Wednesday 28 August 2013

CABARAN 11: Visa!

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya akan bercerita sedikit tentang visa jepun dan bagaimana kami memperolehinya.

Sebenarnya, bermula 1 Julai 2013, rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat ke negara Jepun tanpa memerlukan visa lagi. Bagi pemegang passport biometrik ( iaitu passport yang dibuat selepas feb 2010 ), mereka boleh melawat jepun selama 90 hari tanpa visa dan boleh ke jepun selama tidak lebih dari 180 hari setahun! Seronok kan?!

Akan tetapi, jika nak belajar dan menetap di Jepun, kita perlu mendapatkan visa.

Saya telah ke Embassy of Japan ( Malaysia ), pada 16 Ogos 2013. Setelah dah cop semuanya, saya mula bertanya untuk membuat visa untuk keluarga. Ingat nak bawa keluarga dalam bulan Disember 2013 atau Feb 2014. Tapi bila penjaga kaunter A tu dengar, beliau menyarankan saya untuk memohon visa bersama ahli keluarga sekali bagi memudahkan urusan. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Cover letter - untuk mengesahkan saya dengan suami dan anak-anak ada pertalian.
2. Surat tawaran belajar dari Embassy of Japan oleh MEXT.
3. Sijil / dokumen nikah
4. Sijil lahir anak-anak
5. Semua borang VISA saya dan ahli keluarga ( Tampal gambar 4cm x4cm )
6. Semua passport saya dan ahli keluarga.

Jadi, saya terpaksa ambil balik semula borang dan passport saya. Sticker untuk visa yang telah dicop juga terpaksa ditanggalkan. Ingatkan, nak settle Visa untuk diri sendiri dulu. Barulah, nak buat visa untuk ahli keluarga. Lagipun, anak-anak masih belum ada passport!

20 Ogos 2013, suami buat semua passport untuk anak-anak ( 2 tahun ).

26 Ogos 2013, pergi Embassy of Japan sekali lagi untuk permohonan passport. Dah masuk embassy, dah pergi kaunter.... First skali yang penjaga kaunter B tu cari adalah surat tawaran MEXT. Rupa-rupanya, salinan surat tu tertinggal dalam kereta! Cemerkap betul! Sebab tadi waktu suami drive, saya sedang menyusun semua dokumen mengikut aturan yang betul. Saya pernah baca, orang Jepun akan senang nak approve atau beri sesuatu jika kita follow semua langkah yang telah diberitahu. Kalau lintang pukang, mereka tak akan layan dan mungkin kita tak dapat apa yang diperlukan.

Contohnya, untuk pengisian borang elaun anak di Jepun, perlu diisi dengan teliti dan disertakan dengan dokumen berkaitan secara teratur. Lengkap je borang, terus dapat elaun, 3 bulan sekali melalui akaun. Tiada tapisan dan tiada birokrasi! Borang bermasalah, terus tak dilayan. Jadi, pada saya, orang Jepun ni memang pemurah dan senang nak bagi sesuai jika kita follow semua steps yang mereka perlukan.

Jadi, apa lagi saya terus minta izin untuk ambil salinan surat dalam kereta. Beliau beri semula semua dokumen dan minta saya terus ke kaunter tanpa ambil no. jika dah ada surat tu. Sekali lagi keluar embassy dan masuk semua setelah mendapatkan salinan surat.

Bila tunjuk je surat, terus beliau cop dan cakap esok boleh ambil waktu petang. Terkejut juga dengar, sebab biasanya visa siap 3 hari bekerja seperti yang diberitahu oleh pihak embassy dalam email. Mungkin kuasa ajaib dari salinan surat tawaran MEXT kut! Rasa-rasanya la hehee...

Then, esok seperti yang dijanjikan, semua siap on time. Penjaga kaunter C, minta check semua maklumat visa sebelum meninggalkan embassy. Tiba-tiba mata tertumpu pada no of entry: single. Apa maksud ni? Pastu tengok tarikh visa valid pulak 27 Aug - 27 Nov 2013! Apa semua ni! Saya kan nak bawa anak lepas bulan Disember.... peningla pulak.

Then, pergi kaunter dan tanya penjaga kaunter B. Beliau explain.... Tarikh valid tu, maksudnya kena masuk Jepun dalam tarikh tu. Single entry pulak, tak boleh balik Malaysia dah? Taklah.... Bila masuk sana nanti, kena buat resident card... macam kad pengenalan. Lepas tu boleh la keluar masuk Jepun dalam masa 2 tahun tanpa Visa. Bersama passport tu, ada helaian yang menerangkan pasal resident card. Perlu balik dan khatam...!

Tapi, banyak juga persoalan yang timbul bila dah balik rumah....
1. Anak-anak kena masuk juga sebelum Disember?
2. Klu x dapat rumah sewa lagi macammana?
3. Boleh tak biar je visa tu tamat, kemudian buat visa baru?
4. Berapa lama resident card tu siap? Sbb suami akan ke Jepun 12-19 Oct 2013. Kena buat resident Card terus sebab visa beliau single entry!
5. Kat mana nak pohon resident Card tu? dll...

InsyaAllah, semuanya akan terjawab nanti.... Wassalam

Friday 23 August 2013

PENANTIAN 6 : Penerimaan Surat Rasmi Kedutaan Jepun.


Salam semua,

Alhamdulillah, telah menerima surat rasmi secara pos daripada kedutaan. Mungkin kelambatan berlaku, sebab embassy tak dapat pos cepat disebabkan Cuti Hari Raya Aidil Fitri pada 7 dan 8 Ogos 2013. Telah diberitahu kepada kami, pihak embassy akan pos surat pada awal minggu depan ( 12 Ogos 2013-Isnin ) dan saya terima pada 15 Ogos 2013, hari Khamis.

Tapi surat tawaran yang telah discan telah pun diterima sebelum ni. Jadi tak ada masalah untuk pohon visa.
Apa-apa, alhamdulillah!

