Saturday, 8 November 2014

Day 402 : Oasa Junior Highschool

Salam semua,

Alhamdulillah, hari sangat seronok sebab dapat ke Oasa Junior Highschool sebagai `duta kecil` Malaysia! Pelajar-pelajar antarabangsa dijemput untuk memperkenalkan negara masing-masing untuk session English Activities. 

Kami berkumpul di Student Plaza dan dibawa oleh van ke sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai murid yang sangat sedikit kerana kadar kelahiran di sini sangat rendah dan membimbangkan. Ia terletak di Kita, Hiroshima dan memakan masa lebih 1 jam untuk sampai ke sana dari Universiti Hiroshima.

Pada mulanya, kami dberikan taklimat mengenai kawasan Kita Hiroshima dan maklumat tempat-tempat menarik di sana. Kemudian, sessi presentation pun bermula. Beberapa hari sebelum program, kami diminta menyediakan power point dan diberikan kad besar untuk memperkenalkan negara dan bahasa.

Agak terkejut apabila mula masuk ke kelas untuk memulakan sessi, kerana bilangan murid yang sangat sedikit; 7 orang! Terdapat 2 kelas, jadi satu kelas lagi pun lebih kurang je bilangan muridnya. Saya ingat ramai yang tidak hadir, kerana aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu. Rupa-rupanya memang pelajarnya memang ramai tu je! Kesian, negara Jepun.... 

Tetap bersemangat memperkenalkan negara walaupun hanya sedikit pelajar yang ada. !

Kawan-kawan dari negara lain pun dapat tahu pasal Malaysia jugak!Dari kiri: Kawan-kawan dari Jepun, China Korea, China, Pakistan dan Sri Langka.
 

Bergambar bersama para pelajar dan kawan-kawan selepas sessi kelas pertama tamat


Di kelas satu lagi untuk sessi kedua


Bergambar beramai-ramai setelah makan tengahari!
 
Bergambar bersama lecturer yang membawa kami ( kot kelabu ), kawan-kawan dan guru-guru Bahasa Inggeris Oasa Junior Highschool sebelum balik
 




No comments:

Post a Comment