Wednesday 31 December 2014

Berakhirnya tahun yang penuh bermakna! Tahun 2014...

Salam semua,

Sedih dan bersyukur pada Allah, Ahamdulillah...

Tahun 2014 sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga! Tahun yang sangat luar biasa, meninggalkan 1001 kenangan manis yang bakal menjadi memori yang indah!

Sorotan Pengalaman Indah Di Bumi Sakura!

JANUARI
※ Abang bersama Ahmad dan Hulaif datang ke Jepun. Tetapi, Ahmad tinggal di Jepun.
※ New year party di Sunsquare, Saijo, Higashi-Hiroshima
※ Asiah dan Muhammad datang ke Jepun
※ Party Tamat kelas bersama sensei

FEBRUARI
※ Closing Ceremony for "Japanese Intensive Course"
※ Ceria bersama Salji di Kampus


MAC
※ Suami tercinta dan anak-anak tiba di Jepun untuk menetap bersama di sini.
※ English Activity di Dai4, Kumano Elementary School.
※ Di interview dalam Bahasa Jepun oleh Monotari Program di 2nd Floor, International House.
※ Mok Ngoh dan Mok Teh datang melawat kami
※ Pindah rumah: Married Couple Room B 1502, Hiroshima University International House ke Rumah Keluarga, ChiduMru Koupo B 302.

APRIL
※ Sessi Belajar di Universiti bermula
※ Sessi Persekolahan bermula
※"Hanami" Sakura



MEI
※ Flower Festival di Hiroshima dan di interview oleh NHK Channel
※ Alhamdulillah, menerima kereta Oddysey dari Batch 3rd Year Undergrade. Terima kasih, adik-adik.


JUN
※ Kelas Kayak dan bot di Kurose.
※ Musim Hujan di Jepun
※ Mod aktiviti memancing diaktifkan!
※ Papa, Ibu dan adik-adik datang melawat kami.

JULAI

※ Urusan di Tokyo.


OGOS
※ Melawat Mihara, Fukuyama, Okayama, Kobe, Himeji, Osaka, Kyoto dan Nara.



SEPTEMBER
※ Birthday Abang yang ke 35.
※ Berpuasa Ramadhan di Jepun dan pengalaman berbuka di Masjid As-Salam.
※ Pertama kali Menyambut Hari Raya Aidilfitri di Perantauan.
※ Ummi datang untuk jaga anak-anak semasa kami ke Tanah Suci. Terima kasih, banyak-banyak Ummi.

OKTOBER
※ Alhamdulillah, menjadi tetamu Allah dan berpeluang merasai Haji Akhbar. Semoga kami mendapat Haji yang mabrur.
※ Semester baru Universiti bermul
※ Mikan Gari di Etajima

NOVEMBER
※ Program Usrah Malaysia bermula di Higashi-Hiroshima
※ English Program, memperkenalkan Malaysia di Oasa Junior High School, Kita Hiroshima
※ Lesson study di Mihara Elementary School dan Shinonome Elementary School


DISEMBER
※ Ringo Gari di Katsumori Farm
※ Melawat Zoo Asa dan Dreamination di Hiroshima
※ Program Bakar Oyster ( Malaysia ) di Masjid As-Salam, Higashi-Hiroshima.
※ Winter Party bersama host family, di Hiroshima
※ Salji bermula di Saijo, Higashi-Hiroshima
※ Mula menjadi Ahli " Higashi-Hiroshima Centre Library".

Terima kasih Abang, anak-anak, ahli keluarga, kawan-kawan dan semua yang terlibat dalam memori indah tahun 2014! Semoga tahun hadapan dan tahun berikutnya lebih manis serta lebih baik dari tahun ini.

SELAMAT TAHUN BARU 2015!

Rindu kenangan 2014,
Shazels Za

Akhir tahun di Shoji!

Salam semua,

Hari buat pertama kali ke Shoji, salah satu supermarket Jepun. Selama ni, hanya dengar kawan-kawan sebut je tapi saya tak pernah sampai. Hari ini, berpeluang ke sini... Setelah semua tempat menarik tutup sempena cuti umum untuk sambutan Tahun Baru, baru terfikir untuk ke sini untuk buat aktiviti berbeza!

Bukan bertujuan untuk membeli belah sangat, tapi untuk meninjau harga barang di sana. Kesimpulan yang boleh dibuat, harga barang di Shoji kebanyakannya lebih mahal dari Lamu dan Every. Ada juga yang sama harga.

