Wednesday 28 January 2015

Hampir accident!

Alhamdulillah... syukur pada Allah!

Suami dan Hulaif terselamat dari accident hari ni. Hulaif sekolah hingga 11.30 hari ni. Sampai di station 12.10pm. Suami pergi ambil Hulaif. Saya kat rumah, tengah surf internet untuk cari tempat-tempat menarik di Shima dan Tottori.

Jam dah 12.30, biasa suami dah sampai sebab station bas tu dalam 4 minit je dari rumah. Tapi pelik tak balik-balik lagi.

12.36pm tiba-tiba suami sampai dan meluru masuk, cakap accident dan minta saya ikut untuk cakap jepun dengan polis! Saya pun bukanlah pandai sangat bercakap jepun tapi terpaksa ikut sebab kecemasan...

Rupa-rupanya bukanlah betul-betul accident... Nasib baik, alhamdulillah! Suami sempat break dan motorsikal pun break tapi dia jatuh. Tapi, jadi urusan polis juga!

Bila sampai polis, bertanya pekerjaan, no phone, alamat rumah, warganegara mengenai suami. Lepas tu, polis minta izin untuk check dalam kereta. Dia buka pintu belakang dan bonet. Kemudian, seorang anggota polis datang dan memanggil kami ke kawasan kejadian.

Dia minta cerita semula waktu kejadian. Saya jadi penterjemah pada suami dan menjawab dalam bahasa jepun tunggang terbalik pada polis... Haha. Dia tanya kat mana break, Brp halaju dll dan minta suami lakonkan semula dari tempat pemanduan pada atas jalan raya sambil menanda-nanda jalan dengan kapur putih. Kemudian, memberi nasihat pemanduan yang sepatutnya ketika melalui jalan itu.

Kesian, juga tengok pemuda yang jatuh tu, bercakap-cakap samb menahan sakit. Kemudian, polis yang mengambil keterangan tadi, meminta saya menulis nama anak yang berada di dalam kereta. Dia juga nak maklumat sekolah hulaif.

4 orang polis yang bertugas. Seorang jaga lalulintas. Seorang dengan alat penanda jalan, seorang catat maklumat dan seorang lagi bertanya mengenai kemalangan dan menyatakan cara pemanduan betul di kawasan tersebut. 2 kereta dan van polis berada di situ.

Polis yang mendengar penerangan kami, bertanya berkenaan hulaif. Risau kalau-kalau hulaif terkejut dan trauma serta menerangkan pelbagai perkara mengenai kes ini. Beliau perlu memastikan hulaif betul-betul daijoubu... Memang kagum dengan keprihatinan pihak polis jepun.

Polis juga nak tengok passport kereta dan shaken form. Tapi yang original tiada pada kami. Copy ada, tetapi di rumah. Jadi, pihak polis meminta kami menghantarnya ke pejabat polis selepas perbincangan.

Alhamdulillah, lepas tu pihak polis meminta kami dan pemuda tu bertukar-tukar maklumat peribadi.

Maklumat pemuda tu...

Kemudian, kami pulang dan menghantar salinan-salinan insurans serta shaken di balai polis bahagian kemalangan.

Lega, saya ingat dah kena saman sebab ingat betul-betul kemalangan. Tapi, syukur sangat tiada perlanggaran kenderaan dan bukan salah sesiapa di kawasan tu. Sebab memang kedua-dua arah tiada tanda tomare.

Mungkin, selepas ni akan ada penambahbaikan di kawasan tersebut kerana pihak polis membuat pemandangan yang banyak pada jalan. Sebelum ni, kalau saya bawa kereta kat situ pun, rasa jalan tu kurang selamat...

Pengalaman...Pengalaman. InsyaAllah, kami akan melawat pemuda tu nanti...

Friday 23 January 2015

Alhamdulillah, dah print out final report!

Salam semua,

Alhamdulillah... hari ni telah selamat print out semua report! 61 pages...3 copies! Nak hantar... setelah email Prof Yamasaki Sensei, rupanya beliau di luar kawasan pulak. Jadi, InsyaAllah, hari Isnin hantar...

