Tuesday 19 November 2013

Day ( 19 Nov 2014 ) Salji yang ditunggu-tunggu Hulaif!

Salam semua,

Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah. Setelah berhari-hari menunggu salji turun, akhirnya termakbul juga doa Hulaif untuk bermain salji. Hari ini merupakan hari untuk suami dan Hulaif pulang ke Malaysia. Walaupun, hanya dapat bermain salji seketika, Hulaif sangat menghargai suasana itu...

Hulaif kesejukan...

Ahmad bermain salji di laluan turun untuk orang kurang upaya

Berposing di sisi kereta

Ahmad dah rasa panas pakai baju tebal 2 lapis... sarung tangan pun dah tak pakai lagi... Hulaif pula tambah satu lagi baju tebal

Bergambar bersama sementara menunggu untuk ke Higashi-Hiroshima Station

Hulaif puashati dapat main salji sebelum balik!

Ahmad happy sebab dapat stay Jepun ...bolehlah main salji lagi lepas ni 

Suami

Saya...hehehe

Terima kasih pada Hakim, kerana sudi datang ambil dan hantar suami serta Hulaif ke Higashi-Hiroshima Station.

Sunday 17 November 2013

KEMBARA HIROSHIMA: Welcome to Higashi-Hiroshima My Daughters!

Salam semua, Alhamdulillah, akhirnya dua orang anak perempuan saya menjejakkan kaki di Higashi-Hiroshima, Jepun! Welcome my daughters! Kami bermalam di Kansai Airport kerana tiba dari Malaysia pukul 22.45 malam dan selesai buat resident card dan ambil beg dalam 1 jam. Selepas pukul 12 malam, keretapi dan shinkansen dah tak beroperasi lagi! Dari Kansai Airport, kami ke Higashi-Hiroshima menaik keretapi dan Shinkanzen ( 4 buah semuanya)dan tiba jam 9.28 minit. Hakim dan Nabihah datang menjemput kami dari Higashi-Hiroshima Station. Thanks adik-adik! Lepas tu, kami bershopping di 'Maxvalu', Lamu dan Every. Sampai rumah dalam pukul 2 petang. Wassalam