Di sana, kami beli strawberi saiz S (satu pack-byk juga):¥398, Pisang 6 biji saiz kecil:¥98, chocostick riska 30 pc:¥278 serta plastik sampah hijau dan kuning.... semuanya ¥1004.

Kemudian, terus ke Universiti untuk bergambar kenangan akhir tahun.

Selamat tinggal tahun 2014!


SELAMAT TAHUN BARU....

P/S: Pagi tadi sibuk mengemas rumah luar dan dalam... pembersihan akhir tahun. Semoga tahun 2015, lebih ceria dan mencatat sejuta memori indah, Amin.




Tuesday 30 December 2014

"Sori" untuk meluncur!

Salam semua,

Hanya tinggal 2 hari sebelum tahun baru. Hari ini, operasi pembersihan dalam dan sedikit di luar rumah. Barang yang nak dibuang diletakkan dalam plastik kuning dan barang yang boleh directly dimasukkan dalam plastik hijau.

Pagi, operasi dalam rumah. Kemudian, berhenti untuk makan tengahari dan solat. Petang, sedikit operasi di luar rumah, bahagian balkoni. InsyaAllah, esok hari kemuncak pembersihan. Mesti, dari pagi semua penghuni di Jepun sibuk dengan urusan pembersihan sebelum masuk ke tahun baru.

Sempat menghantar email pada Prof untuk ucapan tahun baru. Semoga, sinar Islam meresap dalam jiwanya, Amin. Sambil tu, lihat update untuk perkembangan terkini cari Airasia Indonesia yang hilang. Khabarnya, dah jumpa serpihan kapal terbang dan mangsa... tapi belum pasti. Semoga dipermudahkan segala urusan pencarian mereka dan ramai mangsa yang  masih hidup. Banjir pun makin meruncing, walaupun tiada hujan yang berterusan. Lebih 235 000 orang dipindahkan kini. Kemusnahan yang sangat teruk, bagi kawasan air yang dah surut. Sedih betul tengok... memang ujian besar bagi mereka.

Lepas, isyak keluar ke daiso dan youmetown depan universiti. Pembelian akhir tahun 2014. Alhamdulillah, Ahmad jumpa "sori", papan luncur atas salji. Jadi, beli seorang satu sebagai hadiah tahun baru. Lagipun, salji dijangka turun lagi pada 1 dan 2 Jan nanti. Harapnya, anak-anak puashati meluncur di atas salji sebelum pulang ke Malaysia Mac nanti. Semoga, pengalaman ini menjadi kenangan mereka bila dewasa nanti.

"Sori" untuk meluncur di atas salji

Semoga anak-anak ummi mahir dalam memanah satu hari nanti, Amin

Wassalam



Sunday 28 December 2014

Muzium Kecil

Salam semua,

Hari ni sekali lagi kami ke Perpustakaan Awam Higashi-hiroshima. Anak-anak membaca di sana dan pinjam kamishibai serta buku. 

Sewaktu keluar dari perpustakaan, terdapat satu muzium kecil untuk menceritakan tentang tapak perkuburan Tumulus yang bersebelahan dengan perpustakaan dan berhadapan dengan Mitsujou Shougakkou. Anak-anak nak masuk. Jadi, jom tengok!

Papan tanda di hadapan muzium kecil

Peta kawasan kubur lama...

Hasil tinggal orang Jepun di kawasan tersebut

Model pembinaan semua kawasan tersebut dan kini dijadikan kawasan rekreasi

Transformasi kawasan dari dulu hingga kini

Pameran kesan tinggalan mereka

Tembikar yang dijumpai

Pada waktu malam, lebih kurang pukul 10 malam, ada orang datang ketuk pintu. Rupa-rupanya ada rezeki dapat kek dan puding karamel dari keluarga Rafid.Happy 7th birthday, Rafid!


Birthday Rafid, jiran Bangladesh kami..

Saturday 27 December 2014

Saigo no nihon go no kyoushitsu (2014)!

Salam semua,

Hari ni merupakan Sabtu terakhir untuk tahun 2014. Ohmura Sensei seperti biasa hadir ke Chizuru Koupo untuk mengajar Japanese Language kepada penghuni di sini.

