Jepun dinamakan " a land of centenarians" disebabkan populasi orang tua di sini adalah paling ramai di dunia. Centenarian bermaksud orang tua yang berumur 100 tahun ke atas. Purata jangka hayat mereka juga sangat tinggi iaitu 86.61 tahun bagi wanita dan 80.21 tahun bagi lelaki. Kini, Jepun mempunyai 46.21 "centenarians" setiap 100,000 orang.

Wanita paling tua di dunia merupakan Misao Okawa, yang berusia 116 tahun menurut Guinness World Records dan lelaki paling tua di Jepun pula ialah Sakari Momoi yang berusia 111 tahun!

 Dan didapati 90% centenarians adalah wanita! Setiap tahun, media Jepun mengambil peluang untuk menampilkan orang tua, melaporkan penduduk dan menonjolkan orang tertua di negara ini.

Semoga kita semua dipanjangkan umur dalam ibadah dan diberikan kesihatan yang baik di hari tua nanti.... ameen.

Ja, mata ne..



Read more here: http://www.bellinghamherald.com/2014/09/14/3857083/japan-more-and-more-a-land-of.html#storylink=cpy


Wednesday 10 September 2014

Day ( 9 Sept 2014 ) Happy Birthday to you, Abang!

Words can't explain how lucky I am, to have you in my life Ahmad Fikri Mohamed Zahari! May Allah Bless Both of Us With Everlasting Love, Happiness and Togetherness, Ameen...
Otanjoubi Omedetou My Dearest Abang!
Korekara mo zutto sutekina 'abang' de ite kudasai ne...

Monday 8 September 2014

Day ( 8 Sept 2014 ) : Bilik Professor

Salam semua,

Hari ini ada discussion dengan Dr Yamasaki mengenai tajuk pelajaran yang akan dimuatkan dalam report akhir nanti. Sempat ambil gambar bilik Professor hari ni.

Meja perbincangan kami

Almari sarat dengan buku

Belakang tu, ruang khas untuk prof bersama komputer

Masa itu lebih bernilai dari EMAS!

Notice board @ tempat penerangan bertulis

Atas notice board, ada buku lagi!

Kerusiku... Belakang kerusi tu ada sinki dan cermin muka 


Kerusi prof...

Coffee break...  sebelah sinki

Atas tempat buat kopi...

Pintu ke makmal persendirian prof...

 Work load prof atas meja..

Beginilah, bilik seorang Proffesor di Jepun...

Sunday 7 September 2014

Day ( 7 Sept 2014 ) : Ringo Gari di Hirata Farm, Miyoshi!

Pengalaman mengutip epal di Hirata Farm!

Seronok dan kekenyangan yang amat sangat! Itulah ungkapan yang boleh saya katakan jika ada yang bertanya bagaimana perasaan meng'gari' epal di Jepun.

Bertolak dari rumah dah tengahari... perjalanan ke ladang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit, ikut petunjuk arah GPS! Tapi tak boleh nak ikut sangat GPS, bila dah dekat nak sampai. Masuk jalan-jalan kecil yang menakutkan! Jadi, En suami cuba cari jalan sendiri. Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Hirata Farm!

Manusia tersangatlah ramai... orang Jepun. Banyak ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di sini... boleh pilih ladang mana kita nak pergi.
Pada simpang nak masuk ke ladang-ladang pilihan,


Perjalanan menuju ke... masih tercari-cari ladang epal waktu ni!

Jumpa peta yang menunjukkan tempat menarik di Miyoshi


Papan tanda Hirata Farm, depan cafe buah-buahan dan di sebelah tempat parking ( bas )


Ringo gari! Panjat tangga kalau x sampai!

Selfie sekeluarga dengan pokok epal

Epal ranum


Menikmati epal di bawah pokok epal

Bila masuk ladang di kami diberi 2 baldi, beserta pisau di dalamnya. Plastik juga diberi sekiranya mahu bawa pulang epal (untuk dibeli ). Bayaran 700 yen seorang... boleh makan sepuas-puasnya. Jika nak bawa pulang, harga epal 200-300 yen sebiji mengikut saiz.

Kami makan 11 biji dalam ladang epal... tu pun sangat-sangatlah kenyang. Petik hanya apa yang sanggup dimakan! Kalau tak kena bayar untuk dibawa pulang...

In shaa Allah, kami akan ke ladang lain pula nanti...Wassalam

* Ringo - Epal
* Gari - Memburu

  

Saturday 6 September 2014

Tea Ceremony

Mempelajari cara untuk Japanese Tea Ceremony bersama guru pakar tea ceremony yang dijemput oleh pihak Hiroshima University.

Bow bersama-sama pada permulaan
Membancuh teh hijau menggunakan alatan tradisional.



Manisan Jepun yang dimakan sambil menikmati teh hijau jepun

Bergambar bersama guru pakar tea ceremony dan para pelajar antarabangsa serta pelajar jepun yang terlibat dalam program ini.


Thursday 4 September 2014

Day ( 4 Sept 2014 ) : School Visit Program - Mihara Kindergarten

Salam semua,

Hari ini pagi-pagi lagi dah bertolak ke Saijo Station untuk pergi ke Mihara bersama 4 lagi rakan guru yang lain iaitu Moresta, Jaray, Hau Mang dan Taher. Kami telah mengatakan persetujuan untuk membantu sekolah tersebut untuk pendedahan kepada murid mengenai orang dari negara luar ( sorry, ayat agak berbelit..harap dapat difahami...).

