Friday 26 July 2013

KATA-KATA ALUAN: Syukur padaMu Ya ALLAH.... Alhamdulillah...

Salam semua,

Alhamdulillah, setelah lama menunggu keputusan, berdoa dan membuat segala-galanya yang perlu, akhirnya ALLAH telah memakbulkan permintaan saya.... iaitu berjaya belajar di Jepun! Alhamdullillah, Ya ALLAH atas rezeki yang Kau kurniakan ini. Aku amat-amat bersyukur kerana Engkau telah mendengar rintihan doa-doaku kepadaMu. Alhamdulillah....


 Sebenarnya, dari mula lagi saya telah bernekad untuk menulis catatan yang penuh bermakna buat sahabat-sahabat yang mempunyai cita-cita seperti saya sekiranya berjaya mendapat peluang belajar di jepun atas tiket "Teacher Training Student". Ini kerana sewaktu saya memohon untuk mengikuti kursus latihan ini, hanya ada beberapa catatan online oleh pemohon-pemohon seperti saya mengenai pengalaman mereka sepanjang menempuhi segala cabaran dan suka duga yang dihadapi dan hanya satu catatan dari Malaysia! Itupun berkenaan mereka yang dah berjaya dan tiada catatan bagaimana mereka boleh berjaya. Disebabkan kesusahan mendapatkan maklumat inilah, saya berhasrat untuk membantu rakan guru yang berminat untuk memohon kursus latihan ini pada masa hadapan.

Semoga catatan ini dapat memberi sedikit panduan dan inspirasi kepada semua. Doakan saya berupaya menceritakan pengalaman dan dugaan tanpa berhenti separuh jalan. InsyaALLAH, ilmu yang dikongsi dapat dimanfaat oleh semua. Wassalam

No comments:

Post a Comment