Hari ini betul-betul terlupa... Hari Sabtu. Selepas Ahmad keluar untuk membasuh pakaian kotor, dia beritahu ada Sensei sedang menyapu di luar bilik kelas nihongo. Barulah, semua bersegera bersarapan dan terus ke kelas nihongo. Sebelum ni, dah lama saya tak dapat hadir  setelah pulang dr tanah suci kerana sibuk menghadiri lesson di sekolah Jepun atau kami keluar untuk aktiviti-aktiviti lain.

Hari ini ramai orang yang lama tidak hadir, tetapi hadir... mungkin disebabkan Fuyu yasumi, jadi tidak terlalu sibuk. Ohmura Sensei agak gembira.

Pertama, kami diajar mengenai "kudamono" dan "nomimono". Bagi yang dah tahu, sebagai revision.

Kemudian, belajar mengenai perasaan...

Betsu ni ~

Wakuwaku... excited!

Memandangkan minggu depan dah nak masuk tahun baru, Sensei ajar beberapa ayat untuk disebut...
1. Akemashite Omedetou Gozaimasu... Hari pertama di tahun baru atau bila first time jumpa org,prof etc di tahun baru.
2. Rainen yoroshiku onegai shimasu... 31 Dis...
3. Ii otoshio... bila jumpa org akhir tahun...

Last sekali, belajar perbualan utk tanya tempat..."doko ni arimasu / imasu ka".


Then, nak balik tu sensei ajak pergi rumah dia cuti tahun baru nnt. Sy mgkn pergi 4 Jan sbb 2 Jan akan ke Rumah Mak Ayah angkat. 

Hari juga bersihkan rumah...Semalam, mula buang kasut-kasut yang dah rosak dan tak guna lagi dengan anak-anak.... masing-masing kenalpasti sendiri kasut yang dah tak nak. Banyak sgt kasut di sini... sebab setiap musim, kasut pun lain.

Orang Jepun mula membersihkan rumah dari 27 - 31 Dis setiap tahun. Tapi yang ala-ala wajib tu, 31 Dis. 

Lepas kemas, semua duk dalam kotatsu...Nasib baik hari ni 7*C. Tidaklah terlalu sejuk.

Kotatsu di rumah kami!

P/s: Semoga mangsa banjir diberikan kesabaran dan kekuatan... dah lebih 130,000 mangsa banjir kini...untuk 8 buah negeri. Negeri sembilan yang terbaru....Banjir terburuk dalam sejarah Malaysia. PRAY FOR MALAYSIA!




Wednesday 24 December 2014

Free Medical Ticket!

Alhamdulillah...

Dah settle buat gigi anak-anak. Medical Ticket ni adalah biayaan kerajaan Jepun. Bukan semua yang dapat peluang ni. Tarikh ticket ni adalah dar 21 Ogos lg dan berakhir pada 31 Dis 2014. Disebabkan kesibukan dan lupa, akhirnya guru Jepun menelefon saya, bertanyakan sama ada ingin membuat check up atau tidak, memandangkan tarikh tiket hampir tamat.

Selepas membuat temujanji pada 20/12/2014 di Klinik Kawaguchi, akhirnya dapat buat gigi juga di sini. Temujanji, 4.30 petang dan kami tiba 4.28 pm. Setelah memberikan borang medical ticket dan kad insuran anak-anak, doktor menerangkan prosedur medical ticket dan pembayaran yang bakal dikenakan. 30% akan dibayar oleh kami dan kemudiannya, sekolah akan bayaran balik. 70% lagi national insurance akan bayar. Saya tanya anggaran rawatan sebatang gigi. Doktor beritahu biasanya 3000 yen ke atas tengok atas kes.

Selepas check up, setiap orang hanya buat tamparan sebatang gigi sahaja.

Mula dengan Huraiyah.
Ahmad
Last sekali, Hidayah.

Sebelum balik, anak-anak diberi memilih satu cenderahati setiap orang, sama ada pensil, pemadam, tisu atau sticker.

Suasana klinik cantik dan kemas, berada ditingkat 2. Penuh buku-buku untuk bacaan sambil menunggu giliran. Tapi, tak de orang pun sebab semua kena buat temujanji. 

Bayaran yang perlu di bayaran pun x lah mahal. Hanya 1420yen seorang. Nanti boleh claim balik dari sekolah. 

Balik, tgk ada notis murtabak sudah sampai... terawal keluar rumah, 4.10pm... 


Murtabak sampai 4.14 pm

InsyaAllah, esok dapat merasa murtabak Fukuoka.  






