Thursday 4 September 2014

Day ( 4 Sept 2014 ) : School Visit Program - Mihara Kindergarten

Salam semua,

Hari ini pagi-pagi lagi dah bertolak ke Saijo Station untuk pergi ke Mihara bersama 4 lagi rakan guru yang lain iaitu Moresta, Jaray, Hau Mang dan Taher. Kami telah mengatakan persetujuan untuk membantu sekolah tersebut untuk pendedahan kepada murid mengenai orang dari negara luar ( sorry, ayat agak berbelit..harap dapat difahami...).

Namun, apabila tiba di Saijo Station, keadaan agak kelam kabut dan padat dengan manusia! Rupanya, train tidak mengikut jadual. Keadaan ini biasanya berlaku apabila ada bencana alam seperti gempa bumi, taufan dan hujan lebat. Memang semalam, sepanjang malam hujan turun tak henti-henti. Disebabkan hujan tersebut, train dari Hiroshima tertunda.

Kami sepatutnya menaiki train pukul 7.40 pagi untuk tiba di Mihara sebelum jam 9.00 pagi. Kalau mengikut jadual, train seterusnya ialah pada 8.22 pagi tapi akan tiba lebih jam 9 pagi. Dalam keadaan semua masih menunggu, akhirnya train tiba jam 8.20 pagi dan penuh sesak dengan manusia. Lega, tapi pukul 9 lebih juga dijangka sampai.

Bila tiba di Mihara Station, kami perlu berjalan lebih kurang 5 minit untuk sampai ke sekolah tersebut.


Dulu, saya sudah datang sekali ke sekolah ini untuk program bersama murid sekolah rendah. Untuk makluman semua, sekolah ini attached to Hiroshima University dan bermula dari tadika, sekolah rendah, menengah bawah dan atas ada di sini. Memang sekolah yang sangat besar!


Pandangan dari luar sekolah

Tugu selepas pintu masuk sekolah

Sewaktu kami tiba di sana, sessi persekolahan tadika telah pun bermula. Kami diberi tugas untuk masuk ke kelas tertentu. Saya mendapat kelas murid 3 tahun dan diberi tag nama merah ( perlu tulis nama ringkas dalam katakana). Murid-murid dibezakan melalui warna topi yang dipakai. Untuk murid 3 tahun, topi mereka berwarna pink pekat. Jadi, kami terus ke kawasan permainan dan cuba mendekati murid-murid kelas kami berdasarkan warna topi. Sessi pertama, dari pukul 9 -10 pagi sessi bermain bersama murid. 

Bermain air dan pasir merupakan aktiviti yang paling disukai di Musim Panas.

Main masak-masak...

Kawasan bermain sangatlah luas. Buaian, gelongsor, tempat panjat-panjat semua ada... Ada juga kebun dan tempat pemeliharaan haiwan seperti burung. Selepas bermain, mereka mengemas semua peralatan yang digunakan dan membersihkan diri dengan bantuan guru.

Kemudian, murid beredar ke kelas masing-masing dan menyalin pakaian dengan bantuan pembantu guru. Setelah semuanya bersedia, murid duduk di kerusi yang telah disusun oleh guru. Sessi seterusnya pun bermula dengan menyanyi sambil guru bermain piano. Mereka menyanyi dengan penuh semangat siap dengan gaya sekali.
Murid menyanyi dengan penuh semangat!

Kemudian, tibalah giliran saya memperkenalkan diri sambil guru memegang globe untuk menerangkan di manakah Malaysia kepada murid. Murid diberi peluang bertanya soalan pada saya. Soalan mereka- warna kegemaran dan rumah di Malaysia.

Setelah itu, kerusi disusun dalam bentuk bulatan untuk aktiviti kerusi muzik. Duduk atas kerusi setelah muzik dimatikan... tapi berbeza dengan kerusi muzik di Malaysia. Kalau di Malaysia, sesiapa yang tak dapat kerusi, kira terkeluar dari permainan. Tapi di sini, bukan begitu. Setiap kali, kerusi dikeluarkan, murid yang tidak dapat kerusi akan dipanggil oleh murid yang dapat kerusi untuk share kerusi bersama. Guru akan memberi pujian pada murid yang murah hati berkongsi kerusi. Mungkin, itu sikap yang mahu diterapkan pada murid iaitu tidak mementingkan diri sendiri.

Tamat sessi kerusi muzik, meja diangkut bersama-sama dan disusun oleh murid dengan bantuan guru. Sessi bacaan buku cerita oleh guru.

Murid mendengar dengan kusyuk...

Sessi seterusnya adalah sessi yang dinanti-nanti oleh murid-murid... iaitu sessi makan. Di sekolah ini, murid perlu membawa bento sendiri. Hanya air teh disediakan di sekolah. Sensei meminta saya menemani murid ke bilik khas di mana bento-bento murid dikumpulkan mengikut kelas.

Bilik bento berada di hujung sana...

Bilik bento... murid angkat bento-bento untuk dibawa ke kelas mereka

Sessi makan

Reiya Yoshimi... asyik nak berkepit dengan saya aje.. haha

Bento saya yang dibekalkan oleh sekolah... Arigatou!

Selepas makan, sekali lagi murid keluar bermain tapi kali ni tidak boleh main air lagi. Hanya main gelongsor, buaian dan panjat-panjat je. Dah siap main, masuk kelas semula...

Sessi saya pun bermula... Guru meminta saya membacakan buku Bahasa Inggeris dan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu! Mula-mula ingat sensei minta terjemahkan dalam Bahasa Jepun... rupa-rupanya BM. Sensei tulis bacaan-bacaan nama haiwan dalam Bahasa Melayu dengan tulisan Katakana dan minta murid sebut perkataan-perkataan tu sama-sama semasa saya membacakan buku cerita tersebut. Kelakar pun ada! First time terjemah cerita kanak-kanak dalam BM. Tapi rasa dihargai sebab ada orang yang nak tahu bahasa kita...

Kemudian, ada masa lagi... Guru bacakan satu lagi buku cerita untuk mereka. Setelah itu, mereka bersedia untuk pulang. 






No comments:

Post a Comment