Wednesday 28 August 2013

CABARAN 11: Visa!

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya akan bercerita sedikit tentang visa jepun dan bagaimana kami memperolehinya.

Sebenarnya, bermula 1 Julai 2013, rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat ke negara Jepun tanpa memerlukan visa lagi. Bagi pemegang passport biometrik ( iaitu passport yang dibuat selepas feb 2010 ), mereka boleh melawat jepun selama 90 hari tanpa visa dan boleh ke jepun selama tidak lebih dari 180 hari setahun! Seronok kan?!

Akan tetapi, jika nak belajar dan menetap di Jepun, kita perlu mendapatkan visa.

Saya telah ke Embassy of Japan ( Malaysia ), pada 16 Ogos 2013. Setelah dah cop semuanya, saya mula bertanya untuk membuat visa untuk keluarga. Ingat nak bawa keluarga dalam bulan Disember 2013 atau Feb 2014. Tapi bila penjaga kaunter A tu dengar, beliau menyarankan saya untuk memohon visa bersama ahli keluarga sekali bagi memudahkan urusan. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Cover letter - untuk mengesahkan saya dengan suami dan anak-anak ada pertalian.
2. Surat tawaran belajar dari Embassy of Japan oleh MEXT.
3. Sijil / dokumen nikah
4. Sijil lahir anak-anak
5. Semua borang VISA saya dan ahli keluarga ( Tampal gambar 4cm x4cm )
6. Semua passport saya dan ahli keluarga.

Jadi, saya terpaksa ambil balik semula borang dan passport saya. Sticker untuk visa yang telah dicop juga terpaksa ditanggalkan. Ingatkan, nak settle Visa untuk diri sendiri dulu. Barulah, nak buat visa untuk ahli keluarga. Lagipun, anak-anak masih belum ada passport!

20 Ogos 2013, suami buat semua passport untuk anak-anak ( 2 tahun ).

26 Ogos 2013, pergi Embassy of Japan sekali lagi untuk permohonan passport. Dah masuk embassy, dah pergi kaunter.... First skali yang penjaga kaunter B tu cari adalah surat tawaran MEXT. Rupa-rupanya, salinan surat tu tertinggal dalam kereta! Cemerkap betul! Sebab tadi waktu suami drive, saya sedang menyusun semua dokumen mengikut aturan yang betul. Saya pernah baca, orang Jepun akan senang nak approve atau beri sesuatu jika kita follow semua langkah yang telah diberitahu. Kalau lintang pukang, mereka tak akan layan dan mungkin kita tak dapat apa yang diperlukan.

Contohnya, untuk pengisian borang elaun anak di Jepun, perlu diisi dengan teliti dan disertakan dengan dokumen berkaitan secara teratur. Lengkap je borang, terus dapat elaun, 3 bulan sekali melalui akaun. Tiada tapisan dan tiada birokrasi! Borang bermasalah, terus tak dilayan. Jadi, pada saya, orang Jepun ni memang pemurah dan senang nak bagi sesuai jika kita follow semua steps yang mereka perlukan.

Jadi, apa lagi saya terus minta izin untuk ambil salinan surat dalam kereta. Beliau beri semula semua dokumen dan minta saya terus ke kaunter tanpa ambil no. jika dah ada surat tu. Sekali lagi keluar embassy dan masuk semua setelah mendapatkan salinan surat.

Bila tunjuk je surat, terus beliau cop dan cakap esok boleh ambil waktu petang. Terkejut juga dengar, sebab biasanya visa siap 3 hari bekerja seperti yang diberitahu oleh pihak embassy dalam email. Mungkin kuasa ajaib dari salinan surat tawaran MEXT kut! Rasa-rasanya la hehee...

Then, esok seperti yang dijanjikan, semua siap on time. Penjaga kaunter C, minta check semua maklumat visa sebelum meninggalkan embassy. Tiba-tiba mata tertumpu pada no of entry: single. Apa maksud ni? Pastu tengok tarikh visa valid pulak 27 Aug - 27 Nov 2013! Apa semua ni! Saya kan nak bawa anak lepas bulan Disember.... peningla pulak.

Then, pergi kaunter dan tanya penjaga kaunter B. Beliau explain.... Tarikh valid tu, maksudnya kena masuk Jepun dalam tarikh tu. Single entry pulak, tak boleh balik Malaysia dah? Taklah.... Bila masuk sana nanti, kena buat resident card... macam kad pengenalan. Lepas tu boleh la keluar masuk Jepun dalam masa 2 tahun tanpa Visa. Bersama passport tu, ada helaian yang menerangkan pasal resident card. Perlu balik dan khatam...!

Tapi, banyak juga persoalan yang timbul bila dah balik rumah....
1. Anak-anak kena masuk juga sebelum Disember?
2. Klu x dapat rumah sewa lagi macammana?
3. Boleh tak biar je visa tu tamat, kemudian buat visa baru?
4. Berapa lama resident card tu siap? Sbb suami akan ke Jepun 12-19 Oct 2013. Kena buat resident Card terus sebab visa beliau single entry!
5. Kat mana nak pohon resident Card tu? dll...

InsyaAllah, semuanya akan terjawab nanti.... Wassalam

2 comments:

  1. salam puan...boleh sy dapatkan no hp puan, sy nk tanya ttg teacher training di Jpeun yg puan berjaya tu. boleh x wassap sy, 0133956465, anna

    ReplyDelete
  2. Wslm, puan. Maaf, sy lama dah tak singgah blog sendiri. Ni baru masuk. Tapi dah bulan 6 2021 dah. Mungkin boleh email sy, shazels80@yahoo.com lebih senang. Maaf, puan. Semoga puan berjaya ditawarkan ke Jepun, Aaaamiin.

    ReplyDelete