Sunday 4 August 2013

CABARAN 5: Pemilihan Teaching Field ( Course ) yang sesuai.

Salam semua,

Pemilihan ini, pada saya paling rumit kecuali jika kita sudah ada idea dan kajian apa yang kita perlukan. Perkara ini menyebabkan saya tidur malam dan bangun semula pada jam 3 pagi hingga pergi ke sekolah hampir seminggu. Sukar untuk pilih course yang terlalu banyak mengikut universiti.

Terdapat lebih 80 universiti Jepun yang menawar Latihan Perguruan ( Teacher Training Program ) kepada pelajar antarabangsa. Guide book boleh diperolehi dari Laman Web Embassy of Japan, Malaysia. Teliti dan baca keseluruhan teaching field. Buat catatan mengenai kelebihan dan kekurangan setiap universiti.

Jangan silap pilih guide book macam saya! Terpaksa buat dua kali kerja! Pada mulanya, saya mengisi course berdasarkan guide book 2012. Saya tidak menjumpai link guide book! Jadi, saya tanya mentor saya. Beliau memberi panduan untuk mendapatkan link tersebut. Saya ingat guide book setiap tahun adalah sama. Rupa-rupanya tidak!

Hendak dijadikan cerita, pihak penemuduga ( wakil kedutaan jepun ) mencadangkan saya menukar pilihan Universiti semasa sessi temuduga kerana mereka berpendapat proposal saya sesuai dilaksanakan di Universiti cadangan mereka. Pada mulanya, saya amat yakin untuk mengekalkan pilihan universiti saya. Akan tetapi, setelah pihak kedutaan menghubungi saya bertanyakan sama ada saya ingin menukar pilihan universiti, saya mula berfikir sekiranya saya tidak mengikut cadangan mereka, permohonan saya akan ditolak. Jadi, dengan keadaan terpaksa saya menyatakan akan menukar pilihan universiti mengikut cadangan panel penemuduga.

Dari situlah, saya mula mengesan kesalahan saya! Nama universiti dicadangkan itu tiada dalam guide book yang sudah saya download! Saya jadi keliru! Patutlah, sewaktu pihak penemuduga tu tanya kenapa tak pilih universiti T? Saya siap cakap, rasanya tak ada universiti tu dalam guidebook. Boleh tak? Kemudian, panel tu cakap ada dan beliau memberitahu kebaikan sekiranya saya mengikuti latihan perguruan di sana.

Saya mula cemas, dan menelefon pihak kedutaan untuk meminta kepastian. Pegawai yang menguruskan borang, siap beri muka surat berapa tercatatnya kursus mengenai universiti tu. Akhirnya, saya tahu yang saya sudah salah memilih ke semua pilihan universiti yang telah membuatkan saya beberapa hari tak cukup tidur!

Keesokan harinya, saya menghubungi pihak kedutaan dan memberanikan diri untuk bertanya adakah guidebook 2012 dan 2013 adalah berlainan? Ya. Itulah jawapannya. Saya mengaku kesilapan saya, yang mereka sendiri pun tak perasan! ( sebab universiti yang saya pilih tu, memang ada dalam guide book 2013, cuma kursusnya berbeza). Saya diberi beberapa hari untuk membuat pilihan universiti yang baru dan Ms Nyim ( thank you very much ) menghantar guide book 2013 kepada saya melalui email.

Sekali lagi, saya tak dapat tidur untuk memilih universiti yang sesuai dengan proposal saya! Bangun pukul 3 pagi dan menelaah guidebook menjadi rutin selama beberapa hari untuk membuat pilihan terbaik. Nak buat waktu lain, tiada peluang. Gangguan bunyi dan lain-lain. Bila anak-anak tidur, baru aman dan boleh berfikir dengan baik!

Satu masalah yang dihadapi pula waktu ni, ialah universiti yang dicadangkan oleh panel penemuduga kurang berkaitan dengan proposal saya! Saya menghubungi Ms Nyim untuk menanyakan penukaran proposal tetapi tidak dibolehkan kerana proposal itu telah dibentangkan sewaktu sessi temuduga. Hanya pilihan universiti sahaja boleh ditukar.

Masalah, masalah! Saya diberi kata putus sekiranya tidak mengikut cadangan panel tidak mengapa. Tetapi sebagai manusia mesti kita suka jika cadangan kita diikuti orang, kan? Jadi, dengan bertawakal kepada ALLAH, saya membuat pilihan pertama seperti cadangan panel. Universiti kedua dan ketiga saya pilih sendiri dengan ketentuan ALLAH setelah tak tidur malam!

Itulah pengalaman namanya. Jadi, rakan guru, buat pilihan universiti berdasarkan guidebook tahun semasa. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment