Monday 29 July 2013

IKLAN TAWARAN LATIHAN PERGURUAN 2013: Peluang keemasan untuk saya!

Salam semua,

Setelah mendapat tahu mengenai iklan tawaran ini, saya pada mulanya berbelah bahagi. Kenapa? Saya mula meminta pendapat rakan-rakan sebelum memohon. Disebabkan saya telah mempunyai keluarga, saya mula memikirkan pelbagai perkara. Namun, hasrat saya untuk terus memohon lebih kuat kerana saya sanggup berkorban/hidup berjauhan hanya lebih kurang setahun setengah.

Rakan-rakan mula memberi pendapat masing-masing. Kesimpulannya, majoriti mereka agak tidak bersetuju untuk saya mengikuti latihan perguruan ini. Pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh mereka seperti kesian anak-anak masih kecil, kena jaga keluarga dan suami, peluang tipis/tak ada harapan untuk orang yang dah berkeluarga, orang bujang ramai yang pohon, berkorbanlah untuk anak-anak, masa kecil bersama anak kita tak akan dapat lagi, masa kita telah berlalu dan sudah ada kerjaya tetapi masa depan anak kita perlu corakkan, ini latihan untuk sijil sahaja, tiada kenaikan gaji, boleh ambil master kalau nak belajar selepas ni dan bermacam-macam lagi.

Saya mula berasa sedih apabila tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan. Namun, saya lupa untuk meminta pendapat dari ibu yang tercinta. Betullah, Islam menyarankan kita utamakan ibu dalam segala hal. Saya mendapat pengajaran besar daripada situasi ini.

Dalam fikiran yang berbelah bahagi, saya telefon ibu saya yang berada jauh di Terengganu. Saya meminta pendapat beliau. Alangkah gembiranya saya apabila beliau telah merestui saya! Kata beliau, tak perlu fikir apa-apa lagi, teruskan memohon. Dapat tak dapat lain cerita. Kalau tak dapat tak apa, puas hati sebab sudah mencuba. Kalau, dapat barulah fikir tindakan seterusnya. Begitulah, bahagianya bila mendengar nasihat dari ibu. Beliau lebih kenal dengan kita kerana sudah berpuluh tahun beliau menjaga, mendidik dan mengetahui kehendak kita. Selama ini, kita lebih meminta pendapat kawan-kawan yang hanya kenal dengan kita beberapa tahun dan dari segi luaran sahaja. Terima kasih, Ummi atas sokongan padu terhadap anakmu ini. Terima kasih!

Saya mula bersemangat dan cuba menyelesaikan pengisian borang, ambil transkrip original, buat medical check up dll. Tapi bukan semudah yang disangka. Terlalu banyak halangan dan dugaan sepanjang permohonan kursus ini. Saya hanya ada lebih kurang 2 minggu untuk menyelesaikan segalanya.

Kepada rakan guru yang berminat untuk menyertai Latihan Perguruan yang akan datang, sentiasalah menyemak tawaran dalam Laman Web dari awal bulan Februari ( setiap hari ) agar tak jadi macam saya. Walaupun terlambat 2 hari, kesannya amat besar sehingga saya hampir-hampir tidak sempat nak hantar permohonan pada hari tarikh tutup KPM. Biasanya tarikh tutup dari kerajaan Jepun lewat seminggu dari tarikh tutup KPM ( yang hari tu, 12 Mac 2013 ).

Di bawah ini saya sertakan tawaran Latihan Perguruan yang lalu ( sebagai panduan sahaja ).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2013 (MONBUKAGAKUSHO:MEXT 2013) LATIHAN PERGURUAN
18 February 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho: MEXT 2013) Latihan Perguruan

kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 18hb. Februari hingga 5 Mac 2013.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7143/03-8321 7151 pada waktu pejabat. Harap Maklum


Sekian, terima kasih

Download
Iklan Tawaran Monbugakusho 2013
Application For Japanese Govrnment Scholarship
Guidelines
health certificate
Recommendation Form
Application Submission Checklist
Borang JPA 1B/96
Borang KPM (BT) LD 1/2011
Borang KPM (BT) LD 2/2011
Borang KPM (BT) LD 3/2011
Borang KPM (BT) LD 4/2011
Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar

Sumber:Laman Web KPM





No comments:

Post a Comment