Namun, apabila tiba di Saijo Station, keadaan agak kelam kabut dan padat dengan manusia! Rupanya, train tidak mengikut jadual. Keadaan ini biasanya berlaku apabila ada bencana alam seperti gempa bumi, taufan dan hujan lebat. Memang semalam, sepanjang malam hujan turun tak henti-henti. Disebabkan hujan tersebut, train dari Hiroshima tertunda.

Kami sepatutnya menaiki train pukul 7.40 pagi untuk tiba di Mihara sebelum jam 9.00 pagi. Kalau mengikut jadual, train seterusnya ialah pada 8.22 pagi tapi akan tiba lebih jam 9 pagi. Dalam keadaan semua masih menunggu, akhirnya train tiba jam 8.20 pagi dan penuh sesak dengan manusia. Lega, tapi pukul 9 lebih juga dijangka sampai.

Bila tiba di Mihara Station, kami perlu berjalan lebih kurang 5 minit untuk sampai ke sekolah tersebut.


Dulu, saya sudah datang sekali ke sekolah ini untuk program bersama murid sekolah rendah. Untuk makluman semua, sekolah ini attached to Hiroshima University dan bermula dari tadika, sekolah rendah, menengah bawah dan atas ada di sini. Memang sekolah yang sangat besar!


Pandangan dari luar sekolah

Tugu selepas pintu masuk sekolah

Sewaktu kami tiba di sana, sessi persekolahan tadika telah pun bermula. Kami diberi tugas untuk masuk ke kelas tertentu. Saya mendapat kelas murid 3 tahun dan diberi tag nama merah ( perlu tulis nama ringkas dalam katakana). Murid-murid dibezakan melalui warna topi yang dipakai. Untuk murid 3 tahun, topi mereka berwarna pink pekat. Jadi, kami terus ke kawasan permainan dan cuba mendekati murid-murid kelas kami berdasarkan warna topi. Sessi pertama, dari pukul 9 -10 pagi sessi bermain bersama murid. 

Bermain air dan pasir merupakan aktiviti yang paling disukai di Musim Panas.

Main masak-masak...

Kawasan bermain sangatlah luas. Buaian, gelongsor, tempat panjat-panjat semua ada... Ada juga kebun dan tempat pemeliharaan haiwan seperti burung. Selepas bermain, mereka mengemas semua peralatan yang digunakan dan membersihkan diri dengan bantuan guru.

Kemudian, murid beredar ke kelas masing-masing dan menyalin pakaian dengan bantuan pembantu guru. Setelah semuanya bersedia, murid duduk di kerusi yang telah disusun oleh guru. Sessi seterusnya pun bermula dengan menyanyi sambil guru bermain piano. Mereka menyanyi dengan penuh semangat siap dengan gaya sekali.
Murid menyanyi dengan penuh semangat!

Kemudian, tibalah giliran saya memperkenalkan diri sambil guru memegang globe untuk menerangkan di manakah Malaysia kepada murid. Murid diberi peluang bertanya soalan pada saya. Soalan mereka- warna kegemaran dan rumah di Malaysia.

Setelah itu, kerusi disusun dalam bentuk bulatan untuk aktiviti kerusi muzik. Duduk atas kerusi setelah muzik dimatikan... tapi berbeza dengan kerusi muzik di Malaysia. Kalau di Malaysia, sesiapa yang tak dapat kerusi, kira terkeluar dari permainan. Tapi di sini, bukan begitu. Setiap kali, kerusi dikeluarkan, murid yang tidak dapat kerusi akan dipanggil oleh murid yang dapat kerusi untuk share kerusi bersama. Guru akan memberi pujian pada murid yang murah hati berkongsi kerusi. Mungkin, itu sikap yang mahu diterapkan pada murid iaitu tidak mementingkan diri sendiri.

Tamat sessi kerusi muzik, meja diangkut bersama-sama dan disusun oleh murid dengan bantuan guru. Sessi bacaan buku cerita oleh guru.

Murid mendengar dengan kusyuk...

Sessi seterusnya adalah sessi yang dinanti-nanti oleh murid-murid... iaitu sessi makan. Di sekolah ini, murid perlu membawa bento sendiri. Hanya air teh disediakan di sekolah. Sensei meminta saya menemani murid ke bilik khas di mana bento-bento murid dikumpulkan mengikut kelas.

Bilik bento berada di hujung sana...

Bilik bento... murid angkat bento-bento untuk dibawa ke kelas mereka

Sessi makan

Reiya Yoshimi... asyik nak berkepit dengan saya aje.. haha

Bento saya yang dibekalkan oleh sekolah... Arigatou!

Selepas makan, sekali lagi murid keluar bermain tapi kali ni tidak boleh main air lagi. Hanya main gelongsor, buaian dan panjat-panjat je. Dah siap main, masuk kelas semula...

Sessi saya pun bermula... Guru meminta saya membacakan buku Bahasa Inggeris dan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu! Mula-mula ingat sensei minta terjemahkan dalam Bahasa Jepun... rupa-rupanya BM. Sensei tulis bacaan-bacaan nama haiwan dalam Bahasa Melayu dengan tulisan Katakana dan minta murid sebut perkataan-perkataan tu sama-sama semasa saya membacakan buku cerita tersebut. Kelakar pun ada! First time terjemah cerita kanak-kanak dalam BM. Tapi rasa dihargai sebab ada orang yang nak tahu bahasa kita...

Kemudian, ada masa lagi... Guru bacakan satu lagi buku cerita untuk mereka. Setelah itu, mereka bersedia untuk pulang.