Saturday 5 October 2013

( Hari 4) KEMBARA HIROSHIMA: Hanya di Recreation Room 2nd Floor, International House!

Salam Semua,

4 Okt 2013

Hari ini agak suram... Tak ke mana-mana pun kecuali ke Reacreation Room untuk guna internet!

Hujan dari semalam hingga ke saat ni ( pukul 7.50 mlm di Hiroshima ). Suasana di langit sangat berkabus... Tapi tak sejuk sangat...

 Wassalam

Friday 4 October 2013

( Hari 3 ) KEMBARA HIROSHIMA: Jalan-jalan di Saijo!

Salam Semua,

Hari ni keluar jalan-jalan untuk tengok bandar Saijo ( bandar berdekatan Universiti ) bersama Ummi! Konon-konon nak pergi supermarket... tapi tak sampai pun... 

Jadi, hanya jalan-jalan sekitar bandar dan banyak ambil gambar! Tahu sikit-sikit jalan di sini, Alhamdulillah!

 Hari ni, tutor ada kelas penuh... jadi tutor x dapat temankan.

 Wassalam

Thursday 3 October 2013

( Hari 2 ) KEMBARA HIROSHIMA : Buka Akaun Japan Post!

Salam semua,

Hari ni pun mmg best.... Janji dengan student tutor pkl 10 pagi. Org jepun sgt tepati masa.

10.00 am Ke Universiti Hiroshima
10.10 am Terpaksa ke post office untuk buka akaun bank Jepun. Banyak borang yang perlu diisi. Sy hanya isi nama shj, sbb x tahu tulis dlm bahasa Jepun. yang lain-lain tutor yang isi. Kesian dia sbb terlalu byk borang kena isi.
11.00 am Ke Universiti semula untuk ke student plaza. Jumpa dgn Ms Iguchi yg byk bantu urusan tempat tinggal.
12.00 pm Ke kafetaria yg ada makanan halal. Sgt teruja!
1.10 pm Ke Student Plaza sekali lagi sbb Ms Iguchi tel tutor ada yang perlu disummit lagi.
1.30 pm Tiba di International student house.
1.40 pm Minta staff tolong uruskan dapur.... Sbb tak berfungsi. Masalah kunci hilang... Rupanya dlm poket!
2.00 pm Taklimat international house mengenai bilik rekreasi pelajar, cara menggunakan mesin basuh, cara buang sampah dll
3.00pm janji nak beli phone dgn tutor. Tp tutor ada kelas, dia terlupa kelas dia....
3.45 pm Ke kedai phone au...tapi x beli pun... Sbb mahal sgt... Kena beli telefon skli... X boleh beli no. Shj.
5.00 pulang


(Hari Pertama) KEMBARA HIROSHIMA: Tiba di Kansai Airport dan Higashi-Hiroshima!

Salam semua,

Hari pertama di Jepun (waktu tempatan) 2 Okt 2013

7.30 am Tiba di Kansai Airport. Uruskan Resident Card
9.25 am Beli tiket di JR railway ticket HARUKA ( nikai - tingkat 2 )
9.46 am Naik Haruka train no 12 ke Shin-Osaka
10.45 am Naik nozomi no 15 shinkanzen ke hiroshima
12.23 pm Naik Kodama 738 shinkanzen ke higashi- hiroshima
12.35 pm Tiba di Higashi-hiroshima station.
              Van universiti datang ambil (bayar kemudian: 500yen seorang)
1.40 pm tiba di Hiroshima University International Student House
2.10 pm check in dlm bilik B 1502
2.45 pm jumpa student tutor. Uruskan recident card utk alamat dan card insurance (200 yen).
5.00 pm Beli basikal

Sgt seronok! Dpt student tutor yang sgt baik dan sgt membantu dlm urusan rasmi di Jepun.


KEMBARA HIROSHIMA: Bertolak ke Jepun!

Salam semua,

Kembara Hidup Di Jepun saya akan bermula...

Tarikh      : 1 Okt 2013 - 31 Mac 2015
Tempoh   :  18 bulan = 547 hari
Universiti  : Universiti Hiroshima
Tempat     : Higashi-Hiroshima, Hiroshima, Jepun.


Malam ni ( 1 Okt 2013 ) saya akan bertolak ke Jepun bersama ibu tercinta....

Pernebangan : Malaysia Airlines ( MH0052)
Masa : 23.45-07.15 ( + 1 day )
Tempoh perjalanan: 6 jam 30 minit

Sangat seronok...dan sangat sedih untuk meninggalkan suami serta anak-anak di Malaysia. Lagipun suami sedang outstation waktu ni... Muhammad Ubaid ( adik lelaki saya ) yang datang ke KLIA.

Pengalaman perjalanan akan di kongsikan nanti. Wassalam