Saturday 3 August 2013

CABARAN 4: Membuat proposal kajian saya!

Salam semua,

Terima kasih atas pembacaan anda!

Sebenarnya cabaran ini tidak sesukar mana sebagaimana sebelum ini ( proposal pertama yang saya buat tanpa panduan ). Alhamdulillah selepas pertemuan dengan seseorang yang saya boleh disifatkan sebagai mentor saya, ALLAH permudahkan saya untuk membuat proposal berdasarkan kajian yang saya ingin laksanakan. Alhamdulillah...

Menurut mentor saya iaitu Along, beliau membuat proposal berdasar pengalaman belajar master sebelum ini. Saya memang belum ambil master, patut pun saya tak tahu! Tapi tak bermakna tak perlu ambil tahu. Belajar tetap kena belajar, betul tak? Tiada alasan tak tahu...

Jadi, kepada rakan guru yang masih mencari cara untuk membuat proposal, sukacita saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari dari Along. Saya akan kongsikan kerangka proposal. Mungkin ini simple bagi mereka yang dah expert, tapi bagi saya ia perkara baru yang perlu dikongsi untuk kebaikan anak didik kita pada masa hadapan. Guru yang berpengalaman akan memberikan lebih ilmu kepada anak-anak murid mereka - pada saya lah. Kerana salah satu sebab utama saya mengambil keputusan memohon latihan perguruan ini, selain dari cita-cita saya dari kecil ialah untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu untuk dikongsikan bersama rakan guru di Malaysia dan anak didik yang tercinta.

Ini serba sedikit kerangka proposal yang dicadangkan. Mungkin untuk lebih baik, rakan guru boleh tambah apa-apa yang perlu.

TITLE: Nyatakan tajuk kajian yang ingin dibuat

TEACHING FIELD: Bahagian ini ambil dari tajuk course yang kita pohon pada universiti yang kita pilih

OBJECTIVES:
1. Nyatakan objektif kajian kita. Contoh : mulakan ayat dengan " To study / To learn / To get etc"
2. Berilah sekurang-kurangnya 3 objektif. Macam kita buat lesson plan.
3.
INTRODUCTION:
Beri gambaran awal mengenai tajuk kajian kita dalam satu perenggan.

BACKGROUND AND STATEMENT PROBLEM:
Cerita latar belakang kajian dan masalah yang dihadapi sewaktu pengajaran sesuai dengan konteks Malaysia yang perlu kita tangani. Tulis sedikit harapan kita di akhir perenggan jika kajian dapat dilaksanakan.

TYPE OF RESEARCH:
Nyatakan jenis kajian kita. Contohnya : Action Research etc

PARTICIPANTS IN STUDY: Siapa yang terlibat dengan kajian kita?

DATA COLLECTION:
1. Bagaimana kita dapatkan data kajian ?
2. Contohnya: Soal selidik / Temuramah / prestasi murid / pemerhatian dll
3. Perlukan sedikit huraian kaedah, bagaimana kita akan melakukan data collection
ETHICAL CONSIDERATION:
1. Perkara yang perlu diambilkira dalam kajian.
2. Contoh : Perbezaan budaya / berlainan bahasa / persekitaran / teknik pengajaran dan pembelajaran dll.
3. Ringkas dan padat
RESOURCES REQUIRED FOR THE STUDY:
1. Sumber yang perlu untuk kajian
2. Ringkas dan padat

Itulah sedikit sebanyak cara membuat proposal yang telah saya pelajari dan praktikkan. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu anda. Wassalam

No comments:

Post a Comment