Wassalam

Wednesday 21 August 2013

CABARAN 10: Penghantaran Pledge Scan Copy

Salam,

Setelah mendapat tahu penempatan universiti, ada satu lagi masalah besar yang perlu dihadapi iaitu pihak embassy memohon agar kami menghantar plegde ( akujanji ) yang telah ditandatangan dan salinan passport dengan segera.

Dah lah email diterima dua hari sebelum hari raya ( 6 Ogos 2013 - raya puasa 8 Ogos 2013! ), duduk kat kampung pulak tu! Ingat nak bercuti sekolah di kampung la sbb cuti hari raya bersambung terus dengan cuti sekolah pertengahan semester 2.... Nampaknya kena balik KL awal..

7 Ogos 2013, petang ( malam baru terbaca email! ), pula terima email lain dari embassy yang meminta kalau tak dapat hantar hardcopy pledge, hantar dulu scan copy. Embassy akan beri scan copy surat tawaran melalui email lepas tu. Lagi tension! Mana nak cari printer! Scanner apa tah lagi!

Rumah kat kampung mmg x de semua tu! Nak cari kedai komputer pun tutup sebab esok raya... Esok pun tutup sbb raya...Sehari selepas tu pun, kedai masih tutup sbb pantai timur cuti hari Jumaat! Rasa macam nak balik KL terus malam tu.... risau takut nanti, semua guru lain dah send the plegde, saya seorang yang masih tak hantar....

Sedutan email yang diterima ( petang 7 Ogos 2013)....

Please read the following long email carefully.

Dear All,
Please be informed that for those who have submitted the signed pledge, you may start applying visa for further study in Japan. If you have not submitted the pledge, please submit as soon as possible. You can submit your passport photocopy (scan) by email later.

If you wish to apply for student visa next week (school holiday) but you have not posted your pledge, please send us a scan copy of the pledge first, and later post or hand-deliver the signed pledge along with your passport photocopy to our Embassy in Kuala Lumpur. Once we obtain your email containing the scan of your signed pledge, we will email you the scan official letter which is required for visa application. The official letter will be posted early next week.

If your passport expiry date is near (within 8 months), please renew your passport before applying the visa. Personally, I suggest you to renew your passport if your passport expiry date is before the end of your scholarship term.

Basically, you should apply visa at the Embassy of Japan/ Consulate General/ Consular Office according to the state you are residing (the address on your official letter).

Embassy of Japan in Malaysia (Kuala Lumpur) Cover Area: Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Malacca, Pahang (*Malaysians residing in Sarawak can also apply at the Embassy of Japan in Kuala Lumpur)
Consulate-General of Japan (Penang) Cover Area: Penang, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu
Consular Office of Japan (Kota Kinabalu) Cover Area: Sabah, Sarawak, Labuan

Documents required for visa application (applicable to scholarship recipients only):
1. Original passport
2. One completed visa application form http://www.mofa.go.jp/j_info/visit/visa/pdfs/application1.pdf (read also notes on visa application form)
3. One (1) photo (4.5 x 4.5cm) with white background which is taken within 6 months from the visa application and must be pasted on the application form
4. Official letter from Embassy of Japan dated 6th August 2013 (photocopy/scan)

For your information, visa application procedure takes three (3) working days. If you face any problems when applying visa at the Embassy (including Consulate-General in Penang and Consular Offices in Kota Kinabalu and Johor Bahru), please ask the officer to contact Ms. Yin (tel: 03-2177-2600 ext. 157) or Mr. Kasai at the Embassy of Japan in Kuala Lumpur.

If you are bringing your family (spouse and children only), please contact our visa section for documents required for visa application for your family. You should also inform your university if you intend to bring your spouse and/or children with you.


Tapi, setelah berbincang dengan suami, semuanya jadi cool sedikit... Terima kasih, abang sebab beri jawapan-jawapan yang logik kepada soalan-soalan yang berterus-terusan bermain di minda... Akhirnya, ambil kata putus untuk balik hari Isnin. Klu balik hari Ahad, mesti jem teruk sebab orang lain dah habis cuti raya....

Hari selasa, 13 Ogos 2013, hantar pledge scan copy dan terima surat tawaran ( scan copy ) melalui email. Terima kasih, Ms Yin yang banyak membantu dari awal hingga sekarang.

16 Ogos 2013, hantar original copy of pledge dan salinan passport pada Ms Yin di Embassy of Japan dan nak settlekan visa.... tapi... (bersambung...dalam topic VISA ).

Wassalam

Monday 19 August 2013

PENANTIAN 5: Pengesahan Mendapat Tempat di Universiti Jepun!

Salam semua,

Alhamdulillah, penantian yang penuh kesabaran akhirnya terjawab! Saya telah menerima email dari pihak kedutaan mengenai pengesahan tempat belajar di Jepun iaitu di Universiti Hiroshima! Walaupun dah mengetahuinya dari pihak universiti lebih awal, perasaan bimbang dan takut masih ada selagi tidak dapat pengesahan penuh dari pihak kedutaan Jepun.

Tugas saya sekarang hanya perlu menyiapkan segala kerja di sekolah dan bersedia untuk berlepas ke Jepun!

Sedutan email dari pihak embassy... ( diterima pada 6 Ogos 2013: Notification of University Placement )

Dear All,
We are pleased to inform that MEXT has finalized your university placement and expected departure month. An official letter will be posted to your address in Malaysia next week.
No.個人番号
Name
Departure
University
Scholarship Term
138101
#######
Early October 2013
University of Tsukuba
Oct 2013 ~ Sep 2014
138102
#######
Early October 2013
Kyushu University
Oct 2013 ~ Sep 2014
138103
########
Early September 2013
Doshisha University
Sep 2013 ~ Aug 2014
138104
########
Early October 2013
Utsunomiya University
Oct 2013 ~ Sep 2014
137047
@@@@@
Early October 2013
Hokkaido University of Education (Japanese language training at Hokkaido University)
Oct 2013 ~ Mar 2015
137048
ME.... :)
Early October 2013
Hiroshima University
Oct 2013 ~ Mar 2015
137049
@@@@@
Early October 2013
Shiga University (Japanese language training at Nagoya University)
Oct 2013 ~ Mar 2015
137050
@@@@@
Early October 2013
Hokkaido University of Education (Japanese language training at Hokkaido University)
Oct 2013 ~ Mar 2015
137051
@@@@@
Early October 2013
Hirosaki University
Oct 2013 ~ Mar 2015
137052
@@@@@
Early October 2013
Shinshu University
Oct 2013 ~ Mar 2015
If you accept this scholarship offer, it is recommended that you start making necessary preparations such as obtaining an international passport, learning Japanese language and gathering information on Japan and its culture, et cetera. We suggest you to read the “Student Guide to Japan” (especially Chapter 4) published by the Japan Student Services Organization (JASSO) available at http://www.jasso.go.jp/study_j/sgtj_e.html
We will inform you about visa application and other details in a follow-up email. The actual departure date will only be known when our Embassy receives the e-tickets issued by the appointed travel agent in Tokyo. If there is any change in your correspondence address, please keep us updated.


You are required to sign the PLEDGE (attached herewith) and submit the pledge (hardcopy only) together with a copy of your passport to reach the Embassy of Japan immediately. Your early reply is needed urgently for air ticket reservation.

6 orang guru untuk Teacher Training Students Programme ( setahun 6 bulan ) dan 4 orang yang di atas tu untuk Japanese studies selama 1 tahun.

Wassalam

Sunday 18 August 2013

PENANTIAN 4: Universiti Hiroshima, Alhamdulillah!

Salam semua,

Penantian yang agak lama, akhirnya terjawab. Saya sangat-sangat gembira menerima email dari pihak Universiti. Alhamdulillah, Ya ALLAH.... Ada 12 orang pelajar antarabangsa yang diterima masuk ke Universiti Hiroshima termasuk saya.

Walaupun begitu, saya kena tunggu notification dari kedutaan Jepun di Malaysia untuk keputusan muktamad pada bulan Ogos 2013.

Sedutan email dari Universiti Hiroshima... ( diterima pada 22 Julai 2013 : To incoming Students of Hiroshima University )

Dear students of international center,    

We are glad to welcome you at Hiroshima University very soon!
When you receive this e-mail, please send a response to us to confirm you have received it. Also, would you send us your photo data for your ID Card as an attached JPEG file by Aug 19 (Mon)?

Please find the attached documents regarding direction to Higashi-Hiroshima, and read them very carefully as they contain a lot of information that you need to know before coming to Japan. Regarding the directions from the International Airport in Japan to Higashi-Hiroshima, we will send you more detailed information later when we receive your international flight schedule from the travel agent.
You will stay in the Bldg. A of International House (a dormitory for international students). Your room number will be informed as soon as it is fixed.
For more information on the International House, please access the following site.
http://www.hiroshima-u.ac.jp/en/top/research_institutes/ihouse/

We are looking forward to seeing you in Higashi-Hiroshima!

Sangatlah teruja dan terus menelefon bapa memberitahu mengenai perkara ni. Kemudian, beritahu Mok Su dan Mok Chek setelah beritahu Ummi melalui facebook. Seterusnya, beritahu Abdullah.
Orang lain, Insya ALLAH akan dimaklumkan kemudian.

Syukur padaMu, Ya ALLAH. Wassalam

Saturday 17 August 2013

PENANTIAN 3: Keputusan dari pihak MEXT, Jepun

Salam semua,

Jumaat, 14 Jun 2013.

Berita gembira datang lagi menerusi email. Alhamdulillah, Ya ALLAH...
Semua ke 6-6 orang guru termasuk saya berjaya mendapat Biasiswa MEXT. Syukur sangat-sangat...

Sedutan email yang diterima...

Subject: [MEXT 2013 Japanese Studies/Teacher Training] Notification of Nomination Results - Successful

Dear All,

We are pleased to inform that you have passed the second screening conducted by the Ministry of Education, Culture, Sports, Science & Technology (MEXT), Japan to pursue your studies in Japan under MEXT scholarship.
MEXT is now in the process of considering your university placement and we will inform you once the final decision has been made. For your information, our embassy posted the decision of university placement (official letter) in August last year. Please take note that if there is none of the university can accept your application due to your field of study and et cetera, MEXT has right to cancel the scholarship offered to you.
Tetapi, rupanya ada lagi yang perlu dinantikan.... Memang kesabaran sangat perlu dalam permohonan Latihan Perguruan di Jepun...
Dalam email ni juga ditanya sama ada kita akan terima biasiswa ni dan sanggup belajar di Jepun. Pihak Kedutaan Jepun juga ada bertanya mengenai VISA KHAS ke Jepun jika ada.
Wassalam

Thursday 15 August 2013

PENANTIAN 2 : Keputusan temuduga Biasiswa MEXT 2013

Salam semua,

Selasa, 16 April 2013.

Setelah menunggu dengan penuh kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, saya telah menerima email dari kedutaan Jepun. Alhamdulillah! Berdasarkan email terdapat 5 orang lagi yang berjaya dalam temuduga tersebut.

Sedutan email yang telah diterima...

Subject: [MEXT 2013 Teacher Training] Notification of Interview Results - Successful
Dear Sir/Mdm.,
With reference to the above, we are pleased to inform you that the Scholarship Interviewing Board has decided to nominate you to the Government of Japan for the final selection of scholarship candidates. For your information, the Monbukagakusho: MEXT (Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology, Japan) will finalize the decision by end of August 2013. Once we obtained the final result, we will forward it to you immediately.

Alhamdulillah dan lega sangat-sangat...

Tapi masih ada lagi penantian yang perlu saya tunggu... Assobaru minal Iman...

Wassalam

Wednesday 14 August 2013

CABARAN 9: Temuduga Biasiswa MEXT

Salam semua,

Tibalah part yang agak mendebarkan bagi saya. Serba tak kena dibuatnya. Persediaan diri perlu dilakukan dan pada masa yang sama perlu buat sedikit latihan untuk jawab soalan peperiksaan BI dan BJ.

Persediaan temuduga yang saya lakukan:

1. Bertanya pengalaman mentor.
2. Mencari bahan melalui internet dan buku
3. Persediaan diri
4. Menyediakan keperluan temuduga
5. Memahami proposal kajian diri sendiri


Saya bernasib baik kerana mempunyai mentor yang sentiasa ingin membantu. Saya banyak bertanya Along mengenai soalan temuduga, persediaan yang dilakukan dan lain-lain. Di sini saya kongsikan sedikit persediaan dan pengalaman temuduga saya, mungkin berbeza berbanding orang lain.

Setelah mendapat tahu pengalaman mentor saya, saya mula mencari maklumat yang berkaitan. Saya telah mula menulis isi-isi penting berkaitan soalan yang mungkin bakal ditanya. Saya juga banyak kali berlatih bercakap secara spontan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan catatan saya.

Disamping itu juga, saya cuba berlatih untk menerangkan mengenai proposal kajian yang bakal dilaksanakan di Jepun nanti. Ternyata memang sangat penting! Panel penemuduga sangat memerlukan kita betul-betul faham apa yang kita bakal buat nanti.

Menyediakan keperluan diri seperti fail peribadi untuk sijil-sijil original dll, keperluan baju, tag nama, kasut dll sangat penting. First impression perlu dijaga. Kebetulan pula, saya kena temuduga hari Khamis, jadi kenalah pakai baju batik.

Dari segi persediaan rohani pula, saya membaca surah Yassin untuk diberikan kemudahan, ketenangan dan kejayaan dalam menghadapi temuduga. Solat hajat juga penting. Saya juga ada membaca ayat dalam surah Yusuf.

Pada hari tersebut, saya telah ditemuduga oleh 3 panel iaitu Setiausaha Kedutaan Jepun ( orang Jepun) di Malaysia, Pensyarah dari UM (orang Jepun) dan Pensyarah  Bahasa Inggeris IPG ( orang Malaysia ). Panel-panel penemuduga sangat mesra dan menyebabkan rasa berdebar-debar hilang.

Permulaan temuduga, saya diminta perkenalkan diri. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Kemudian soalan-soalan seperti:
1. Kenapa nak belajar di Jepun?
2. Apa yang dapat disumbangkan pada Malaysia lepas pulang ke tanah air?
3. Ada basic bahasa Jepun?
4. Terangkan proposal.
5. Terangkan kaedah kajian yang bakal dibuat.
6. Kebolehan menguasai bahasa asing berdasarkan transkrip.
7. Panel bertanya ingin bawa keluarga bersama?

Itulah pengalaman yang agak mendebarkan dan akhirnya lega sebab dah berjaya melaluinya dengan baik, Alhamdulillah...

" A journey of a thousand miles begins with a single step" - saya sangat suka ungkapan ni...

Wassalam

Saturday 10 August 2013

CABARAN 8: Peperiksaan BI dan BJ!

Salam semua,

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk soalan BI dan juga BJ yang disoal? Susah ke senang? dll.

Saya beri jawapannya di sini.

SOALAN BAHASA INGGERIS

Bak kata mentor saya, susah dari SPM mungkin lebih kurang MUET. Saya tak tahu MUET bagaimana, tapi saya setuju dengan beliau yang menyatakan susah dari SPM.

Saya ada mencari-cari bentuk soalan online, tetapi tiada soalan berkaitan program ini. Cuma, alhamdulillah saya terjumpa soalan english dari negara Jepun. Saya saje cuba-cuba berlatih mana tahu betul. Tengok-tengok betul mirip soalan yang ditanya. Ada tu perkataan dalam jawapannya sama cuma soalan berbeza. Agak menyesal sebab tak buat betul-betul. Sebab dah tengok perkataan sama, tapi tak ingat makna pulak! Padahal dah cari makna, waktu cuba tu.

Boleh cuba tengok bentuk soalan dari laman web http://stepeiken.org ( Tapi bukan semua sama bentuk )

Seingat sayalah, ada beberapa bahagian dalam soalan Kertas BI tu.

Bahagian 1
Memilih perkataan yang sesuai untuk diisi di tempat yang kosong.
Dalam 10 soalan rasanya. Bahagian 1 soalan memang sama bentuknya dengan soalan dari set soalan eiken. Cuba jawab set-set soalan eiken banyak-banyak sebab banyak perkataan (jawapan) lebih kurang sama, cuma ayat dalam soalan berbeza.

Bahagian 2
Baca ayat yang amat panjang ( sampai 4-7 baris) dan kenalpasti kesalahan ayat.
Bahagian ini memang mengelirukan. Tinggal dulu soalan yang susah ( macam kita ajar murid ), sebab masa sangat cepat berlalu. Nak baca ayat pun berbelit-belit nak faham.

Bahagian 3
Soalan ala-ala grammar.
Rasanya ada 2 passage diberi dan kena isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberi.

Bahagian 4
Soalan berdasarkan petikan.
Memang best petikan dia! Panjang yang amat sangat! Ada 2 petikan hari tu, 5 soalan setiap satu petikan. Walaupun panjang petikannya, rasanya bahagian ni paling mudah sebab jawapan ada dalam petikan.

Dan yang paling best semua soalan pilihan jawapan ( soalan ABCD ). Jangan tinggal kosong ( macam pesanan kat anak murid pulak!), taramlah saat-saat akhir kalau dah tak tahu! Masa memang tak cukup sebab bila penjaga periksa tu cakap 10 minit lagi ( tak silap ), semua agak terkejut dan agak kelam kabut kecuali seorang dua je kot yang dah siap.

SOALAN BAHASA JEPUN

Ni part paling best! Penjaga periksa tu siap cakap, kalau tak tahu nak jawab, boleh tulis nama dan hantar. Ramai juga cikgu yang hantar cepat, tak tahu la taram ke tinggal kosong. Dalam 10 minit, hanya tinggal beberapa orang saja yang cuba untuk menjawab. Yang lain ada yang dah balik ( kalau temuduga esok ), ada yang stay untuk temuduga petang.

