Friday, 15 August 2014

Day ( 15 Ogos 2014 ) : Ikoinori Park, Saijo.

Salam semua,

Hari kami ke Ikoinori Park, area Saijo. Hari ni, cuaca agak mendung dan kadang-kadang hujan renyai-renyai. Jadi, bila tiba di Ikoinori Park ni, hanya ada beberapa orang pak cik yang `sampo suru` ( bersiar-siar ) bersama binatang kesayang mereka. Ada seorang yang jogging.

Tiba je di sana, terus ke sungai kecil ala Jepun.



Kemudian, anak-anak pergi ke taman permainan yang agak besar di sana. Seronokla main, sebab hanya mereka yang berada di situ.

Taman Permainan di Ikoinori Park ( sebelah kiri )


Permandangan sebelah kanan semasa berjalan menuju ke atas bukit


Ada pentas di hadapan, mungkin untuk sebarang `matsuri`

Taman Jepun di kaki bukit

Lepas tu, kami panjat bukit di Ikoinori Park tu dan melihat permandangan bandar Saijo. Cuma, tak berapa clear sangat sebab agak berkabus selepas hujan.

Perhentian atas bukit. Ini pertengahan bukit, tempat untuk lihat Bandar Saijo.

Bandar Saijo di belakang kami




Thursday, 14 August 2014

FAKTA JEPUN 51: Sungai yang jernih dan bersih!

Salam semua,

Negara Jepun penuh dengan kawasan bergunung-ganang! Sekiranya anda mengembara dari Selatan ke Utara Jepun, permandangan bukit-bukau di kiri dan kanan anda pasti mengkagumkan...

Bila ada banyak bukit, aliran sungai pun banyak. Yang ajaib dan berbezanya dari Malaysia ialah air sungainya sangat jernih dan bersih sehinggakan ikan-ikan dan batu-batuan sungai boleh dilihat dengan jelas.

Akan tetapi bukan semua sungai boleh dijadikan tempat mandi atau memancing...Ini kerana kebanyakan kawasan sungainya mempunyai benteng batu atau tebing rumput yang curam. Hanya sesetengah kawasan sungai sahaja yang mempunyai tangga untuk membolehkan kita sampai dan masuk ke sungai.

Walaupun begitu, kadang kala, apabila hujan turun dengan lebat, warna air akan bertukar coklat dan paras air sungai meningkat. Namun, esoknya atau beberapa hari, air sungai kembali jernih seperti sediakala. Memang mengkagumkan!j

Tuesday, 12 August 2014

Kembara Jepun: Cuti Musim Panas ( 7 -11 Ogos 2014 ) - Plan dan Keperluan Pengembaraan!

Salam semua,

Alhamdulillah, kami sekeluarga diberi kesempatan untuk bercuti ke Mihara, Fukuyama, Okayama, Kobe, Himeji, Osaka, Kyoto dan Nara. Dengan adanya kereta, senang nak melancong merata-rata.

 Plan melancong yang adhock sebenarnya! Sebenarnya dah plan nak melancong sebelum tu lagi, tapi tak prepare apa-apa. Pagi 7 Ogos 2014 plan nak ke kawasan air terjun, di Shimane Prefecture. Tapi tukar plan serta-merta, nak round Jepun sejauh mungkin dalam masa 4, 5 hari sebab area Shimane tu pun dah jauh ke atas, alang-alang boleh melawat tempat-tempat lain sekali. Lagipun, tak ada apa yang boleh buat di rumah selain melayari internet. Musim panas pulak tu, nak stay dalam rumah sepanjang masa pun tak selesa.

 Plan bertukar dari hanya ingin ke Shimane dan Tottori, kami ubah destinasi ingin ke Utara Jepun, sejauh yang mungkin.... ingat nak sampai Hokkaido, tapi tak sampai pun...

 Dari pukul 8.00 pagi nak bertolak, akhirnya dekat pukul 2 petang bau keluar rumah. Minta anak-anak packing baju masing-masing, sediakan bekal secukupnya untuk perjalanan utk 4, 5 hari, bersihkan rumah dll.

