Tuesday 30 December 2014

"Sori" untuk meluncur!

Salam semua,

Hanya tinggal 2 hari sebelum tahun baru. Hari ini, operasi pembersihan dalam dan sedikit di luar rumah. Barang yang nak dibuang diletakkan dalam plastik kuning dan barang yang boleh directly dimasukkan dalam plastik hijau.

Pagi, operasi dalam rumah. Kemudian, berhenti untuk makan tengahari dan solat. Petang, sedikit operasi di luar rumah, bahagian balkoni. InsyaAllah, esok hari kemuncak pembersihan. Mesti, dari pagi semua penghuni di Jepun sibuk dengan urusan pembersihan sebelum masuk ke tahun baru.

Sempat menghantar email pada Prof untuk ucapan tahun baru. Semoga, sinar Islam meresap dalam jiwanya, Amin. Sambil tu, lihat update untuk perkembangan terkini cari Airasia Indonesia yang hilang. Khabarnya, dah jumpa serpihan kapal terbang dan mangsa... tapi belum pasti. Semoga dipermudahkan segala urusan pencarian mereka dan ramai mangsa yang  masih hidup. Banjir pun makin meruncing, walaupun tiada hujan yang berterusan. Lebih 235 000 orang dipindahkan kini. Kemusnahan yang sangat teruk, bagi kawasan air yang dah surut. Sedih betul tengok... memang ujian besar bagi mereka.

Lepas, isyak keluar ke daiso dan youmetown depan universiti. Pembelian akhir tahun 2014. Alhamdulillah, Ahmad jumpa "sori", papan luncur atas salji. Jadi, beli seorang satu sebagai hadiah tahun baru. Lagipun, salji dijangka turun lagi pada 1 dan 2 Jan nanti. Harapnya, anak-anak puashati meluncur di atas salji sebelum pulang ke Malaysia Mac nanti. Semoga, pengalaman ini menjadi kenangan mereka bila dewasa nanti.

"Sori" untuk meluncur di atas salji

Semoga anak-anak ummi mahir dalam memanah satu hari nanti, Amin

Wassalam



No comments:

Post a Comment