Soalan Bahasa Jepun ada 3 bahagian.

Bahagian Pertama - Beginner

Mungkin soalan sekolah rendah kut... Memang totally dalam tulisan Jepun. Tapi, Alhamdulillah, saya adalah tahu sikit-sikit sebab dah ada basic sebelum ni. Soalan isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan kebanyakannya. Macam soalan dialog ringkas, contohnya A cakap Ohayou gozaimasu. B kena jawab apa? Ada pilihan A sampai D. Kalau pandai baca tulisan hiragana dan katakata, InsyaAllah tiada masalah sangat. Ada soalan penyataan dalam kotak ( satu ayat ), kita jawab berdasarkan ayat tu. Last tu ada soalan isi tempat kosong. Ada juga dia minta tulis balik kanji kepada hiragana dan sebaliknya.

Bahagian Kedua - Intermediate

Mungkin soalan menengah rendah. Soalan jadi lebih susah. Banyak soalan berdasarkan petikan pendek. Mungkin dalam 7-10 ayat. Saya tak boleh jawab! Maksud pun tak tahu! Banyak juga huruf kanji. Macam duk di dunia asing, bila tengok soalan part ni....Ada soalan ABCD dan isi tempat kosong.

Bahagian Ketiga - Advance

Lagi best bahagian ni! Petikan panjang berjela-jela sampai 1- 1 setengah muka surat. Soalan menengah atas / universiti kut... ( pandai je main teka-teka! ). Terbaik! Saya masuk medan perang waktu ni... hehehe... Ada soalan ABCD dan juga tulis jawapan ( mungkin panjang ) sebab ruang jawapan besar ( dalam bentuk petak ), tak silap.

Soalan Bahasa Jepun tiada rujukan bentuk soalan sebab hadir untuk jawab pun tawakal je... Tengok-tengok sikit-sikit makna perkataan dan ingat balik tulisan-tulisan Jepun sebagai persediaan. Dengarnya, kertas BJ tu untuk melihat tahap kita di tahap mana. Sebab nanti pihak jepun akan beri 6 bulan kursus BJ di Jepun.

Rasanya itu sahaja gambaran serba sedikit mengenai soalan yang bakal ditanya. Gook Luck! Wassalam

p/s: Jika ada rakan guru yang pernah menduduki peperiksaan ini, boleh tambah maklumat dan share pengalaman di ruang komen. Terima kasih.

Friday 9 August 2013

PENANTIAN 1: Keputusan terpilih untuk menduduki peperiksaan dan temuduga!

Salam semua,

Alhamdulillah, 25 Mac 2013, hari yang sangat mengujakan! Saya menerima email dari kedutaan Jepun kerana terpilih dalam ujian dan temuduga. Suka pun ada, berdebar pun ada. Tak tahu nak prepare apa.

Sedutan email yang diterima.

Greetings from the Embassy of Japan.
Based on your application, we are pleased to inform that you are selected to sit for our written test and interview. An official letter will be mailed to you soon. In case you do not get the official letter by examination and interview date, please do come (without the official letter).
The details of the written test and interview are as follows:-
Examination Date:
3rd April 2013 (Wednesday)
Registration Time:
8:45 am (Embassy opens at 8:30am)
Venue:
Japan Information Service, Embassy of Japan
No. 11, Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur
Examination Subject:
English language (9:00am ~ 10:00am)
Japanese language (10:10am ~ 12:10noon)


Interview Date:
4th April 2013 (Thursday)
Interview Time:
9:00am onwards


Ada beberapa perkara yang perlu dibawa bersama seperti kad pengenalan, sijil asal, testimoni dll.
Wassalam

Tuesday 6 August 2013

CABARAN 7 : Penghantaran borang permohonan!

Salam semua,


Saya bercita-cita untuk menghantar borang pada 4 Mac 2013 ( Isnin ) setelah mengambil keputusan medical check up yang kedua! Namun begitu, disebabkan penyemakan terakhir belum betul-betul dibuat, bercadang akan menghantarnya sendiri pada 5 Mac 2013.

Alhamdulillah, satu demi satu cabaran ditempuhi dan berjaya selesaikan. Medical Check Up dah settle. Sekali lagi saya bangun pukul 3 pagi untuk membuat penyemakan terakhir borang permohonan. Banyak juga perlu diperbetulkan hingga ke pagi. Saya ke sekolah tanpa sempat menyusun borang-borang mengikut kehendak senarai semak. Semuanya saya bawa ke sekolah bersama.

Memandangkan waktu pengajaran yang berterusan dan penyemakan yang kurang teliti, saya terfikir untuk meminta penangguhan penghantaran dari KPM. Saya menghubungi pihak berkenaan dan meminta penangguhan jika tidak sempat menghantar petang nanti. Pegawai yang terlibat hanya boleh membenarkan penangguhan sehingga pagi esok sahaja ( 6 Mac 2013 ) sebab pada waktu petang senarai pemohon akan dibuat untuk dihantar kepada pihak kedutaan Jepun. Saya berjanji untuk cuba menghantar borang pada petang itu juga sekiranya sempat.

Saya cuba menyusun borang-borang dan lampiran dalam waktu-waktu yang terluang. Alhamdulillah, setelah tamat waktu sekolah, saya ke cyberjaya dengan bantuan suami. Setelah berpuashati menyemak permohonan, saya melangkah masuk ke bangunan tajaan biasiswa dengan diiringi doa dalam hati. Saya sudah berusaha sedaya upaya, mengisi dan menyiapkan keperluan yang dikehendaki. InsyaAllah, Allah akan bantu. Wassalam

Monday 5 August 2013

CABARAN 6 :Kehilangan sijil dan pengesahan sijil Universiti!

