Thursday 14 August 2014

FAKTA JEPUN 51: Sungai yang jernih dan bersih!

Salam semua,

Negara Jepun penuh dengan kawasan bergunung-ganang! Sekiranya anda mengembara dari Selatan ke Utara Jepun, permandangan bukit-bukau di kiri dan kanan anda pasti mengkagumkan...

Bila ada banyak bukit, aliran sungai pun banyak. Yang ajaib dan berbezanya dari Malaysia ialah air sungainya sangat jernih dan bersih sehinggakan ikan-ikan dan batu-batuan sungai boleh dilihat dengan jelas.

Akan tetapi bukan semua sungai boleh dijadikan tempat mandi atau memancing...Ini kerana kebanyakan kawasan sungainya mempunyai benteng batu atau tebing rumput yang curam. Hanya sesetengah kawasan sungai sahaja yang mempunyai tangga untuk membolehkan kita sampai dan masuk ke sungai.

Walaupun begitu, kadang kala, apabila hujan turun dengan lebat, warna air akan bertukar coklat dan paras air sungai meningkat. Namun, esoknya atau beberapa hari, air sungai kembali jernih seperti sediakala. Memang mengkagumkan!j

No comments:

Post a Comment