Hari ni plan nak ichigo gari, tapi tak jadi. Jadi, saje check website Higashi-Hiroshima city hall untuk cari aktiviti hujung minggu yang menarik sepanjang Jan ni. Rupanya, hari ni ada larian new year di Higashi-Hiroshima Sports Park. Tapi dah lewat... dan suami pun tak nak pergi....
Ada satu lagi event menarik iaitu aktiviti membuat hanko (cop) di Higashi-Hiroshima Art Museum, Hachihonmatsu. Ia telahpun bermula 6 Jan lalu dan berakhir 1 Feb nanti bertemakan hito hito bito ( manusia ).
Signboard jalan di depan muzium
Higashi-hiroshima City Art Museum
Bayaran masuk bagi dewasa 100 yen, pelajar uni 70 yen dan kanak-kanak serta pelajar sekolah adalah percuma.
Di dalam muzium
Depan pintu masuk galeri gambar
Dengan hanya menggunakan pensil, kertas polisterin tebal dan cop, hanko tiruan tu dah boleh digunakan. Caranya pula sangat simple... Mula-mula, lakar sebarang bentuk muka ( sebab tema hito kan! ). Bila dah siap, tekan pada stamp pad dan cop pada kertas tebal yang telah disediakan. Kemudian, pegawai tu minta tampal kertas cop kita tu pada lukisan corak bangunan untuk kenangan muzium.
Alatan untuk buat hanko
Sibuk membuat hanko masing-masing
Dah siap lukis, tekan pada standard
Bertungkus-lumus anak-anak membuat ciptaan hanko masing-masing. Huraiyah dan Ahmad membuat beberapa hanko. Lepas siap, semua melekatkan gambar hanko masing-masing dengan menggunakan selotape yang disediakan.
Huraiyah orang pertama siap dan tampal
Bergambar di luar muzium sebelum pulang
Bersama kamishibai pilihan masing-masing di luar library
Wassalam
No comments:
Post a Comment