Friday 2 August 2013

CABARAN 3: Pengambilan Transkrip Original di Universiti.

Salam semua,

Dalam masa pengisi borang yang banyak, satu lagi cabaran hebat yang perlu saya hadapi! Iaitu fail sijil peribadi milik diri sendiri hilang tak tahu di mana. Ini berpunca dari perpindahan rumah ke Kuarters Guru. Tak hilang ke mana pun, cuma kebanyakan barang-barang masih berada dalam kotak. Cuma tak tahu kotak yang mana, sebab terlalu banyak kotak. Akan tetapi, memandangkan permohonan Latihan Perguruan ini memerlukan Transkrip Original Universiti,  saya mula mencari maklumat dari internet dan mendapat ilmu baru bahawa Salinan Transkrip boleh dipohon dari Universiti.

Akhirnya, saya mula membuat permohonan kepada Universiti yang saya belajar dahulu. Telah proses email-mengemail, yang saya berikan dan maklum balas universiti, saya dalam membuat kesimpulan, jika kita nak cepat, lebih baik kita pergi ambil sendiri!

Jadi, pada 27 Feb 2013, saya dengan suami saya sebagai pemandunya serta anak-anak bertolak ke Pulau Pinang dari KL semata-mata untuk mengambil transkrip. Saya ambil cuti rehat khas dan anak-anak bercuti sekolah sendiri dengan arahan ibubapa... =). Suami tiada masalah sebab beliau tengah cuti belajar master di UM.

Seperti yang dijanjikan dengan pihak pendaftar Universiti, saya tiba di sana dan mengambil 3 set transkrip... Ambil sendiri pun ada kesalahan pesanan! Tapi tak pe, yang penting dah dapat. Dua salinan untuk simpanan sendiri. Lepas tu, nak feri bawa anak-anak melancong seketika sebelum bertolak ke KL semula. Baru tahu, naik feri keluar dari Penang, tak kena bayar pun. Siap ready RM 50 sebab tak tahu bayarannya. Hanya masuk Penang baru ke charge. Saya tak tahu sebab dulu, saya belajar di cawangan Unversiti sahaja.

Selesai satu masalah. Nanti saya cerita lagi.... Wassalam

No comments:

Post a Comment