Monday 5 August 2013

CABARAN 6 :Kehilangan sijil dan pengesahan sijil Universiti!

Salam semua,

Saya mula mencari sijil-sijil penting untk lampiran pada borang. Sijil Diploma Pendidikan dan Transkrip Maktab tak jumpa lagi! Hilang dalam kotak-kotak pindah rumah yang agak mencemaskan saya! Sudah beberapa hari saya cari, tapi masih tak jumpa. Sampai saya plan nak minta salinan transkrip yang baru dari pihak maktab. Malang sekali, apabila saya membuat carian dalam web maktab saya, tiada tertera berkaitan salinan transkrip maktab! Nak hubungi maktab tak boleh, sebab hari tu hari Jumaat. Maktab saya di Pantai Timur. Cuti! Tekanan, tekanan! Siap plan nak ke maktab ambil sendiri hari Ahad, 3 Mac 2013. Pada masa yang sama risau pasal keputusan medical check up yang kurang memuaskan! Macammana ni?

Namun, satu lagi perkara yang memeranjatkan pada hari yang sama! Setelah diteliti senarai semak sijil yang disediakan pihak kerajaan Jepun, rupa-rupanya salinan Ijazah Universiti perlu pengesahan dari pihak universiti sendiri! Tidak boleh pihak lain.

Saya mula berfikir untuk ke Penang sekali lagi! Tetapi suami saya, kurang bersetuju! Konflik betul waktu ni. Saat-saat akhir baru perasaan!

Malam tu, saya bertawakal dan cuba cari fail sijil saya selepas Isyak. Cari punya cari baru saya teringat ada 3 kotak barang pindah yang suami letak dalam almari baju. Saya cuba cari dalam kotak-kotak tu. Alhamdulillah, selesai satu lagi masalah!

Berkenaan dengan pengesahan sijil universiti, pada 4 Mac 2013, saya menghubungi pihak KPM yang berkaitan untuk bertanyakan pendapat. Beliau mencadangkan pihak sekolah, boleh mengesahkan salinan ijazah. Saya mula ragu-ragu dan bertanya boleh ke? Sebab biasanya Jepun memang strict. Tetapi pengawai tersebut telah memberi andaian begini ," Kalau guru tu belajar diluar negara, takkan dia nak ke universiti dia dulu semata-mata untuk dapatkan pengesahan sijil sahaja?". Memang betul, tapi saya dalam Malaysia. " Tapi kan jauh tu, Penang. Tak pe, boleh minta pengesahan dari pihak sekolah. Tak ada masalah".

Dengan perasaan berat hati, saya mendapatkan pengesahan GPK HEM sekolah saya dan bertawakal pada ALLAH. Alhamdulillah, permohonan saya diterima akhirnya!

Semua sijil perlu disahkan oleh pihak berlainan mengikut sijil. Contohnya; Sijil berkaitan perguruan perlu pengesahan dari KPM ( Bahagian pendidikan guru ) bukan sekolah.

Jadi, sesiapa yang ingin membuat permohonan, bacalah dengan teliti dahulu sebelum bertindak. Semak segala keperluan lebih awal agar tak jadi tidak keruan macam saya! Gambatte ne!
Wassalam

No comments:

Post a Comment