Thursday 22 January 2015

My Final Report.... final editing!

Salam semua,

Alhamdulillah...

Hari ini perjumpaan dengan Prof Yamasaki Sensei untuk final editing untuk final report...
 
Memang orang Jepun bekerja sangat tekun.... saya pun tak perasan kesalahan kecil-kecil. Prof saya dapat kesan kesalahan seperti tersenggang 2 kali, huruf besar dan kecil untuk tajuk etc.... Hinggakan `kecantikan` untuk report juga (mengenai dot untuk point penting juga perlu sama jarak etc ) diminta supaya diperbetulkan untuk mendapat report yang terbaik... bukan sahaja dari segi isi kandungan report tetapi penampilan juga penting bagi mereka!

Dulu, saya ingat penampilan tak penting kerana di Jepun report boleh dibuat dalam font yang terpulang pada kita... semuanya atas kreativiti sendiri, tiada penetapan. Rupa-rupanya, mereka juga peka dan cermat dalam `penampilan report yang berkualiti`. Jadi, kena sentiasa teliti dan semak report yang dibuat supaya selaras semuanya.
 
Banyak juga kesalahan kecil yang perlu diedit semula... Kemudian, bincang mengenai print out report dan kertas yang perlu digunakan... kerana di Jepun kebanyakan kertas untuk pelbagai urusan adalah berwarna kelabu sikit. Jadi, takkan nak print atas kertas `ala-ala recycle` tu... Lecturer kata kertas putih... kemudian, beliau tanya ada tak? Saya kata saya akan beli... Tiba-tiba, beliau bangun dari tempat duduk dan pergi ke bahagian tepi almari dan memberi satu rim kertas! Baiknya, Prof Yamasaki.... Beliau meminta saya menggunakan kertas tu dan pulangkan baki kertas yang lebih nanti. Beliau meminta saya menghantar report yang telah di print out sebelum atau pada 30 Jan 2015.
 
Kertas putih dari Prof Yamasaki Sensei...ありがとう !
 
 
Kesalahan ditandakan dengan warna kuning dan hijau

Alhamdulillah... dah siap pembetulan!
 
Suasana kawasan komputer dalam lab saya!
 
Nilah tempat saya menaip report selalu! Tq computer... I will miss you!
 
Nanti hanya perlu print... harap dapat siap dengan segera dan boleh bergembira selepas ni...
Wassalam



 
 
 

Saturday 10 January 2015

Higashihiroshima City Art Museum

Salam semua,

Hari ni plan nak ichigo gari, tapi tak jadi. Jadi, saje check website Higashi-Hiroshima city hall untuk cari aktiviti hujung minggu yang menarik sepanjang Jan ni. Rupanya, hari ni ada larian new year di Higashi-Hiroshima Sports Park. Tapi dah lewat... dan suami pun tak nak pergi....

Ada satu lagi event menarik iaitu aktiviti membuat hanko (cop) di Higashi-Hiroshima Art Museum, Hachihonmatsu. Ia telahpun bermula 6 Jan lalu dan berakhir 1 Feb nanti bertemakan hito hito bito ( manusia ).

Signboard jalan di depan muzium

Higashi-hiroshima City Art Museum

Bayaran masuk bagi dewasa 100 yen, pelajar uni 70 yen dan kanak-kanak serta pelajar sekolah adalah percuma.

Di dalam muzium

Depan pintu masuk galeri gambar

Muzium tu, kecil je... Lepas tengok gambar-gambar yang dipamerkan (hanya satu ruang legar), kami ke meja hanko untuk melakar hanko masing-masing. Pegawai kaunter tiket datang menerangkan pada kami cari nak buat hanko tiruan tu... Simple sangat! Boleh dijadikan satu aktiviti dalam kelas...

Dengan hanya menggunakan pensil, kertas polisterin tebal dan cop, hanko tiruan tu dah boleh digunakan. Caranya pula sangat simple... Mula-mula, lakar sebarang bentuk muka (  sebab tema hito kan! ). Bila dah siap, tekan pada stamp pad dan cop pada kertas tebal yang telah disediakan. Kemudian, pegawai tu minta tampal kertas cop kita tu pada lukisan corak bangunan untuk kenangan muzium.