Salam semua,

Saya mula mencari sijil-sijil penting untk lampiran pada borang. Sijil Diploma Pendidikan dan Transkrip Maktab tak jumpa lagi! Hilang dalam kotak-kotak pindah rumah yang agak mencemaskan saya! Sudah beberapa hari saya cari, tapi masih tak jumpa. Sampai saya plan nak minta salinan transkrip yang baru dari pihak maktab. Malang sekali, apabila saya membuat carian dalam web maktab saya, tiada tertera berkaitan salinan transkrip maktab! Nak hubungi maktab tak boleh, sebab hari tu hari Jumaat. Maktab saya di Pantai Timur. Cuti! Tekanan, tekanan! Siap plan nak ke maktab ambil sendiri hari Ahad, 3 Mac 2013. Pada masa yang sama risau pasal keputusan medical check up yang kurang memuaskan! Macammana ni?

Namun, satu lagi perkara yang memeranjatkan pada hari yang sama! Setelah diteliti senarai semak sijil yang disediakan pihak kerajaan Jepun, rupa-rupanya salinan Ijazah Universiti perlu pengesahan dari pihak universiti sendiri! Tidak boleh pihak lain.

Saya mula berfikir untuk ke Penang sekali lagi! Tetapi suami saya, kurang bersetuju! Konflik betul waktu ni. Saat-saat akhir baru perasaan!

Malam tu, saya bertawakal dan cuba cari fail sijil saya selepas Isyak. Cari punya cari baru saya teringat ada 3 kotak barang pindah yang suami letak dalam almari baju. Saya cuba cari dalam kotak-kotak tu. Alhamdulillah, selesai satu lagi masalah!

Berkenaan dengan pengesahan sijil universiti, pada 4 Mac 2013, saya menghubungi pihak KPM yang berkaitan untuk bertanyakan pendapat. Beliau mencadangkan pihak sekolah, boleh mengesahkan salinan ijazah. Saya mula ragu-ragu dan bertanya boleh ke? Sebab biasanya Jepun memang strict. Tetapi pengawai tersebut telah memberi andaian begini ," Kalau guru tu belajar diluar negara, takkan dia nak ke universiti dia dulu semata-mata untuk dapatkan pengesahan sijil sahaja?". Memang betul, tapi saya dalam Malaysia. " Tapi kan jauh tu, Penang. Tak pe, boleh minta pengesahan dari pihak sekolah. Tak ada masalah".

Dengan perasaan berat hati, saya mendapatkan pengesahan GPK HEM sekolah saya dan bertawakal pada ALLAH. Alhamdulillah, permohonan saya diterima akhirnya!

Semua sijil perlu disahkan oleh pihak berlainan mengikut sijil. Contohnya; Sijil berkaitan perguruan perlu pengesahan dari KPM ( Bahagian pendidikan guru ) bukan sekolah.

Jadi, sesiapa yang ingin membuat permohonan, bacalah dengan teliti dahulu sebelum bertindak. Semak segala keperluan lebih awal agar tak jadi tidak keruan macam saya! Gambatte ne!
Wassalam

Sunday 4 August 2013

CABARAN 5: Pemilihan Teaching Field ( Course ) yang sesuai.

Salam semua,

Pemilihan ini, pada saya paling rumit kecuali jika kita sudah ada idea dan kajian apa yang kita perlukan. Perkara ini menyebabkan saya tidur malam dan bangun semula pada jam 3 pagi hingga pergi ke sekolah hampir seminggu. Sukar untuk pilih course yang terlalu banyak mengikut universiti.

Terdapat lebih 80 universiti Jepun yang menawar Latihan Perguruan ( Teacher Training Program ) kepada pelajar antarabangsa. Guide book boleh diperolehi dari Laman Web Embassy of Japan, Malaysia. Teliti dan baca keseluruhan teaching field. Buat catatan mengenai kelebihan dan kekurangan setiap universiti.

Jangan silap pilih guide book macam saya! Terpaksa buat dua kali kerja! Pada mulanya, saya mengisi course berdasarkan guide book 2012. Saya tidak menjumpai link guide book! Jadi, saya tanya mentor saya. Beliau memberi panduan untuk mendapatkan link tersebut. Saya ingat guide book setiap tahun adalah sama. Rupa-rupanya tidak!

Hendak dijadikan cerita, pihak penemuduga ( wakil kedutaan jepun ) mencadangkan saya menukar pilihan Universiti semasa sessi temuduga kerana mereka berpendapat proposal saya sesuai dilaksanakan di Universiti cadangan mereka. Pada mulanya, saya amat yakin untuk mengekalkan pilihan universiti saya. Akan tetapi, setelah pihak kedutaan menghubungi saya bertanyakan sama ada saya ingin menukar pilihan universiti, saya mula berfikir sekiranya saya tidak mengikut cadangan mereka, permohonan saya akan ditolak. Jadi, dengan keadaan terpaksa saya menyatakan akan menukar pilihan universiti mengikut cadangan panel penemuduga.

Dari situlah, saya mula mengesan kesalahan saya! Nama universiti dicadangkan itu tiada dalam guide book yang sudah saya download! Saya jadi keliru! Patutlah, sewaktu pihak penemuduga tu tanya kenapa tak pilih universiti T? Saya siap cakap, rasanya tak ada universiti tu dalam guidebook. Boleh tak? Kemudian, panel tu cakap ada dan beliau memberitahu kebaikan sekiranya saya mengikuti latihan perguruan di sana.

Saya mula cemas, dan menelefon pihak kedutaan untuk meminta kepastian. Pegawai yang menguruskan borang, siap beri muka surat berapa tercatatnya kursus mengenai universiti tu. Akhirnya, saya tahu yang saya sudah salah memilih ke semua pilihan universiti yang telah membuatkan saya beberapa hari tak cukup tidur!

