Friday 27 March 2015

Day 541:Selesaikan pelbagai urusan dan last campus tour!

Salam semua,

Hari ini adalah hari sedih dan hari gembira... Sedih sebab bakal meninggalkan Bumi Sakura yang penuh dengan kenangan terindah dalam hidup... Gembira pula sebab boleh balik Malaysia jumpa Hubby, family dan anak-anak walaupun mood untuk masuk mengajar semula masih belum ada... InsyaAllah dalam 3 hari cuti yang masih ada lagi ni, persediaan mental dan fizikal untuk berkhidmat di Malaysia nanti pulih semula seperti dulu-dulu atau lebih baik dari dulu.

Hari ini dari pukul 11 pagi, terus ke DOCOMO untuk cancellation line telefon. Lama jugak, dalam sejam... pastu mereka minta bayar melalui akaun bank pada bulan depan. Sedangkan esok dah nak balik. Akhirnya, saya minta untuk bayar cash... makan masa nak tunggu. Mula-mula kata tak boleh sebab tak kira lagi bil penggunaan bulan ni. Pelik, macam x de sistem yang boleh tengok terus bil online. Pastu, telefon sana-sini, dan bincang dengan ramai pekerja lain. At last, dapat juga bayar mengikut bil semasa. Yang ajaibnya, takkan student lain tak pernah datang untuk cut line dan bayar cash... sebab kawan-kawan yang guna SOFTBANK boleh bayar terus di kaunter... tapi sejam jugaklah makan masa mereka untuk urusan potong talian ni...


Kemudian ke City Hall untuk inform nak balik dah esok, best tak? Biasanya, orang lain inform awal-awal lagi, dalam 2-3 minggu sebelum balik. Akibatnya, duit elaun anak-anak untuk bulan Februari dan Mac akan masuk 24 April nanti. Mungkin kalau infrom awal, akhir bulan Mac dah dapat. Jadi, petugas kaunter minta jangan tutup akaun bank lagi. Dulu ingatkan duit elaun Feb dan Mac burn macam tu je sebab waktu pembayaran elaun kanak-kanak ni hanya 3 kali setahun, iaitu bulan 1, 5 dan 10 sahaja. Rupanya, kalau dah nak balik mereka tetap akan bayar sehingga bulan anak-anak berada di Jepun walaupun bukan masa bulan pembayaran sebenarnya. Jujurnyalah kerajaan Jepun... x fikir nak skip dan soklap duit! Lepas ke kaunter change address, terus ke kaunter health insurance. Di kaunter ni, mereka akan minta Insurance Card untuk tukar tarikh valid hingga tarikh pulang. Tapi, saya sebab dah nak balik esok, petugas tu nak guna lagi tak esok. Tak guna dah. Jadi mereka tak perbaharuilah. Di sini juga mereka check bayaran insurance yang tertunggak dan membuat pemotongan nilai bayaran untuk bulan terakhir kerana dah nak balik. Kemudian, kita perlu buat bayaran segera di pejabat pos dan tunjuk bukti pembayaran. Barulah ke kaunter children allowance. 

Dah selesai urusan tu semua terus ke kampus, solat di ruangan solat fakulti pendidikan kemudian masuk lab. Guna komputer dan ambil gambar lab. Pukul 5.15 hantar kunci lab di L210 dan tour de campus... Sedih, rasanya dah nak pulang... tak tahu bila lagi berpeluang datang sini.
Last campus tour!
さようなら広島大学!またあいましょう。。。

Malam ni, bermalam di rumah Yanti dan esok pagi mereka sekeluarga akan pergi hantar saya ke Hiroshima Airport. 

Sakura at Campus

Monday 23 March 2015

Day 537: Sotsugyou!

Salam semua,

Hari ini merupakan Hari Graduasi Universiti Hiroshima.卒業の日 (graduation day) di sini sangatlah berbeza dari di Malaysia.

卒業の日di Jepun:
1. Tiada jubah konvo - Lelaki pakai kot, perempuan pakai kimono atau kot berskirt
2. Tiada upacara pemberian sijil atas pentas sambil disaksikan ramai orang kecuali pelajar cemerlang
3. Ada 2 upacara graduation day yang berbeza - graduation day secara umum di waktu pagi di dewan besar dan graduation ceremony di bilik kuliah atau makmal untuk pemberian sijil kepada semua graduan mengikut fakulti dan prof masing-masing di waktu petang. Prof kita yang beri sijil pada majlis yang penuh protokol tetapi di tempat yang dah biasa belajar/masuk kuliah.
4. Tiada ibubapa dan acara bergambar semasa penerimaan sijil oleh graduan di bilik kuliah/makmal.
Sebelum graduation ceremony pada pukul 3 petang

Graduation Ceremony yang sangat simple... pemberian sijil oleh supervisor@prof kita sendiri

Pelajar-pelajar undergraduate, master dan teacher training program di bawah seliaan Prof Yamasaki dan Shiba Sensei. Ni jelah yang ada bersama saya untuk graduation ceremony. Best tak? Tiada ibubapa dan nak minta orang tolong ambil gambar kita waktu terima sijil pun tak berani sebab tiada orang yang ambil gambar. Miss satu gambar terima diploma...sedih!

Sebelum acara bermula, pelajar undergradute dan master diberi sampul surat dan borang. Mereka mengisinya dan memulangkan semula pada prof. 

Suasana semasa ceremony sangat formal. Bila setiap orang pergi depan, tunduk hormat sama-sama dengan prof...then,  prof kita akan bacakan nama kita dan butiran yang ada atas sijil dan kita terima sijil ( ada caranya ) serta tunduk balik dan bergerak semula ke tempat duduk. Tak sampai setengah jam acara tamat....

Kemudian, saya sebelum ni dah beritahu prof Yamasaki nak bergambar bersama memandangkan kami tiada gambar bersama. Boleh tak? Tiada peluang nak bergambar dengan Prof sebab beliau sangat busy dan saya tak berani nak tanya boleh bergambar dengannya atau tidak. Jadi, hari tu Prof kata boleh bergambar dengan beliau. Prof mencadangkan untuk mengambil gambar bersama di pintu masuk blok pendidikan.


Kenangan terindah bersama Prof Yamasaki Takahito. 
ほんとにありがとうございました,山崎先生!


Bersama tutor saya yang sangat banyak membantu, Kohei Amano. 
たすかりました天野くん!

Tamat sudah pengajian saya di Hiroshima University! Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk membangunkan minda dan intergriti rakyat Malaysia, Amin...