Alatan untuk buat hanko

Sibuk membuat hanko masing-masing

Dah siap lukis, tekan pada standard 

Bertungkus-lumus anak-anak membuat ciptaan hanko masing-masing. Huraiyah dan Ahmad membuat beberapa hanko. Lepas siap, semua melekatkan gambar hanko masing-masing dengan menggunakan selotape yang disediakan.

Huraiyah orang pertama siap dan tampal

Bergambar di luar muzium sebelum pulang

Kemudian, kami ke Centre Library untuk pinjam kamishibai dan buku yang baru.

Bersama kamishibai pilihan masing-masing di luar library


Wassalam


Monday 5 January 2015

Centre Library tutup setiap Isnin...

Hari ini, hanya ke Every dan Lamu untuk beli makanan minggu. Ingat nak ke Library, tapi bila sampai rupanya center library tutup setiap Isnin.

Sunday 4 January 2015

Sisa salji di Kagamiyama koen

Salam semua,

Hari ni, kami ke kagamiyama Koen untuk menikmati salji yang masih bersisa. Suhu di luar 10*C.

Jalan masuk ke Koen


Saturday 3 January 2015

Maulidur Rasul dan Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 12!

Salam semua,

Hari ini merupakan Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1436H. Sentiasalah berselawat ke atasnya, Rasulullah SAW. Nostalgia betul hari ini kerana ia bersamaan dengan Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 12 dan juga Hari Lahir Ummi kami, Wan Habsah bt Wan Abd Kadir yang ke 62. Doakanlah kami diberikan kebahagian dan kejayaan di dunia serta akhirat, Amin.

Telah disambut semalam bersama keluarga angkat Jepun.




Hari ini sekali lagi Ecah ajak kami ke Tumulus Koen bersama keluarga Dr Rafie.


Friday 2 January 2015

Host Family House!

Salam semua,

Seronok dapat sambut tahun baru bersama Host Family. Okaasan jemput kami ke rumahnya untuk bertemu dan menyambut Happy New Year bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka. Saya dan suami telah menyediakan menu ayam masak merah dan kari ayam Malaysia (sebab Jepun pun ada kari tapi lain) serta menempah kek coklat annivesary kami yang ke 12 untuk disambut bersama keluarga Okaasan.

Kami bertolak dari Saijo Eki pukul 10.11 dan tiba di Itsukaichi pada jam 11.06 pagi. Okaasan, Otousan dan anak lelakinya menunggu kami di depan pintu tiket keluar. Mereka datang dengan 2 kereta; 1 kereta Otousan dan 1 kereta sewa besar untuk family yang dipandu oleh anak lelakinya.

Dalam perjalanan, anak lelakinya memperkenalkan diri sebagai Takahiro dan boleh dipanggil Taka. Beliau merupakan guru bahasa Inggeris di Chiba. Mempunyai 2 orang anak, Itsuki 9 tahun dan Yuri 5 tahun. Beliau dan keluarga pulang ke Hiroshima dengan menaiki Shinkanzen selama 8 jam. Memang peramah orangnya.

Tiba di rumah, kami disambut mesra oleh isteri Taka~Maiyou, anak perempuan Okaasan~Masako dan cucu-cucunya. Setelah berkenal-kenalan, anak-anak dan cucu Okaasan menulis nama masing-masing dalam Katakana.

Acara pertama bermula; iaitu permainan dam Jepun. Anak-anak dan lelaki dewasa bermain bersama-sama. Warga perempuan pula, sibuk menyediakan hidangan dan panaskan lauk-pauk yang dibawa. Banyak hidangan istimewa sempena tahun baru disediakan sendiri oleh Okaasan dari semalam dan pagi tadi.


Kemudian, kami makan bersama-sama. Makanan diletakkan di dapur dan dihidangkan secara buffet.
Kami makan semeja bersama anak menantu dan cucu-cucu Okaasan.

Okaasan dan Otousan di meja sebelah sebab tak muat.