Tuesday 23 December 2014

The Emperor of Japan's Birthday

Salam semua,
 Hari ni merupakan cuti umum di Jepun sempena ulangtahun keputeraan Pemerintah Jepun, iaitu Akihito yang ke 81. Dalam Bahasa Jepun, emperor disebut "Tennou". Jadi hari ni dikenali sebagai " Tennou Tanjoubi". Permaisuri baginda ialah Michiko Shouda dan mempunyai 2 orang putera dan seorang puteri. Hari ini orang ramai dibenarkan memasuki Imperial Palace untuk upacara sambutan hari keputeraan Emperor Akihito. Baginda berada di balkoni dan orang ramai akan mengibarkan bendera Jepun yang kecil sebagai tanda ucapan Selamat Ulangtahun keputeraan. Untuk pengetahuan, halaman Istana hanya dibuka pada hari ini dan 2 Januari setiap tahun sahaja. Jadi, sesiapa yang berada di sekitar Tokyo, kalau nak bergambar kenangan di halaman Istana Pemerintah Jepun kini, silalah berkunjung ke sana pada 2 hari tersebut.

Hari ini juga adalah hari istimewa buat kami sekeluarga. Hari ini juga merupakan hari lahir bapa mertua saya, iaitu yang dikasihi, Mohamed Zahari bin Daud. Sama birthday dengan Emperor Jepun! Tapi Abah menyambut birthday ke 63.

Hari ni, kawan baik sewaktu haji post gambar kami dalam fbnya... sbb saya order murtabak darinya. Nk tunjuk gambar kawan yang order dari Hiroshima... Beliau ialah Emilia Abu Bakar, satu-satunya rakan (wanita) Malaysia yang turut serta dalam group air1travel. Jadi kami jadi rapat dan bila pergi membeli belah, tuan kedai ingat adik-beradik. Hahaha... Tq my friend! Beliau juga seorang guru, mengajar pendidikan seni yang sedang bercuti tanpa gaji untuk mengikut suaminya belajar Phd di Fukuoka. Suami pun rapat dengan suaminya, En Khairul.


 Selfie dari jalan pintu masuk Menara jam ke arah Masjidil Haram.

Kenangan indah, takkan dilupakan! 

Wassalam

Monday 22 December 2014

Makan sushi lagi!

Salam semua,

Hari ni salji memutih lagi. Kalau ikut weather forecast, hari ni mendung... "kumori desu". Hanya Allah yang menentukan, Alhamdulillah! Memang semalam dah berdoa2 agar salji hari ni.

Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah pada tahun ni. Esok bermulalah, "Fuyu yasumi" sehingga 7 Jan 2015.
Sebelum bertolak ke sekolah.

Berbaris berjalan ke sekolah di pagi yang sangat dingin.

Selamat belajar anak-anakku!

Hari ni banyak agenda. Hulaif pulak cuti! Jadi, perlu bawa ke kampus. Mula-mula, siapkan report dan print out untuk perjumpaan dgn prof petang ni. Alhamdulillah, settle...


Pukul 1 ada temujanji dengan Dr Machi Dato di Cafe Mermaid. Alhamdulillah, beliau nak ambil saya sebagai assistant beliau dan gaji akan dibayar oleh Universiti Hiroshima. Rezeki... dapat juga merasa bekerja under universiti secara part time. Kira-kira 1 jam berbual dengan beliau. Tugasan yang perlu saya lakukan ialah menterjemahkan polisi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Dr Machi berminat untuk membuat research mengenai Pendidikan Tinggi di Malaysia. Beliau pernah berada di Malaysia selama 2 bulan sebelum ni... di KL dan Penang. Beliau berharap agar dapat ke Malaysia lagi tahun depan. Dulu pun beliau dah kaji pasal pendidikan tinggi di Malaysia dan kini dah banyak berubah dalam masa 10 tahun. Banyak juga kami bertukar cerita; beliau mengenai pendidikan tinggi KMalaysia dan saya mengenai pendidikan sains di sekolah Jepun! Seronok berbual secara ilmiah dgn beliau. Harap dapat bekerjasama dengan baik bersama beliau selepas ni. Insya Allah...

Lepas tu, berkejaran hantar Hulaif balik, sebab lepas ni nak jumpa Prof Yamasaki. Abang dan kakak-kakaknya, akan jadi pengasuh petang ni selepas balik sekolah.

