Monday 23 March 2015

Day 537: Sotsugyou!

Salam semua,

Hari ini merupakan Hari Graduasi Universiti Hiroshima.卒業の日 (graduation day) di sini sangatlah berbeza dari di Malaysia.

卒業の日di Jepun:
1. Tiada jubah konvo - Lelaki pakai kot, perempuan pakai kimono atau kot berskirt
2. Tiada upacara pemberian sijil atas pentas sambil disaksikan ramai orang kecuali pelajar cemerlang
3. Ada 2 upacara graduation day yang berbeza - graduation day secara umum di waktu pagi di dewan besar dan graduation ceremony di bilik kuliah atau makmal untuk pemberian sijil kepada semua graduan mengikut fakulti dan prof masing-masing di waktu petang. Prof kita yang beri sijil pada majlis yang penuh protokol tetapi di tempat yang dah biasa belajar/masuk kuliah.
4. Tiada ibubapa dan acara bergambar semasa penerimaan sijil oleh graduan di bilik kuliah/makmal.
Sebelum graduation ceremony pada pukul 3 petang

Graduation Ceremony yang sangat simple... pemberian sijil oleh supervisor@prof kita sendiri

Pelajar-pelajar undergraduate, master dan teacher training program di bawah seliaan Prof Yamasaki dan Shiba Sensei. Ni jelah yang ada bersama saya untuk graduation ceremony. Best tak? Tiada ibubapa dan nak minta orang tolong ambil gambar kita waktu terima sijil pun tak berani sebab tiada orang yang ambil gambar. Miss satu gambar terima diploma...sedih!

Sebelum acara bermula, pelajar undergradute dan master diberi sampul surat dan borang. Mereka mengisinya dan memulangkan semula pada prof. 

Suasana semasa ceremony sangat formal. Bila setiap orang pergi depan, tunduk hormat sama-sama dengan prof...then,  prof kita akan bacakan nama kita dan butiran yang ada atas sijil dan kita terima sijil ( ada caranya ) serta tunduk balik dan bergerak semula ke tempat duduk. Tak sampai setengah jam acara tamat....

Kemudian, saya sebelum ni dah beritahu prof Yamasaki nak bergambar bersama memandangkan kami tiada gambar bersama. Boleh tak? Tiada peluang nak bergambar dengan Prof sebab beliau sangat busy dan saya tak berani nak tanya boleh bergambar dengannya atau tidak. Jadi, hari tu Prof kata boleh bergambar dengan beliau. Prof mencadangkan untuk mengambil gambar bersama di pintu masuk blok pendidikan.


Kenangan terindah bersama Prof Yamasaki Takahito. 
ほんとにありがとうございました,山崎先生!


Bersama tutor saya yang sangat banyak membantu, Kohei Amano. 
たすかりました天野くん!

Tamat sudah pengajian saya di Hiroshima University! Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk membangunkan minda dan intergriti rakyat Malaysia, Amin...
 







1 comment:

  1. oooo mmg gitu yea style belajar di jepun sgt simple...

    ReplyDelete