Keesokan harinya, saya menghubungi pihak kedutaan dan memberanikan diri untuk bertanya adakah guidebook 2012 dan 2013 adalah berlainan? Ya. Itulah jawapannya. Saya mengaku kesilapan saya, yang mereka sendiri pun tak perasan! ( sebab universiti yang saya pilih tu, memang ada dalam guide book 2013, cuma kursusnya berbeza). Saya diberi beberapa hari untuk membuat pilihan universiti yang baru dan Ms Nyim ( thank you very much ) menghantar guide book 2013 kepada saya melalui email.

Sekali lagi, saya tak dapat tidur untuk memilih universiti yang sesuai dengan proposal saya! Bangun pukul 3 pagi dan menelaah guidebook menjadi rutin selama beberapa hari untuk membuat pilihan terbaik. Nak buat waktu lain, tiada peluang. Gangguan bunyi dan lain-lain. Bila anak-anak tidur, baru aman dan boleh berfikir dengan baik!

Satu masalah yang dihadapi pula waktu ni, ialah universiti yang dicadangkan oleh panel penemuduga kurang berkaitan dengan proposal saya! Saya menghubungi Ms Nyim untuk menanyakan penukaran proposal tetapi tidak dibolehkan kerana proposal itu telah dibentangkan sewaktu sessi temuduga. Hanya pilihan universiti sahaja boleh ditukar.

Masalah, masalah! Saya diberi kata putus sekiranya tidak mengikut cadangan panel tidak mengapa. Tetapi sebagai manusia mesti kita suka jika cadangan kita diikuti orang, kan? Jadi, dengan bertawakal kepada ALLAH, saya membuat pilihan pertama seperti cadangan panel. Universiti kedua dan ketiga saya pilih sendiri dengan ketentuan ALLAH setelah tak tidur malam!

Itulah pengalaman namanya. Jadi, rakan guru, buat pilihan universiti berdasarkan guidebook tahun semasa. Semoga berjaya!

Saturday 3 August 2013

CABARAN 4: Membuat proposal kajian saya!

Salam semua,

Terima kasih atas pembacaan anda!

Sebenarnya cabaran ini tidak sesukar mana sebagaimana sebelum ini ( proposal pertama yang saya buat tanpa panduan ). Alhamdulillah selepas pertemuan dengan seseorang yang saya boleh disifatkan sebagai mentor saya, ALLAH permudahkan saya untuk membuat proposal berdasarkan kajian yang saya ingin laksanakan. Alhamdulillah...

Menurut mentor saya iaitu Along, beliau membuat proposal berdasar pengalaman belajar master sebelum ini. Saya memang belum ambil master, patut pun saya tak tahu! Tapi tak bermakna tak perlu ambil tahu. Belajar tetap kena belajar, betul tak? Tiada alasan tak tahu...

Jadi, kepada rakan guru yang masih mencari cara untuk membuat proposal, sukacita saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari dari Along. Saya akan kongsikan kerangka proposal. Mungkin ini simple bagi mereka yang dah expert, tapi bagi saya ia perkara baru yang perlu dikongsi untuk kebaikan anak didik kita pada masa hadapan. Guru yang berpengalaman akan memberikan lebih ilmu kepada anak-anak murid mereka - pada saya lah. Kerana salah satu sebab utama saya mengambil keputusan memohon latihan perguruan ini, selain dari cita-cita saya dari kecil ialah untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu untuk dikongsikan bersama rakan guru di Malaysia dan anak didik yang tercinta.

Ini serba sedikit kerangka proposal yang dicadangkan. Mungkin untuk lebih baik, rakan guru boleh tambah apa-apa yang perlu.

TITLE: Nyatakan tajuk kajian yang ingin dibuat

TEACHING FIELD: Bahagian ini ambil dari tajuk course yang kita pohon pada universiti yang kita pilih

OBJECTIVES:
1. Nyatakan objektif kajian kita. Contoh : mulakan ayat dengan " To study / To learn / To get etc"
2. Berilah sekurang-kurangnya 3 objektif. Macam kita buat lesson plan.
3.
INTRODUCTION:
Beri gambaran awal mengenai tajuk kajian kita dalam satu perenggan.

BACKGROUND AND STATEMENT PROBLEM:
Cerita latar belakang kajian dan masalah yang dihadapi sewaktu pengajaran sesuai dengan konteks Malaysia yang perlu kita tangani. Tulis sedikit harapan kita di akhir perenggan jika kajian dapat dilaksanakan.

TYPE OF RESEARCH:
Nyatakan jenis kajian kita. Contohnya : Action Research etc

PARTICIPANTS IN STUDY: Siapa yang terlibat dengan kajian kita?

DATA COLLECTION:
1. Bagaimana kita dapatkan data kajian ?
2. Contohnya: Soal selidik / Temuramah / prestasi murid / pemerhatian dll
3. Perlukan sedikit huraian kaedah, bagaimana kita akan melakukan data collection
ETHICAL CONSIDERATION:
1. Perkara yang perlu diambilkira dalam kajian.
2. Contoh : Perbezaan budaya / berlainan bahasa / persekitaran / teknik pengajaran dan pembelajaran dll.
3. Ringkas dan padat
RESOURCES REQUIRED FOR THE STUDY:
1. Sumber yang perlu untuk kajian
2. Ringkas dan padat

Itulah sedikit sebanyak cara membuat proposal yang telah saya pelajari dan praktikkan. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu anda. Wassalam

Friday 2 August 2013

CABARAN 3: Pengambilan Transkrip Original di Universiti.

Salam semua,

Dalam masa pengisi borang yang banyak, satu lagi cabaran hebat yang perlu saya hadapi! Iaitu fail sijil peribadi milik diri sendiri hilang tak tahu di mana. Ini berpunca dari perpindahan rumah ke Kuarters Guru. Tak hilang ke mana pun, cuma kebanyakan barang-barang masih berada dalam kotak. Cuma tak tahu kotak yang mana, sebab terlalu banyak kotak. Akan tetapi, memandangkan permohonan Latihan Perguruan ini memerlukan Transkrip Original Universiti,  saya mula mencari maklumat dari internet dan mendapat ilmu baru bahawa Salinan Transkrip boleh dipohon dari Universiti.