Jumpa prof dan Alhamdulillah, 90% report dan siap. Tinggal reference, acknowledgement dan satu subtopic lagi nak siap.

Kemudian, masuk kelas terakhir untuk tahun 2014... sedih pulak! Tahun yang banyak memberikan kenangan indah!

Sefie dengan kawan-kawan Jepun sebelum kelas bermula... Kohei Nakamura kun dan Ogawa san!

Dr Shiba tekun menulis isi kuliah... di kelas terakhir 2014.

Tamat kelas, buat pembetulan report dan pulang. Dalam 6.30 mlm sampai dan terus ajak makan sushi.

Terpaksa ambil no giliran sbb ramai sangat kat "sushi-ya".
Di ruangan menunggu...

No bertuah kami... hehehe..

Tiba-tiba Huraiyah terambil "inari". Risau sebab ia berminyak... takut minyak haiwan! Jadi, terpaksa bertanya... Bagus sangat mereka melayan pelanggan..Berkali-kali datang, kerana masih tidak mendapat maklumat sama ada minyak haiwan atau tumbuhan. Kemudian, chef dia keluar dan bawa list makanan dan kandungan yang terdapat di dalamnya. Namun, untuk "inari" tidak tercatat minyak apa yang digunakan. Sekali lagi, mundar-mandir chef mencari maklumat dan minta kami bersabar.
Sebelum bermula...

Pelbagai pilihan... "inari" diasingkan dari hidangan, bimbang bukan minyak tumbuhan digunakan ....

Awas, ada yang tak halal..Sentiasalah buat pilihan halalan thoyyibah

Hampir kenyang.....

Alhamdulillah, akhirnya kami diberitahu, minyak gorengan "inari" adalah minyak tumbuhan. Apalagi, semua berebut nak makan sebab dah terliur dari tadi!

Di kaunter bayaran, saya meminta list tersebut untuk dibawa pulang. Boleh dijadikan rujukan nanti. Syukur...

Saturday 20 December 2014

Hari Ibubapa bersua guru!

Salam semua,

Hari ni, adalah hari perjumpaan ibubapa dan guru. Sebulan sebelum perjumpaan, guru akan meminta ibubapa mengisi borang sama ada mahu datang berjumpa atau tidak serta masa perjumpaan ( sama ada pagi, petang atau bila-bila pun ok). Kemudian, 2 minggu sebelum perjumpaan, guru akan memberikan jadual perjumpaan kepada ibubapa melalui anak. Jadi, ibubapa hanya perlu datang dan berada di sekolah pada waktu tersebut tanpa perlu menunggu sepanjang hari di sekolah untuk bertemu dgn guru. Sangat sistematik dan sesuai dengan sikap mereka yang tidak suka membazir masa. Sangat perlu dilaksanakan di Malaysia!

Hari ini, 9.20 di kelas along, 9.40 di kelas Huraiyah... Kemudian ke kelas nihongo dan kelas ahmad.

Guru Jepun sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh!

Bersama Terada Sensei di kelas Huraiyah, 2-1.
Huraiyah bersama Terada Sensei.



Wednesday 17 December 2014

"Fuyu" bermula!

Alhamdullilah!
Setelah menanti untuk merasakan salji tebal di Saijo, akhirnya hari ni keluar dari rumah salji telah memutih di atas tanah. Jalan licin, jadi terpaksa hantar Hulaif berjalan kaki untuk ke tempat bas ke tadika.

Bila sampai, rupanya bas tak dapat bergerak awal dan ditunda ke pukul 9 pagi kerana salji tebal. Sementara menunggu, kami sempat ambil byk gambar!

Namun, akhirnya Hulaif dan kawan-kawan terpaksa bercuti kerana bas tak sanggup nak bergerak... Dengar khabarnya 1 km, mengambil masa 30 minit... kerana semua kenderaan bergerak perlahan. Memandangkan hari ini hari rabu, sekolah tadika hanya sehingga 11.30 pagi. Jadi, mungkin tamat kelas dulu baru sampai.

Tengahari dan petang seronok dengan salji... tapi hanya dapat keluar rumah sekejap, sekejap...terlalu sejuk, -4*C! Tangan cepat beku dan kesakitan...

Petang, anak-anak balik sekolah, bergambar lagi sebab di Higashi-hiroshima bukan selalu bersalji...tidak seperti di Hokaido salji sehingga 300m tinggi!

