Monday 15 September 2014

Day ( 15 Sept 2014 ): National Holiday in Japan - Respect for the Aged Day holiday !

Salam semua,

Hari ini merupakan hari cuti di Jepun! Tidak ke mana-mana, hanya berehat di rumah bersama keluarga. Petang pula, keluar membeli-belah barangan dapur di Every.

Bila difikirkan banyak juga cuti di Jepun ni... Tapi, yang bestnya, cuti-cuti di sini lebih 'mesra rakyat'. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, cuti-cutinya kebanyakkanya adalah hari Isnin. Penetapan cuti mereka selalunya bukan berpandukan tarikh, tapi berdasarkan Isnin minggu ke berapa... Best tak? Contohnya, cuti hari ni... Cuti sempena menghormati Hari Orang Tua. Ia disambut pada setiap hari Isnin minggu ke 3 bulan September. Sistem cuti hari Isnin ini dikenali sebagai Happy Monday System. Jadi, dapatlah pekerja di sini bercuti selama 3 hari berturut-turut bermula hari Sabtu lagi.

Orang Jepun memang terkenal dengan budaya kerja yang 'tersangatlah rajin'. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja merupakan 'family day' bagi mereka, tu pun bukan bagi semua orang. Kalau guru, Sabtu pun kena datang sekolah. Dahlah, setiap hari datang awal dalam pukul 7 lebih, balik pula sehingga jam 8 - 10 malam. Padahal, habis kerja pukul 5.30 petang. Murid balik dari pukul 3.30 - 4.30 petang mengikut jadual harian yang diberikan guru. Jadi, cuti hari Isnin ni adalah tepat untuk mereka bercuti panjang sedikit dari biasa.

Berbalik pada Hari Menghormati Orang Tua... Setiap tahun, kerajaan mengumumkan jumlah rakyat Jepun yang berusia 100 tahun ke atas, pada hari cuti ini. Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini ( 2014 ), jumlah rakyat Jepun yang berusia 100 tahun ke atas ialah seramai 58 820 orang! Memang ramai!

Jangan terkejut jika Jepun dinamakan " a land of centenarians" disebabkan populasi orang tua di sini adalah paling ramai di dunia. Centenarian bermaksud orang tua yang berumur 100 tahun ke atas. Purata jangka hayat mereka juga sangat tinggi iaitu 86.61 tahun bagi wanita dan 80.21 tahun bagi lelaki. Kini, Jepun mempunyai 46.21 "centenarians" setiap 100,000 orang.

Wanita paling tua di dunia merupakan Misao Okawa, yang berusia 116 tahun menurut Guinness World Records dan lelaki paling tua di Jepun pula ialah Sakari Momoi yang berusia 111 tahun!

 Dan didapati 90% centenarians adalah wanita! Setiap tahun, media Jepun mengambil peluang untuk menampilkan orang tua, melaporkan penduduk dan menonjolkan orang tertua di negara ini.

Semoga kita semua dipanjangkan umur dalam ibadah dan diberikan kesihatan yang baik di hari tua nanti.... ameen.

Ja, mata ne..



Read more here: http://www.bellinghamherald.com/2014/09/14/3857083/japan-more-and-more-a-land-of.html#storylink=cpy


No comments:

Post a Comment