Friday 2 January 2015

Host Family House!

Salam semua,

Seronok dapat sambut tahun baru bersama Host Family. Okaasan jemput kami ke rumahnya untuk bertemu dan menyambut Happy New Year bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka. Saya dan suami telah menyediakan menu ayam masak merah dan kari ayam Malaysia (sebab Jepun pun ada kari tapi lain) serta menempah kek coklat annivesary kami yang ke 12 untuk disambut bersama keluarga Okaasan.

Kami bertolak dari Saijo Eki pukul 10.11 dan tiba di Itsukaichi pada jam 11.06 pagi. Okaasan, Otousan dan anak lelakinya menunggu kami di depan pintu tiket keluar. Mereka datang dengan 2 kereta; 1 kereta Otousan dan 1 kereta sewa besar untuk family yang dipandu oleh anak lelakinya.

Dalam perjalanan, anak lelakinya memperkenalkan diri sebagai Takahiro dan boleh dipanggil Taka. Beliau merupakan guru bahasa Inggeris di Chiba. Mempunyai 2 orang anak, Itsuki 9 tahun dan Yuri 5 tahun. Beliau dan keluarga pulang ke Hiroshima dengan menaiki Shinkanzen selama 8 jam. Memang peramah orangnya.

Tiba di rumah, kami disambut mesra oleh isteri Taka~Maiyou, anak perempuan Okaasan~Masako dan cucu-cucunya. Setelah berkenal-kenalan, anak-anak dan cucu Okaasan menulis nama masing-masing dalam Katakana.

Acara pertama bermula; iaitu permainan dam Jepun. Anak-anak dan lelaki dewasa bermain bersama-sama. Warga perempuan pula, sibuk menyediakan hidangan dan panaskan lauk-pauk yang dibawa. Banyak hidangan istimewa sempena tahun baru disediakan sendiri oleh Okaasan dari semalam dan pagi tadi.


Kemudian, kami makan bersama-sama. Makanan diletakkan di dapur dan dihidangkan secara buffet.
Kami makan semeja bersama anak menantu dan cucu-cucu Okaasan.

Okaasan dan Otousan di meja sebelah sebab tak muat.

Itsuki mengajar cara bermain koma

Sambutan Anniversary kami


Acara potong kek bersama




Selepas makan,  pada mulanya, Taka san bercadang ingin mengajak kami bermain Tako ( layang-layang). Tetapi disebabkan salji lebat di luar, kanak-kanak bermain kendama dan funny face dahulu.

Akhir, salji mula reda dan Taka san letak memberi Tako kepada semua kanak-kanak serta mengajar cara memasang layang-layang dan talinya.

Kami pergi bermain layang-layang di kawasan permainan baseball yang agak jauh dari rumah Okaasan. Semua kanak-kanak sangat seronok dan bergembira. Salji mula turun dengan lebatnya semula dan kami terpaksa pulang kerana terlalu sejuk.

Kami solat zohor. Kemudian, meraikan Ulangtahun perkahwinan kami bersama keluarga Okaasan. Walaupun, sambutan lebih awal, kami sangat gembira dapat meraikan bersama dengan keluarga Jepun. Maiyou bertanya rahsia rumahtangga kekal hingga 12 tahun... saya kata anak ramai...hahaha! Kemudian, kami berbual-bual bersama keluarga Okaasan mengenai banyak perkara; kenapa nak datang Jepun walaupun anak-anak ramai ... sebab sgt minat Jepun dari kecik lagi, keluarga Jepun anak 2 orang... normal, seorang yang jarang, kawai sou!, etc.

Acara seterusnya, bermain koma. Itsuki mengajar cara bermain koma kepada anak-anak dan suami. Semua sibuk renshu untuk buat tali gulungan pada koma dan baling. Okaasan pula, rupa-rupanya tengah menyiapkan bekalan makanan untuk kami bawa pulang.

Disebabkan salji turun makin lebat dan tebal, kami pulang lebih awal ke saijo. Pada mulanya, kami plan nak balik lepas pukul 5, tapi kami terpaksa pulang awal kerana risau train tak bergerak jika salji tebal.

Wassalam

P/s: Banyak juga belanja tambang pergi balik dr Saijo ke Itsukaichi= [ 760 x 2+ 380 x 3 ] x 2 = ¥ 5320 tapi puashati!

No comments:

Post a Comment