Dengarnya, salji kali ni adalah yang terlebat dalam 8 tahun kebelakangan ni... Semoga lebih banyak pengalaman bermain salji kami selepas ini sebelum pulang ke Malaysia!

Fuyu daisuki!

Friday 12 December 2014

Jujurnya orang Jepun!

Salam semua,

Hari ni seperti biasa pergi ke kampus bersama suami. Suami pergi ke chou toshokan. Memandangkan hari ni tiada kelas dan perjumpaan dengan profesor, saya ke nishi toshokan untuk "hon gari" buat kali pertama.

Rupa-rupanya, di toshokan ni banyak buka bahasa Inggeris. Di tingkat satu, semua buku berbahasa inggeris dan ada sedikit buku dalam bahasa-bahasa lain. Tak ramai sangat pelajar di tingkat ni.

Tingkat 2, pula buku-buku jepun dan di tingkat 3 merupakan ruang komputer yang sangat luas.

Alhamdulillah, dapat 4 buku yang sesuai untuk bacaan saya dan anak-anak setelah lama memilih buku-buku. Buku-buku di sini adalah dalam bidang biologi, astronomi, bahasa, novel, matematik, etc.


Selepas meminjam buku, saya terus ke lab dan menyambung penulisan final report untuk research study.

Waktu balik, kami menuju ke tempat parking kereta di luar kampus. Kelihatan ada notis pada wiper kereta kami... Ingat ada salah apa pulak... Suami ambil dan terus nak masuk kereta. Tiba-tiba, datang seorang wanita Jepun datang menghampiri suami dan berkata dia telah terlanggar kereta kami dan mahu berunding.


Suami hanya cakap daijoubu, daijoubu... Dia macam bersalah sangat dan pergi ke hadapan kereta untuk menunjukkan tempat dia langgar. Suami pun ikut dan berkali-kali cakap daijoubu. 


Tapi wanita tu macam tak puas hati dan cakap nak berunding. Suami minta saya bercakap dgn dia. Saya keluar dari kereta dan melihat tempat dia langgar. Dia cakap dia nak mengundurkan kereta pastu terlanggar kereta kami. Bila saya tengok, bukan apa pun... hanya kesan cat kereta dia yg lekat pada number kereta kami.

Wanita tu, masih cakap tak pe ke tak baiki ni? Muka dia nampak resah dan bersalah sangat! Saya pun cakap daijoubu2 jugak... sebab bukan kemek atau rosak apa pun. Lagipun kereta kesayangan kami ni mungkin akan dilupuskan feb 2015!


Dalam perjalanan pulang, saya bincang dgn suami tentang kejujuran org Jepun. Mereka sangat menghormati hak org lain dan seboleh-boleh mungkin tidak mahu orang lain merana kerana mereka. Mereka tidak akan menyusahkan orang lain walaupun sedikit dan berharap orang lain juga tidak mengganggu privasi mereka juga. 

Sikap dan kejujuran mereka sangat mengkagumkan.

Thursday 11 December 2014

Pelajar UM tumpang buat master di Hiroshima Universiti!

Salam semua,

Semenjak dua menjak ni ada pelajar UM yang sibuk buat final thesis masternya di Hiroshima University Center Library!

Bila isteri beliau ke kampus, beliau juga sibuk nak ke kampus jugak. Nak siapkan master UM di Jepun!

Berlakon jadi siswa Hiroshima University!

Selesa buat kerja di sini...

Prof selalu tanya saya lepas academic discussion, Suami datang ambil pukul berapa? Sbb kadang-kadang prof byk bercakap dan nak fotostat borang mcm nk bagi etc. Jadi, saya beritahu... tak pe suami tercinta duduk library, tgh siapkan masternya. Prof hanya ketawa...

Kalau anak kecil, yg tadika tu dah balik sekolah, Suami akan ambil dan bawa ke Library juga. Alhamdulillah, si kecil faham tak boleh bising di sini. Senang nak urusannya.





Wednesday 10 December 2014

Berakhirnya Musim Luruh.... Selamat datang musim sejuk!

Salam semua,


Hari ni setelah tamat perjumpaan dengan professor, kami terus ke beberapa pohon berdaun merah dan kuning yang merupakan sisa-sisa pohon di musim luruh!

Daun Momiji

Sedihnya, kurang bergambar semasa autumn tahun ni... Tahun depan dah balik Malaysia! Cepat sungguh masa berlalu...