 Baru teringat ada lagi dokumen haji yang tidak settle... Suami keluar print apa-apa yang patut dalam pukul 12 tengahari dan kembali semula. Setelah itu, kami suami isteri keluar ke pejabat pos utk poskan dokumen ke Tokyo. Alhamdulillah, settle semuanya. Kemudian, menuju ke Lamu untuk membeli bekalan makanan seperti roti dan biskut. Sebab bukan mudah nak cari roti di Jepun. Jadi beli, siap-siap untuk bekalan waktu lapar banyak-banyak.

 Pukul 2 lebih, bertolak dari rumah... Ambil duit di Hiroshima Bank dan terus menuju ke arah jalan ke Fukuyama...

 Keperluan yang kami bawa:

 1. Pakaian Sekeluarga
 2. Peralatan Kebersihan Diri
 3. Bekalan makanan untuk 4,5 hari - Nasi dan lauk-pauk ( utk hari pertama dan sarapan hari kedua shj), Roti, Serunding, Susu pekat, mee segera, biskut, jem, kacang, instant mushroom soup.
4. Cerek - blh guna untuk masak mee segera @ lain2 : plug blh didapati dlm tandas laluan tol atau mana-mana supermarket
5. Pisau - patutnya di Jepun tak boleh bawa pisau ( satu kesalahan ), tapi sebab rasa sangat perlu bawa juga...
6. GPS
7. Koordinat Masjid-masjid di Jepun - sepatutnya kena ada alamat dan briefing tempat area berdekatan.
8. Kompas untuk solat
9. Charger-charger yang berkaitan
10. Buku-buku - utk pembacaan anak-anak
 11. Laptop - tapi tak berguna sangat sebab susah nak cari plug
 12. Duit secukupnya - untuk petrol, makan, masuk tempat menarik, parking dan tol ( jika sanggup bayar! )- saya bawa dalam 55,000 yen... alhamdulillah cukup untuk 5 hari. 

Sepatutnya perlu ada lagi:

 1. Internet - kalau nak senang search apa-apa sebab di Jepun susah nak cari internet free... di 7e ada internet free, boleh guna phone utk apps seperti whatapps, line, google translate, google maps ( klu x daftar ), tapi website tak leh buka.
2. Kamus Jepun - jika perlu
3. Peta kawasan
4. Sudu secukupnya ( sebab kami ramai - berenam!)
5. Periuk nasi
6. Kamera beresolusi tinggi


 Ok, nanti sambung lagi...Wassalam

Monday, 30 June 2014

Day ( 30 Jun 2014 ): Peluang ke Korea melalui University Hiroshima

Salam semua,

Hari ini jumpa notice ni untuk sesiapa yang berminat ke Korea waktu cuti semester nanti. Saya pun mmg plan nak ke Korea, stay sana beberapa minggu untuk compare culture di sana berbanding Jepun. Nak sangat tinggal di Korea untuk jangka masa tertentu. 

Dulu, di Malaysia pernah belajar ikuti  Korean Language Class di Korea Plaza KL sebelum datang ke Jepun. Lepas habis sekolah, pergi belajar Bahasa Korea sekali seminggu secara percuma. Hanya perlu daftar melalui laman web. Pastu, kalau nasib kita baik ( kelas belum penuh ), bolehlah ikuti kelas tu. Bahasa Korea ni, tulisannya lebih mudah berbanding Bahasa Jepun. Hanya satu sistem tulisan sahaja, cuma sebut payah sikit. Ada perkataan kena sebut secara tebal dan nipis etc. Susunatur ayat lebih kurang sama dengan Jepun.

Boleh ambil peluang ke Korea selama seminggu!

Tapi mahal juga... 12 man yen ( 120,000 yen )

Perlu fikir balik, sebab Inshaa Allah, kalau ada rezeki nak pergi tunaikan haji bulan Oktober nanti. Banyak benda nak prepare masa cuti dan tidak boleh guna duit begitu sahaja. Wassalam

Saturday, 31 May 2014

Day ( 31 May 2014 ): Children Class - Hiroshima Islamic Culture Centre ( HICC )

Selepas belajar bersama-sama rakan di Masjid As-salam ( Higashi-Hiroshima ), mereka dijamu aiskrim oleh para pembimbing. Terima kasih, ustaz ustazah!

Hidayah, Huraiyah dan Hulaif


Ahmad makan aiskrim bersama kawan-kawan lelaki yang lain... Dafa-kun dan Isumairu-kun!

