Sunday 28 July 2013

MAKLUMAT AWAL "TEACHER TRAINING PROGRAM":Terima kasih, Mok Su!

Salam semua,

Post ini berkisar tentang bagaimana saya mula mendapat tahu mengenai kursus latihan " Teacher Training Program" oleh Kerajaan Jepun di bawah tajaan Biasiswa Monbukagakusho : MEXT - Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology.

Maklumat yang ini diperolehi daripada Mok Su ( emak saudara -adik Ibu )  saya sendiri. Sepupu Pok Su ( Suami kepada Mok Su ) berjaya mendapat kursus latihan ini tahun lepas (2012). Jadi, disebabkan Mok Su tahu yang saya dan Mok Chek ( kakak Mok Su ) amatlah berminat dengan negara Jepun, beliau mula bertanya sepupunya pelbagai soalan yang berkaitan dengan kursus itu sewaktu sepupunya itu mengadakan majlis kesyukuran sebelum bertolak ke Jepun. Memang saya dan Mok Chek amat terkenal dengan 'kegilaan' terhadap Jepun dalam keluarga kami. Maklumat itu, mula Mok Su sampaikan kepada saya sekitar bulan Oktober 2012.

Oleh kerana syarat-syarat kursus latihan itu lebih sesuai dengan saya ( berumur 35 tahun ke bawah dan sbgnya), Mok Su mula menjadi orang tengah antara saya dengan sepupunya yang dikenali sebagai Along. Dari situlah, saya bernekad untuk mencuba nasib agar dapat merealisasikan impian yang telah lama dipendamkan.

Akhirnya, dari Mok Su saya mendapat tahu, permohonan kursus latihan mula dibuka sekitar 6 Feb 2013 melalui maklumat Along. Tapi, bila check dalam laman web KPM, masih tiada iklan yang dipaparkan mengenai kursus tu.

Saya yang masih berharap agar mendapat peluang belajar ini, akhirnya ter'buka' Laman Web KPM pada 20 Feb 2013 dan melihat tawaran yang telah lama saya nanti-nantikan. Akan tetapi, saya agak kecewa sebab telah terlepas dua hari dari tarikh iklan yang menyebabkan kesuntukan masa dalam pengisian borang yang agak banyak! Rasa give up pun ada waktu tapi saya tetap bertahan dan cuba sedaya mungkin menepati semua kehendak borang-borang tu.

Baiklah. Nanti saya sambung lagi... Wassalam

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak shazel, saya eml. terima kasih sebab berikan tunjuk ajar macamana nak buat proposal. membantu sangat. saya nak mohon guidance dari akak mengenai pilihan university di Jepun. Boleh tolong guide saya?

    ReplyDelete