Saturday 27 July 2013

SEJARAH JEPUN DAN SAYA!

Salam semua,

Teringat pula sejarah saya dan jepun, waktu dulu-dulu! Saya bukanlah hidup di zaman Jepun... jangan salah faham pulak.

Al-kisahnya...

Cita-cita saya untuk belajar di Jepun bermula dari sekolah rendah lagi. Disebabkan terlalu minat Jepun dan seangkatan dengannya saya mula belajar bahasa jepun sendiri semasa di menengah rendah. Saya fotostat buku jepun dari perpustakaan dan membeli buku-buku bahasa jepun. Sehingga waktu nak periksa PMR pun masih bawa buku jepun ke mana-mana untuk ditelaah. Bapa siap tegur, ada subjek bahasa jepun ke dalam PMR. =) Alhamdullillah, berkat tekun belajar dan doa, saya berjaya mendapat 9A dalam PMR. Ummi berjanji membawa saya ke Jepun sebagai hadiah kejayaan tersebut. Malangnya, Ummi tidak dapat menunaikan janji sebab saya mula bersekolah di asrama penuh. Ummi akhirnya menghadiah sejumlah wang untuk saya dan meminta saya pergi sendiri ke Jepun suatu hari nanti.

Selepas SPM, saya ingin ( sangat-sangat ) mengambil kursus persediaan ke Jepun tetapi tidak diizinkan oleh bapa. Mungkin, bapa tidak begitu gemar dengan bahasa ini sebab bapa selalu tanya kenapa saya minat nak belajar bahasa Jepun. Bukan ada kegunaan sangat. Penggunaannya amat terhad. Bapa lebih suka untuk saya belajar Bahasa Cina sebab penggunaannya lebih meluas dan sesuai dengan skop Malaysia. Akhirnya, selepas matrikulasi, saya mengambil jurusan kejuruteraan di USM. Itulah sedikit sebanyak sejarah saya mengenai Jepun.

No comments:

Post a Comment