Wednesday, 21 May 2014

19 Mei 2014 - Dapat kereta dari adik-adik 3rd year!

Salam semua,

Alhamdulillah, setelah lama menunggu untuk mendapat kereta, akhirnya kereta Honda Odessey berwarna  silver gelap menjadi milik kami. Terima kasih, adik-adik atas pemberian kereta tersebut.

Kami menghadiah sedikit duit buat adik-adik tersebut sebagai tanda ucapan terima kasih. Kemudian, kami perlu membayar 45 000 yen di kombini untuk memperbaharui insurance kereta tersebut. insuran perlu dibayar setahun hanya sekali.

Syukur pada Allah, dalam usaha kami mencari kereta untuk dibeli, Allah memberi kereta 'percuma' kepada kami.Shaken pun masih ada sehingga 18 Feb 2015, sesuai sangat dengan situasi kami yang akan pulang ke Malaysia pada Mac 2015. Menurut adik-adik, kereta tersebut merupakan pemberian satu keluarga Malaysia yang datang belajar di sini dahulu. Apabila mereka, ingin pulang ke Malaysia maka kereta itu diberikan kepada 4 orang adik 1st year ketika itu.

Setelah itu, mereka berkongsi untuk bayaran shaken, parking, insurance dan petrol. Namun memandangkan kereta tersebut jarang digunakan, mereka terasa terbeban dan berhasrat melupuskan kereta tersebut sebelum insuran pada akhir Mei tamat, walaupun shaken masih ada. Bayaran pelupusan adalah sebanyak 20 000 yen.

Kebetulan En.Nazril ( isterinya, Pn Rozyanti yang juga pendatang baru Hiroshima sebagai pelajar Phd ) mengetahui tentang perkara itu dan beliau juga mengetahui kami sedang mencari kereta, beliau dan salah seorang adik 3rd year ( Saudara Hafiz ) datang ke rumah kami bertanyakan sama ada kami ingin kereta tersebut atau tidak. Apa lagi, pucuk di cita, ulam mendatang... Rasa macam tak percaya, ada orang nak sedekahkan kereta begitu sahaja secara percuma... Yelah, kalau nak lupuskan, mereka kena bayar jugak... Kalau sedekah, tak perlu bayar apa-apa, hilang beban bayaran bulanan dan tahunan dan dapat pahala lagi.... =) Macam simbiosis... Alhamdulillah, rezeki kami! Terima kasih, adik-adik!

Kondisi kereta memang tip top! Masuk kereta, bau macam kereta baru... mungkin sebab jarang diguna. Luas dan selesa dipandu! Sangat sesuai dengan keluarga besar kami! Memang rezeki... Nasib baik tak kena lupus...

Kondisi kereta di Jepun mestilah baik sebelum digunakan di jalanraya. Mereka mempunyai sistem Shaken iaitu pemeriksaan kereta ( macam Puspakom )setiap 2 tahun dan ia adalah wajib! Bayaran Shaken dengarnya agak mahal sekitar 120 000 - 200 000 yen. Semasa pemeriksaan tersebut sebarang kerosakan dikesan dan perlu diperbaiki, barulah dapat Shaken. Kalau ada Shaken, insuran baru berfungsi. Takde Shaken, tak boleh dipandu...nanti kena saman! Ala-ala macam roadtax di Malaysia.. Biasanya, kalau ada kerosakan kereta, pemilik kenderaan akan memperbaikinya sebelum Shaken, agar dapat baiki tempat yang murah dan tidak bermasalah dalam pengurusan Shaken.

Alhamdulillah Ya Allah...



Sunday, 13 April 2014

Sakura Hanami di Kagamiyama Koen!

Salam semua,

Hari ini termakbul juga untuk melihat bunga sakura dan bergambar bersama keluarga! Sukar betul nak cari masa untuk berkumpul bersama. Anak-anak balik lambat dari sekolah la, saya sibuk di universiti la.. macam-macam alasan lain. Pesanan pada bakal-bakal pelajar ke Jepun, kena cari masa untuk possing banyak-banyak bersama Sakura... sebab Sakura ni hanya berbunga cantik selama 2 minggu je. Lepas tu gugur...

Kami ni pun, nyaris habis musimnya. Sedih betul! Tapi, alhamdulillah masih ada rezeki bersama Sakura!

ありがとうございます Nabihah tolong ambil gambar untuk kami.