Wednesday 17 December 2014

"Fuyu" bermula!

Alhamdullilah!
Setelah menanti untuk merasakan salji tebal di Saijo, akhirnya hari ni keluar dari rumah salji telah memutih di atas tanah. Jalan licin, jadi terpaksa hantar Hulaif berjalan kaki untuk ke tempat bas ke tadika.

Bila sampai, rupanya bas tak dapat bergerak awal dan ditunda ke pukul 9 pagi kerana salji tebal. Sementara menunggu, kami sempat ambil byk gambar!

Namun, akhirnya Hulaif dan kawan-kawan terpaksa bercuti kerana bas tak sanggup nak bergerak... Dengar khabarnya 1 km, mengambil masa 30 minit... kerana semua kenderaan bergerak perlahan. Memandangkan hari ini hari rabu, sekolah tadika hanya sehingga 11.30 pagi. Jadi, mungkin tamat kelas dulu baru sampai.

Tengahari dan petang seronok dengan salji... tapi hanya dapat keluar rumah sekejap, sekejap...terlalu sejuk, -4*C! Tangan cepat beku dan kesakitan...

Petang, anak-anak balik sekolah, bergambar lagi sebab di Higashi-hiroshima bukan selalu bersalji...tidak seperti di Hokaido salji sehingga 300m tinggi!

Dengarnya, salji kali ni adalah yang terlebat dalam 8 tahun kebelakangan ni... Semoga lebih banyak pengalaman bermain salji kami selepas ini sebelum pulang ke Malaysia!

Fuyu daisuki!

No comments:

Post a Comment