Saturday 10 August 2013

CABARAN 8: Peperiksaan BI dan BJ!

Salam semua,

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk soalan BI dan juga BJ yang disoal? Susah ke senang? dll.

Saya beri jawapannya di sini.

SOALAN BAHASA INGGERIS

Bak kata mentor saya, susah dari SPM mungkin lebih kurang MUET. Saya tak tahu MUET bagaimana, tapi saya setuju dengan beliau yang menyatakan susah dari SPM.

Saya ada mencari-cari bentuk soalan online, tetapi tiada soalan berkaitan program ini. Cuma, alhamdulillah saya terjumpa soalan english dari negara Jepun. Saya saje cuba-cuba berlatih mana tahu betul. Tengok-tengok betul mirip soalan yang ditanya. Ada tu perkataan dalam jawapannya sama cuma soalan berbeza. Agak menyesal sebab tak buat betul-betul. Sebab dah tengok perkataan sama, tapi tak ingat makna pulak! Padahal dah cari makna, waktu cuba tu.

Boleh cuba tengok bentuk soalan dari laman web http://stepeiken.org ( Tapi bukan semua sama bentuk )

Seingat sayalah, ada beberapa bahagian dalam soalan Kertas BI tu.

Bahagian 1
Memilih perkataan yang sesuai untuk diisi di tempat yang kosong.
Dalam 10 soalan rasanya. Bahagian 1 soalan memang sama bentuknya dengan soalan dari set soalan eiken. Cuba jawab set-set soalan eiken banyak-banyak sebab banyak perkataan (jawapan) lebih kurang sama, cuma ayat dalam soalan berbeza.

Bahagian 2
Baca ayat yang amat panjang ( sampai 4-7 baris) dan kenalpasti kesalahan ayat.
Bahagian ini memang mengelirukan. Tinggal dulu soalan yang susah ( macam kita ajar murid ), sebab masa sangat cepat berlalu. Nak baca ayat pun berbelit-belit nak faham.

Bahagian 3
Soalan ala-ala grammar.
Rasanya ada 2 passage diberi dan kena isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberi.

Bahagian 4
Soalan berdasarkan petikan.
Memang best petikan dia! Panjang yang amat sangat! Ada 2 petikan hari tu, 5 soalan setiap satu petikan. Walaupun panjang petikannya, rasanya bahagian ni paling mudah sebab jawapan ada dalam petikan.

Dan yang paling best semua soalan pilihan jawapan ( soalan ABCD ). Jangan tinggal kosong ( macam pesanan kat anak murid pulak!), taramlah saat-saat akhir kalau dah tak tahu! Masa memang tak cukup sebab bila penjaga periksa tu cakap 10 minit lagi ( tak silap ), semua agak terkejut dan agak kelam kabut kecuali seorang dua je kot yang dah siap.

SOALAN BAHASA JEPUN

Ni part paling best! Penjaga periksa tu siap cakap, kalau tak tahu nak jawab, boleh tulis nama dan hantar. Ramai juga cikgu yang hantar cepat, tak tahu la taram ke tinggal kosong. Dalam 10 minit, hanya tinggal beberapa orang saja yang cuba untuk menjawab. Yang lain ada yang dah balik ( kalau temuduga esok ), ada yang stay untuk temuduga petang.

Soalan Bahasa Jepun ada 3 bahagian.

Bahagian Pertama - Beginner

Mungkin soalan sekolah rendah kut... Memang totally dalam tulisan Jepun. Tapi, Alhamdulillah, saya adalah tahu sikit-sikit sebab dah ada basic sebelum ni. Soalan isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan kebanyakannya. Macam soalan dialog ringkas, contohnya A cakap Ohayou gozaimasu. B kena jawab apa? Ada pilihan A sampai D. Kalau pandai baca tulisan hiragana dan katakata, InsyaAllah tiada masalah sangat. Ada soalan penyataan dalam kotak ( satu ayat ), kita jawab berdasarkan ayat tu. Last tu ada soalan isi tempat kosong. Ada juga dia minta tulis balik kanji kepada hiragana dan sebaliknya.

Bahagian Kedua - Intermediate

Mungkin soalan menengah rendah. Soalan jadi lebih susah. Banyak soalan berdasarkan petikan pendek. Mungkin dalam 7-10 ayat. Saya tak boleh jawab! Maksud pun tak tahu! Banyak juga huruf kanji. Macam duk di dunia asing, bila tengok soalan part ni....Ada soalan ABCD dan isi tempat kosong.

Bahagian Ketiga - Advance

Lagi best bahagian ni! Petikan panjang berjela-jela sampai 1- 1 setengah muka surat. Soalan menengah atas / universiti kut... ( pandai je main teka-teka! ). Terbaik! Saya masuk medan perang waktu ni... hehehe... Ada soalan ABCD dan juga tulis jawapan ( mungkin panjang ) sebab ruang jawapan besar ( dalam bentuk petak ), tak silap.

Soalan Bahasa Jepun tiada rujukan bentuk soalan sebab hadir untuk jawab pun tawakal je... Tengok-tengok sikit-sikit makna perkataan dan ingat balik tulisan-tulisan Jepun sebagai persediaan. Dengarnya, kertas BJ tu untuk melihat tahap kita di tahap mana. Sebab nanti pihak jepun akan beri 6 bulan kursus BJ di Jepun.

Rasanya itu sahaja gambaran serba sedikit mengenai soalan yang bakal ditanya. Gook Luck! Wassalam

p/s: Jika ada rakan guru yang pernah menduduki peperiksaan ini, boleh tambah maklumat dan share pengalaman di ruang komen. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment