Monday 22 December 2014

Makan sushi lagi!

Salam semua,

Hari ni salji memutih lagi. Kalau ikut weather forecast, hari ni mendung... "kumori desu". Hanya Allah yang menentukan, Alhamdulillah! Memang semalam dah berdoa2 agar salji hari ni.

Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah pada tahun ni. Esok bermulalah, "Fuyu yasumi" sehingga 7 Jan 2015.
Sebelum bertolak ke sekolah.

Berbaris berjalan ke sekolah di pagi yang sangat dingin.

Selamat belajar anak-anakku!

Hari ni banyak agenda. Hulaif pulak cuti! Jadi, perlu bawa ke kampus. Mula-mula, siapkan report dan print out untuk perjumpaan dgn prof petang ni. Alhamdulillah, settle...


Pukul 1 ada temujanji dengan Dr Machi Dato di Cafe Mermaid. Alhamdulillah, beliau nak ambil saya sebagai assistant beliau dan gaji akan dibayar oleh Universiti Hiroshima. Rezeki... dapat juga merasa bekerja under universiti secara part time. Kira-kira 1 jam berbual dengan beliau. Tugasan yang perlu saya lakukan ialah menterjemahkan polisi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Dr Machi berminat untuk membuat research mengenai Pendidikan Tinggi di Malaysia. Beliau pernah berada di Malaysia selama 2 bulan sebelum ni... di KL dan Penang. Beliau berharap agar dapat ke Malaysia lagi tahun depan. Dulu pun beliau dah kaji pasal pendidikan tinggi di Malaysia dan kini dah banyak berubah dalam masa 10 tahun. Banyak juga kami bertukar cerita; beliau mengenai pendidikan tinggi KMalaysia dan saya mengenai pendidikan sains di sekolah Jepun! Seronok berbual secara ilmiah dgn beliau. Harap dapat bekerjasama dengan baik bersama beliau selepas ni. Insya Allah...

Lepas tu, berkejaran hantar Hulaif balik, sebab lepas ni nak jumpa Prof Yamasaki. Abang dan kakak-kakaknya, akan jadi pengasuh petang ni selepas balik sekolah.

Jumpa prof dan Alhamdulillah, 90% report dan siap. Tinggal reference, acknowledgement dan satu subtopic lagi nak siap.

Kemudian, masuk kelas terakhir untuk tahun 2014... sedih pulak! Tahun yang banyak memberikan kenangan indah!

Sefie dengan kawan-kawan Jepun sebelum kelas bermula... Kohei Nakamura kun dan Ogawa san!

Dr Shiba tekun menulis isi kuliah... di kelas terakhir 2014.

Tamat kelas, buat pembetulan report dan pulang. Dalam 6.30 mlm sampai dan terus ajak makan sushi.

Terpaksa ambil no giliran sbb ramai sangat kat "sushi-ya".
Di ruangan menunggu...

No bertuah kami... hehehe..

Tiba-tiba Huraiyah terambil "inari". Risau sebab ia berminyak... takut minyak haiwan! Jadi, terpaksa bertanya... Bagus sangat mereka melayan pelanggan..Berkali-kali datang, kerana masih tidak mendapat maklumat sama ada minyak haiwan atau tumbuhan. Kemudian, chef dia keluar dan bawa list makanan dan kandungan yang terdapat di dalamnya. Namun, untuk "inari" tidak tercatat minyak apa yang digunakan. Sekali lagi, mundar-mandir chef mencari maklumat dan minta kami bersabar.
Sebelum bermula...

Pelbagai pilihan... "inari" diasingkan dari hidangan, bimbang bukan minyak tumbuhan digunakan ....

Awas, ada yang tak halal..Sentiasalah buat pilihan halalan thoyyibah

Hampir kenyang.....

Alhamdulillah, akhirnya kami diberitahu, minyak gorengan "inari" adalah minyak tumbuhan. Apalagi, semua berebut nak makan sebab dah terliur dari tadi!

Di kaunter bayaran, saya meminta list tersebut untuk dibawa pulang. Boleh dijadikan rujukan nanti. Syukur...

No comments:

Post a Comment