Friday 12 December 2014

Jujurnya orang Jepun!

Salam semua,

Hari ni seperti biasa pergi ke kampus bersama suami. Suami pergi ke chou toshokan. Memandangkan hari ni tiada kelas dan perjumpaan dengan profesor, saya ke nishi toshokan untuk "hon gari" buat kali pertama.

Rupa-rupanya, di toshokan ni banyak buka bahasa Inggeris. Di tingkat satu, semua buku berbahasa inggeris dan ada sedikit buku dalam bahasa-bahasa lain. Tak ramai sangat pelajar di tingkat ni.

Tingkat 2, pula buku-buku jepun dan di tingkat 3 merupakan ruang komputer yang sangat luas.

Alhamdulillah, dapat 4 buku yang sesuai untuk bacaan saya dan anak-anak setelah lama memilih buku-buku. Buku-buku di sini adalah dalam bidang biologi, astronomi, bahasa, novel, matematik, etc.


Selepas meminjam buku, saya terus ke lab dan menyambung penulisan final report untuk research study.

Waktu balik, kami menuju ke tempat parking kereta di luar kampus. Kelihatan ada notis pada wiper kereta kami... Ingat ada salah apa pulak... Suami ambil dan terus nak masuk kereta. Tiba-tiba, datang seorang wanita Jepun datang menghampiri suami dan berkata dia telah terlanggar kereta kami dan mahu berunding.


Suami hanya cakap daijoubu, daijoubu... Dia macam bersalah sangat dan pergi ke hadapan kereta untuk menunjukkan tempat dia langgar. Suami pun ikut dan berkali-kali cakap daijoubu. 


Tapi wanita tu macam tak puas hati dan cakap nak berunding. Suami minta saya bercakap dgn dia. Saya keluar dari kereta dan melihat tempat dia langgar. Dia cakap dia nak mengundurkan kereta pastu terlanggar kereta kami. Bila saya tengok, bukan apa pun... hanya kesan cat kereta dia yg lekat pada number kereta kami.

Wanita tu, masih cakap tak pe ke tak baiki ni? Muka dia nampak resah dan bersalah sangat! Saya pun cakap daijoubu2 jugak... sebab bukan kemek atau rosak apa pun. Lagipun kereta kesayangan kami ni mungkin akan dilupuskan feb 2015!


Dalam perjalanan pulang, saya bincang dgn suami tentang kejujuran org Jepun. Mereka sangat menghormati hak org lain dan seboleh-boleh mungkin tidak mahu orang lain merana kerana mereka. Mereka tidak akan menyusahkan orang lain walaupun sedikit dan berharap orang lain juga tidak mengganggu privasi mereka juga. 

Sikap dan kejujuran mereka sangat mengkagumkan.

No comments:

Post a Comment