Sunday 2 September 2018

Sudah 6 Bulan Hana pergi...

Salam semua,

Kenangan bersama buah hati kami, Faihakhayla Hanainara tidak dapat dilupakan selamanya. Hanya gelap 5 bulan Allah pinjamkan Hana pada kami... Kini, 6 bulan Hana telah pergi meninggalkan kami. Berbahagialah wahai anak syurga ummi dan Abah. Pimpinlah tangan kami menuju ke syurga, di akhirat nanti wahai anakku, Hana. Rindu kasih cinta ummi dan abah buatmu, anakku...

26 Feb 2018, Isnin
( beberapa hari sebelum dijemput Ilahi )

1 Jan 2018

15 Okt 2017


Wednesday 1 August 2018

Kronologi mendapat kuarters presint 9

Alhamdulillah...
Check punya check web blh, akhirnya berjaya dapat kuarters Putrajaya... Syukur! Setelah sekian lama menunggu...












Friday 22 December 2017

Sakit ibu jari

Sakit ibu jari

Salam semua,

Doakan saya cepat sembuh...

Semalam, bangun dr tidur, says terasa sakit pada bahagian ibu jari kanan. Bergerak je mmg sakit. Mlm smlm dah bengkak...

Pagi tadi bangun, smakin sakit. Spjg mlm macam sakit berdenyut. Jd, ajak hubby ke Hospital Putrajaya. 7.55pg dh siap ambil no.

Org x ramai... Hanya ada beberapa org je. Alhamdulillah...

8 lebih masuk jumpa doktor. Pastu, doktor minta buat x- ray. Lps x-ray, jumpa doktor semula. Drp x-ray, tulang x de masalah. Dr syak mungkin punca dr sendi atau tendon.

Mulanya, sy rasa mcm sakit pd ibu jari. Rupanya bila doktor tekan-tekan, sakit berpunca dr joint yg ibu jari paling bawah berhampiran pergelangan tangan.

Dr x dapat beri kata putus, sakit apa sebenarnya. Klu arthritis, doktor kata mesti demam dan bengkak merah pd joint. Tp, sy mmg x demam. Bengkak pun x merah.

Jd, dr beri ubat tahan sakit, ubat sapu dan ubat bengkak. Nk tgk dulu mcmn. Klu, sakit berterusan, kena dtg hospital semula dan akan dirujuk pd pakar orthopedic. Dr. Nasihat kurangkan penggunaan tangan yg sakit.

Baru sakit 1 jari, dah rasa mcm susah Sgt. Nk mkn pun guna sudu. Nk buat apa-apa pun terpaksa guna tgn kiri. Baru terasa nikmat sihat....

Doakan smg sy cepat sembuh dan pulih seperti sediakala, amin...

Friday 20 January 2017

Kuwayama Sensei

Salam semua,

Terkenang semula kisah lama di Jepun dulu... Rindu sangat suasana lalu... Borang Mext 2017 untuk teacher training programme dah keluar. Beberapa orang guru yang berminat, telah menghantar email kepada saya untuk bertanya mengenai program ni. Semoga berjaya saya doakan!

Sewaktu di Hiroshima University, selepas program kelas Jepun 6 bulan, kami mula melaksanakan proposal kajian tindakan kami bersama supervisor ( lecturer) masing-masing. Semester kedua kami agak sibuk...

Apabila masuk semester 3, lecturer yang menguruskan kami adalah Kuwayama Sensei. Sebarang masalah boleh diberitahu kepada beliau agar dapat dibantu. Sikap prihatin dan ambil berat yang ditunjukkan bmembantu kami sebagai international students.

Terjumpa gambar beliau dan sedikit pengenalan diri beliau sbg staff Hiroshima University. Mungkin sesiapa yang nak buat apa-apa kolaberasi boleh hubungi beliau melalui web Hiroshima University, Department of Education.


Hello, I am Hisashi Kuwayama, mainly in charge of international students and some exchange programs in the Graduate School of Education, Hiroshima University. I would like to support that both international and Japanese students enjoy their social and academic life in an intercultural/disciplinary atmosphere. And also, my research and practical interest is on international cooperation in education especially for developing countries by making the best use of historical and sociocultural experiences in Japan’s school education. I am looking forward to having collaborative work with researchers and educators for the sustainable development in education.

https://www.hiroshima-u.ac.jp/en/ed/ipge/ipgestaff#wrapper


Tuesday 11 August 2015

Aosa Junior High School

Memperkenalkan Malaysia kepada murid-murid junior high school.



Bergambar bersama guru-guru Aosa, Pensyarah HU dan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain yang turut memperkenalkan negara masing-masing.


Friday 27 March 2015

Day 541:Selesaikan pelbagai urusan dan last campus tour!

Salam semua,

Hari ini adalah hari sedih dan hari gembira... Sedih sebab bakal meninggalkan Bumi Sakura yang penuh dengan kenangan terindah dalam hidup... Gembira pula sebab boleh balik Malaysia jumpa Hubby, family dan anak-anak walaupun mood untuk masuk mengajar semula masih belum ada... InsyaAllah dalam 3 hari cuti yang masih ada lagi ni, persediaan mental dan fizikal untuk berkhidmat di Malaysia nanti pulih semula seperti dulu-dulu atau lebih baik dari dulu.

