Wednesday 14 August 2013

CABARAN 9: Temuduga Biasiswa MEXT

Salam semua,

Tibalah part yang agak mendebarkan bagi saya. Serba tak kena dibuatnya. Persediaan diri perlu dilakukan dan pada masa yang sama perlu buat sedikit latihan untuk jawab soalan peperiksaan BI dan BJ.

Persediaan temuduga yang saya lakukan:

1. Bertanya pengalaman mentor.
2. Mencari bahan melalui internet dan buku
3. Persediaan diri
4. Menyediakan keperluan temuduga
5. Memahami proposal kajian diri sendiri


Saya bernasib baik kerana mempunyai mentor yang sentiasa ingin membantu. Saya banyak bertanya Along mengenai soalan temuduga, persediaan yang dilakukan dan lain-lain. Di sini saya kongsikan sedikit persediaan dan pengalaman temuduga saya, mungkin berbeza berbanding orang lain.

Setelah mendapat tahu pengalaman mentor saya, saya mula mencari maklumat yang berkaitan. Saya telah mula menulis isi-isi penting berkaitan soalan yang mungkin bakal ditanya. Saya juga banyak kali berlatih bercakap secara spontan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan catatan saya.

Disamping itu juga, saya cuba berlatih untk menerangkan mengenai proposal kajian yang bakal dilaksanakan di Jepun nanti. Ternyata memang sangat penting! Panel penemuduga sangat memerlukan kita betul-betul faham apa yang kita bakal buat nanti.

Menyediakan keperluan diri seperti fail peribadi untuk sijil-sijil original dll, keperluan baju, tag nama, kasut dll sangat penting. First impression perlu dijaga. Kebetulan pula, saya kena temuduga hari Khamis, jadi kenalah pakai baju batik.

Dari segi persediaan rohani pula, saya membaca surah Yassin untuk diberikan kemudahan, ketenangan dan kejayaan dalam menghadapi temuduga. Solat hajat juga penting. Saya juga ada membaca ayat dalam surah Yusuf.

Pada hari tersebut, saya telah ditemuduga oleh 3 panel iaitu Setiausaha Kedutaan Jepun ( orang Jepun) di Malaysia, Pensyarah dari UM (orang Jepun) dan Pensyarah  Bahasa Inggeris IPG ( orang Malaysia ). Panel-panel penemuduga sangat mesra dan menyebabkan rasa berdebar-debar hilang.

Permulaan temuduga, saya diminta perkenalkan diri. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Kemudian soalan-soalan seperti:
1. Kenapa nak belajar di Jepun?
2. Apa yang dapat disumbangkan pada Malaysia lepas pulang ke tanah air?
3. Ada basic bahasa Jepun?
4. Terangkan proposal.
5. Terangkan kaedah kajian yang bakal dibuat.
6. Kebolehan menguasai bahasa asing berdasarkan transkrip.
7. Panel bertanya ingin bawa keluarga bersama?

Itulah pengalaman yang agak mendebarkan dan akhirnya lega sebab dah berjaya melaluinya dengan baik, Alhamdulillah...

" A journey of a thousand miles begins with a single step" - saya sangat suka ungkapan ni...

Wassalam

No comments:

Post a Comment