Monday 29 July 2013

MENTOR SAYA: Terima kasih, Along!

Salam semua,

Mok Su yang telah menghubungkan saya dengan Along, sepupu Pok Su melalui facebook untuk memudahkan saya bertanya secara terus tentang pelbagai masalah sepanjang pengisian borang. Saya bukanlah, kaki facebook. Jadi, saya hanya gunakan facebook semata-mata untuk berhubung dengan Along. Tapi hanya beberapa kali sahaja saya bertanya pada Along.

Nasib menyebelahi saya! Semasa sibuk mengisi borang yang menimbun dan tengah pening-pening lalat, Mok Su telah memberi khabar gembira. Along akan pulang bercuti semester. Saya juga ada membuka facebooknya untuk mengetahui tarikh yang tepat pemulangannya ke Malaysia.

Alhamdullillah, akhirnya Mok Su dan Pok Su membawa saya bertemu dengan Along di rumah Along. Rupanya, kediaman Along hanya berdekatan dengan kuarters saya. Itu merupakan kali kedua pertemuan saya dengan Along kerana sebelum ini pernah bertemu ketika majlis Perkahwinan Mok Su dan Pok Su. Walaupun kurang mengenali antara satu sama lain, Along sudi berkongsi segala-galanya. Terima kasih, Along!

Malam itu, Along menceritakan pelbagai pengalaman di Jepun, berkongsi makanan Jepun dengan kami dan yang paling penting Along telah memberi beberapa salinan borang-borangnya sebagai panduan untuk saya mengisi borang. Dan dari situlah, saya belajar membuat proposal yang terbaik mengikut course kajian yang saya minati. Saya juga dapati proposal yang telah saya buat terpesong sama sekali dan tidak berkualiti. Pertemuan yang bermakna itu, memberi gambaran sebenar tentang cara pengisian borang yang betul.

Terima kasih atas perkongsian dan ilmu yang diberikan, Along! Terima kasih!

No comments:

Post a Comment