Akhirnya, saya mula membuat permohonan kepada Universiti yang saya belajar dahulu. Telah proses email-mengemail, yang saya berikan dan maklum balas universiti, saya dalam membuat kesimpulan, jika kita nak cepat, lebih baik kita pergi ambil sendiri!

Jadi, pada 27 Feb 2013, saya dengan suami saya sebagai pemandunya serta anak-anak bertolak ke Pulau Pinang dari KL semata-mata untuk mengambil transkrip. Saya ambil cuti rehat khas dan anak-anak bercuti sekolah sendiri dengan arahan ibubapa... =). Suami tiada masalah sebab beliau tengah cuti belajar master di UM.

Seperti yang dijanjikan dengan pihak pendaftar Universiti, saya tiba di sana dan mengambil 3 set transkrip... Ambil sendiri pun ada kesalahan pesanan! Tapi tak pe, yang penting dah dapat. Dua salinan untuk simpanan sendiri. Lepas tu, nak feri bawa anak-anak melancong seketika sebelum bertolak ke KL semula. Baru tahu, naik feri keluar dari Penang, tak kena bayar pun. Siap ready RM 50 sebab tak tahu bayarannya. Hanya masuk Penang baru ke charge. Saya tak tahu sebab dulu, saya belajar di cawangan Unversiti sahaja.

Selesai satu masalah. Nanti saya cerita lagi.... Wassalam

Thursday 1 August 2013

CABARAN 2 : Medical Check Up!

Salam semua,

Ya, setiap permohonan belajar/kerja dll biasanya memerlukan Medical Check Up untuk memastikan tahap kesihatan kita.

Setelah mendapat nasihat dari Along, sepupu Pok Su, (melalui facebook) beliau meminta saya uruskan medical check up dengan cepat. Kerana medical check up biasanya memakan masa yang lama terutamanya di hospital kerajaan. Beliau menceritakan pengalaman medical check up beliau yang agak lewat dibuat. Jadi, beliau memilih untuk melakukannya di Hospital Pantai. Keputusan terus diperolehi esoknya.

Dalam kelam kabut mengisi borang, pada mulanya saya ingin membuat check di hospital kerajaan tetapi memandangkan telah kesuntukan masa saya akhirnya membuat medical check up di Hospital Pantai Pandan Indah pada 26 Feb 2013.

Pada mulanya, saya telah pergi untuk membuat medical check up di Hospital Ampang puteri pada 25 Feb 2013. Namun perkhidmatan Medical Check Up telah pun ditutup kerana saya hadir agak lambat.

Satu kejadian yang tidak diingin berlaku di sana. Saya membawa anak saya yg ke-4, hulaif bersama waktu tu. Ketika kejadian, saya dan hulaif dalam perjalanan ke kereta semula setelah kecewa tidak dapat buat medical check up. Hujan renyai-renyai waktu tu, jadi kami berjalan dengan cepat menuju ke kereta. Semasa hulaif ingin melangkah longkang besar, dia bergantung dengan kuat pada saya kerana tidak yakin untuk menyeberangi longkang. Akan tetapi, akibat langkahan longkang tu, kami semua tergolek kerana hulaif tergelincir dan saya ingin menyelamatkan kepalanya dari jatuh mengenai jalan. Yang agak parah ialah saya! Hulaif hanya luka sikit dan saya mengalami luka yang agak teruk dilutut dan tangan. Kesakitan yang melampau sehingga saya rasa tidak mampu untuk bangun. Nasib kami baik sebab hanya dua orang yang ada di kawasan tersebut. Tak lah malu sangat. Baju kurung saya koyak dan kotor disebabkan air tanah yang basah. Lama juga saya berehat dalam kereta sebab rasa tak mampu bergerak. Akhirnya, bila dah ok sikit, barulah kami bertolak balk ke rumah. Nak solat pun tak boleh duduk tahiyyat dengan baik berminggu-minggu. Dugaan Allah!

Esoknya, 26 Feb 2013, setelah meminta pandangan dari Along tempat untuk medical check up, saya ke Hospital Pantai memandangkan masa perkhidmatannya lebih flesible. Oleh kerana kehadiran saya di waktu petang keputusannya akan diperolehi esok. Kalau buat pagi, boleh dapat terus petang. Tapi keesokan harinya, saya dan keluarga akan bertolak ke Penang untuk ambil Transkrip. Jadi, saya ambil keputusanny pada hari Khamis 28 Feb 2013.

Alangkah terkejutnya saya, apabila doktor yang bertugas bertanya ada tak saya demam waktu buat medical check up. Saya cuma ada selsema sikit la waktu. Tapi keputusan medical check up saya agak kurang memuaskan. Sel darah putih melebih 11.0 iaitu 12.8. Doktor memberi pendapat, biasanya negara Jepun amat menitik beratkan aspek kesihatan. Beliau ada meminta saya mengulangi medical check up dalam beberapa hari setelah mengambil ubat selsema. Memandangkan kesuntukan masa ( saya perlu menghantar borang sebelum 5 Mac), saya hanya berharap beliau memberi komen yang baik mengenai kesihatan saya. Beliau cuba memberi sokongan dengan menyatakan saya masih dalam pengubatan.Keputusan ini, menyebabkan saya balik dan berfikir....

Setelah, berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk mengulang medical check up pada hari Ahad . Pihak hospital hanya mengambil darah semula sahaja. Perkara yang lain tidak diulang. Keputusan diperolehi pada hari Isnin 4 Mac 2013. Alhamdulillah, keputusannya ok. Mungkin, white blood cells tu naik bukan disebabkan selsema tapi luka saya yang jatuh di Hospital Ampang Puteri hari tu. Medical Check Up sangat penting berdasarkan pembacaan saya di internet terutama bagi negara Jepun bagi mengelakkan kita membawa penyakit ke negara mereka.

Jadi, pastikan laporan medical check up anda adalah sangat baik dan memuaskan sebelum menghantar borang latihan perguruan, ye... Wassalam