Tuesday 2 December 2014

29 Nov 2014 Happyokai

Salam,

Setelah berlatih berminggu-minggu, akhirnya tibalah masa untuk Hulaif membuat Happyokai! Happyokai ialah persembahan yang dibuat pada hari-hari terakhir persekolahan di Jepun.


Hulaif tepi sekali atas ( kanan )



Membuat happyokai mengenai sayur-sayuran


Semua bersungguh-sungguh!

Tetapi, di Jepun waktu happyokai agak pelik berbanding Malaysia. Jika di Malaysia, ibubapa atau para hadirin akan duduk di kerusi dalam dewan untuk menyaksikan persembahan anak-anak. Tu pun bukan semua anak-anak terlibat.

Di Jepun, tak kiralah sekolah rendah atau tadika, semua murid terlibat dengan persembahan akhir tahun dan semua ibubapa dijemput hadir. Ibubapa juga perlu membawa alas duduk sendiri ( jika mahu ) kerana lantai yang sejuk dalam dewan. Yang mengkagumkannya ialah kita tak perlu nak berebut-rebut untuk mendapat tempat di hadapan bagi mengambil gambar anak-anak. Aturcara majlis diberi secara tepat waktu dan kita akan tahu bila anak kita nak buat happyokai! Jadi, awalnya mereka yang anak-anak buat happyokai dahulu akan penuhi kawasan hadapan. Selepas tamat persembahan, ibubapa tersebut akan memberi laluan ( bangun dan duduk dibelakang atau terus balik ) kepada ibubapa lain yang anak-anak mereka bakal membuat happyokai seterusnya. Masa pergerakan sangat cepat, tepat dan teratur! Jadi, bila persembahan seterusnya nak bermula ( mengikut waktu dalam aturcara ), tiada lagi pergerakan ibubapa. Oleh itu, tempat di hadapan sentiasa penuh dengan kehadiran ibubapa yang akan menonton dan ingin mengambil gambar anak-anak ( dalam keadaan duduk di tempat yang dipilih, bukan bangun dan ke hadapan seperti di Malaysia serta mengganggu orang lain yang ingin melihat persembahan juga). Keadaan ini ( ibubapa silih berganti ke hadapan ) berterusan sehingga tamat acara happyokai! Memang kagum dengan sistem mereka... dan kalau ibubapa hanya datang untuk tengok anak sahaja pun boleh sebab masa persembahan dah tertera. Lepas tu, boleh balik. Untuk pengetahuan semua, aturcara majlis diberi beberapa minggu sebelum acara happyokai. Jadi, senang ibubapa merancang cuti atau masa nak datang menonton happyokai anak-anak mereka.


No comments:

Post a Comment