Itsuki mengajar cara bermain koma

Sambutan Anniversary kami


Acara potong kek bersama




Selepas makan,  pada mulanya, Taka san bercadang ingin mengajak kami bermain Tako ( layang-layang). Tetapi disebabkan salji lebat di luar, kanak-kanak bermain kendama dan funny face dahulu.

Akhir, salji mula reda dan Taka san letak memberi Tako kepada semua kanak-kanak serta mengajar cara memasang layang-layang dan talinya.

Kami pergi bermain layang-layang di kawasan permainan baseball yang agak jauh dari rumah Okaasan. Semua kanak-kanak sangat seronok dan bergembira. Salji mula turun dengan lebatnya semula dan kami terpaksa pulang kerana terlalu sejuk.

Kami solat zohor. Kemudian, meraikan Ulangtahun perkahwinan kami bersama keluarga Okaasan. Walaupun, sambutan lebih awal, kami sangat gembira dapat meraikan bersama dengan keluarga Jepun. Maiyou bertanya rahsia rumahtangga kekal hingga 12 tahun... saya kata anak ramai...hahaha! Kemudian, kami berbual-bual bersama keluarga Okaasan mengenai banyak perkara; kenapa nak datang Jepun walaupun anak-anak ramai ... sebab sgt minat Jepun dari kecik lagi, keluarga Jepun anak 2 orang... normal, seorang yang jarang, kawai sou!, etc.

Acara seterusnya, bermain koma. Itsuki mengajar cara bermain koma kepada anak-anak dan suami. Semua sibuk renshu untuk buat tali gulungan pada koma dan baling. Okaasan pula, rupa-rupanya tengah menyiapkan bekalan makanan untuk kami bawa pulang.

Disebabkan salji turun makin lebat dan tebal, kami pulang lebih awal ke saijo. Pada mulanya, kami plan nak balik lepas pukul 5, tapi kami terpaksa pulang awal kerana risau train tak bergerak jika salji tebal.

Wassalam

P/s: Banyak juga belanja tambang pergi balik dr Saijo ke Itsukaichi= [ 760 x 2+ 380 x 3 ] x 2 = ¥ 5320 tapi puashati!

Thursday 1 January 2015

Meluncur di Tumulus Koen

Salam semua,

Hari ini, Ecah ajak kami pergi meluncur di Taman Depan Mitsujou Shougakkou. Adakalanya, kami plan nak ke Kagamiyama Koen semalam, memandang weather forecast menunjukkan salji akan turun pada 1 Jan 2015. Lagipun, dr malam semalam dlm pkl 11 malam salji dah turun dgn lebat. Anak-anak pun dah keluar main salji walaupun dah tengah malam. Excited nak meluncur.

Pagi pun, awal-awal lagi semua dah keluar rumah untuk bermain salji. Then, dlm pkl 9 lebih dapat mesej dr Ecah, Hadiff anaknya ajak Hulaif meluncur bersama-sama.

Jadi, kami semua ikut serta. Seronok betul budak-budak meluncur atas salji menggunakan sori. Rupa-rupanya, Ecah ajak satu lagi family Malaysia untuk join meluncur, Dr Rafie dan Ros, isterinya serta anak2.

Memang happy anak-anak dapat bermain salji bersama kawan-kawan. Siap buat snow man besar lagi...

Huraiyah 

Tengah seronok buat big snow man ( yukidaruma)

Video anak-anak meluncur!


Balik rumah, rupanya abang dah sampai dari Malaysia. Happy sangat! Alhamdulillah...

Malam, pergi ke second street jalan kaki. Nak beli sori biru yang nampak hari tu. Harga 500 yen. Rasa mahal. Tapi bila tengok budak-budak happy main yang besar (pinjam sekejap-sekejap dari anak Ecah), ingat nak beli untuk mereka. Yang kecil hari tu ok jugak, tapi keseronokannya kurang. Tapi, rupanya tak ada rezeki. Jadi, balik tangan kosong.

Dua orang permata hati ni je yang nak ikut... cari sori.

Malam yang indah!

Esok akan ke rumah Okaasan di Itsukaichi untuk menyambut tahun baru bersama-sama.