Di Jepun, perubahan musim berlaku begitu pantas... Jika nampak suasana yang indah, kena cepat-cepat bergambar sebab mungkin kalau bertangguh-tangguh beberapa hari selepas tu dah berubah.. daun-daun luruh, bunga-bunga gugur, salji dah cair etc. Barulah, rasa menyesal waktu tu... Jadi, jika ada rezeki terlihat suasana yang cantik, terus ambil gambar.

Depan Fakulti saya...

Momiji berdaun kuning

Timbunan Momiji
Pokok-pokok lain dah botak!


Semoga kami dapat merasai musim luruh lagi...


Marathon di Mitsujou Shougakkou!

Salam semua,
Hidayah dengan sijil kejayaan membuat larian Marathon  1800m dalam masa 8min 11 saat. Tahniah, Along memang hebat!

Setelah beberapa minggu berlatih dan membuat persediaan untuk Marathon, hari ni merupakan hari kemuncaknya. Seawal 8.50 pg, acara Marathon sudah bermula mengikut tahun. Larian bermula dari padang sekolah, keluar menaiki bukit yang berada di Tumulus Park di hadapan sekolah dan kembali semula ke padang sekolah.

Seperti biasa, jika ada program di sekolah ibubapa dan datuk nenek dijemput untuk memberikan sokongan pada para pelajar.

Apabila kami tiba di hadapan sekolah, kelihatan ramai ibu-ibu datang untuk  memberikan semangat. "Gambare...gambare" dan tepukan diberikan kepada para peserta larian yang lalu di hadapan mereka.

Ibubapa murid biasanya hanya datang apabila larian tahun anak mereka bermula. Apabila larian anak-anak mereka tamat, mereka akan segera pulang. Jadual masa larian mengikut tahun telah diberikan melalui anak-anak kepada ibubapa.


Tuesday 2 December 2014

29 Nov 2014 Happyokai

Salam,

Setelah berlatih berminggu-minggu, akhirnya tibalah masa untuk Hulaif membuat Happyokai! Happyokai ialah persembahan yang dibuat pada hari-hari terakhir persekolahan di Jepun.


Hulaif tepi sekali atas ( kanan )



Membuat happyokai mengenai sayur-sayuran


Semua bersungguh-sungguh!

Tetapi, di Jepun waktu happyokai agak pelik berbanding Malaysia. Jika di Malaysia, ibubapa atau para hadirin akan duduk di kerusi dalam dewan untuk menyaksikan persembahan anak-anak. Tu pun bukan semua anak-anak terlibat.

Di Jepun, tak kiralah sekolah rendah atau tadika, semua murid terlibat dengan persembahan akhir tahun dan semua ibubapa dijemput hadir. Ibubapa juga perlu membawa alas duduk sendiri ( jika mahu ) kerana lantai yang sejuk dalam dewan. Yang mengkagumkannya ialah kita tak perlu nak berebut-rebut untuk mendapat tempat di hadapan bagi mengambil gambar anak-anak. Aturcara majlis diberi secara tepat waktu dan kita akan tahu bila anak kita nak buat happyokai! Jadi, awalnya mereka yang anak-anak buat happyokai dahulu akan penuhi kawasan hadapan. Selepas tamat persembahan, ibubapa tersebut akan memberi laluan ( bangun dan duduk dibelakang atau terus balik ) kepada ibubapa lain yang anak-anak mereka bakal membuat happyokai seterusnya. Masa pergerakan sangat cepat, tepat dan teratur! Jadi, bila persembahan seterusnya nak bermula ( mengikut waktu dalam aturcara ), tiada lagi pergerakan ibubapa. Oleh itu, tempat di hadapan sentiasa penuh dengan kehadiran ibubapa yang akan menonton dan ingin mengambil gambar anak-anak ( dalam keadaan duduk di tempat yang dipilih, bukan bangun dan ke hadapan seperti di Malaysia serta mengganggu orang lain yang ingin melihat persembahan juga). Keadaan ini ( ibubapa silih berganti ke hadapan ) berterusan sehingga tamat acara happyokai! Memang kagum dengan sistem mereka... dan kalau ibubapa hanya datang untuk tengok anak sahaja pun boleh sebab masa persembahan dah tertera. Lepas tu, boleh balik. Untuk pengetahuan semua, aturcara majlis diberi beberapa minggu sebelum acara happyokai. Jadi, senang ibubapa merancang cuti atau masa nak datang menonton happyokai anak-anak mereka.