Hari ini dari pukul 11 pagi, terus ke DOCOMO untuk cancellation line telefon. Lama jugak, dalam sejam... pastu mereka minta bayar melalui akaun bank pada bulan depan. Sedangkan esok dah nak balik. Akhirnya, saya minta untuk bayar cash... makan masa nak tunggu. Mula-mula kata tak boleh sebab tak kira lagi bil penggunaan bulan ni. Pelik, macam x de sistem yang boleh tengok terus bil online. Pastu, telefon sana-sini, dan bincang dengan ramai pekerja lain. At last, dapat juga bayar mengikut bil semasa. Yang ajaibnya, takkan student lain tak pernah datang untuk cut line dan bayar cash... sebab kawan-kawan yang guna SOFTBANK boleh bayar terus di kaunter... tapi sejam jugaklah makan masa mereka untuk urusan potong talian ni...


Kemudian ke City Hall untuk inform nak balik dah esok, best tak? Biasanya, orang lain inform awal-awal lagi, dalam 2-3 minggu sebelum balik. Akibatnya, duit elaun anak-anak untuk bulan Februari dan Mac akan masuk 24 April nanti. Mungkin kalau infrom awal, akhir bulan Mac dah dapat. Jadi, petugas kaunter minta jangan tutup akaun bank lagi. Dulu ingatkan duit elaun Feb dan Mac burn macam tu je sebab waktu pembayaran elaun kanak-kanak ni hanya 3 kali setahun, iaitu bulan 1, 5 dan 10 sahaja. Rupanya, kalau dah nak balik mereka tetap akan bayar sehingga bulan anak-anak berada di Jepun walaupun bukan masa bulan pembayaran sebenarnya. Jujurnyalah kerajaan Jepun... x fikir nak skip dan soklap duit! Lepas ke kaunter change address, terus ke kaunter health insurance. Di kaunter ni, mereka akan minta Insurance Card untuk tukar tarikh valid hingga tarikh pulang. Tapi, saya sebab dah nak balik esok, petugas tu nak guna lagi tak esok. Tak guna dah. Jadi mereka tak perbaharuilah. Di sini juga mereka check bayaran insurance yang tertunggak dan membuat pemotongan nilai bayaran untuk bulan terakhir kerana dah nak balik. Kemudian, kita perlu buat bayaran segera di pejabat pos dan tunjuk bukti pembayaran. Barulah ke kaunter children allowance. 

Dah selesai urusan tu semua terus ke kampus, solat di ruangan solat fakulti pendidikan kemudian masuk lab. Guna komputer dan ambil gambar lab. Pukul 5.15 hantar kunci lab di L210 dan tour de campus... Sedih, rasanya dah nak pulang... tak tahu bila lagi berpeluang datang sini.
Last campus tour!
さようなら広島大学!またあいましょう。。。

Malam ni, bermalam di rumah Yanti dan esok pagi mereka sekeluarga akan pergi hantar saya ke Hiroshima Airport. 

Sakura at Campus

Monday 23 March 2015

Day 537: Sotsugyou!

Salam semua,

Hari ini merupakan Hari Graduasi Universiti Hiroshima.卒業の日 (graduation day) di sini sangatlah berbeza dari di Malaysia.

卒業の日di Jepun:
1. Tiada jubah konvo - Lelaki pakai kot, perempuan pakai kimono atau kot berskirt
2. Tiada upacara pemberian sijil atas pentas sambil disaksikan ramai orang kecuali pelajar cemerlang
3. Ada 2 upacara graduation day yang berbeza - graduation day secara umum di waktu pagi di dewan besar dan graduation ceremony di bilik kuliah atau makmal untuk pemberian sijil kepada semua graduan mengikut fakulti dan prof masing-masing di waktu petang. Prof kita yang beri sijil pada majlis yang penuh protokol tetapi di tempat yang dah biasa belajar/masuk kuliah.
4. Tiada ibubapa dan acara bergambar semasa penerimaan sijil oleh graduan di bilik kuliah/makmal.
Sebelum graduation ceremony pada pukul 3 petang

Graduation Ceremony yang sangat simple... pemberian sijil oleh supervisor@prof kita sendiri

Pelajar-pelajar undergraduate, master dan teacher training program di bawah seliaan Prof Yamasaki dan Shiba Sensei. Ni jelah yang ada bersama saya untuk graduation ceremony. Best tak? Tiada ibubapa dan nak minta orang tolong ambil gambar kita waktu terima sijil pun tak berani sebab tiada orang yang ambil gambar. Miss satu gambar terima diploma...sedih!

Sebelum acara bermula, pelajar undergradute dan master diberi sampul surat dan borang. Mereka mengisinya dan memulangkan semula pada prof. 

Suasana semasa ceremony sangat formal. Bila setiap orang pergi depan, tunduk hormat sama-sama dengan prof...then,  prof kita akan bacakan nama kita dan butiran yang ada atas sijil dan kita terima sijil ( ada caranya ) serta tunduk balik dan bergerak semula ke tempat duduk. Tak sampai setengah jam acara tamat....

Kemudian, saya sebelum ni dah beritahu prof Yamasaki nak bergambar bersama memandangkan kami tiada gambar bersama. Boleh tak? Tiada peluang nak bergambar dengan Prof sebab beliau sangat busy dan saya tak berani nak tanya boleh bergambar dengannya atau tidak. Jadi, hari tu Prof kata boleh bergambar dengan beliau. Prof mencadangkan untuk mengambil gambar bersama di pintu masuk blok pendidikan.


Kenangan terindah bersama Prof Yamasaki Takahito. 
ほんとにありがとうございました,山崎先生!


Bersama tutor saya yang sangat banyak membantu, Kohei Amano. 
たすかりました天野くん!

Tamat sudah pengajian saya di Hiroshima University! Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk membangunkan minda dan intergriti rakyat Malaysia, Amin...