Saturday, 31 May 2014

Day ( 31 May 2014 ): Children Class - Hiroshima Islamic Culture Centre ( HICC )

Selepas belajar bersama-sama rakan di Masjid As-salam ( Higashi-Hiroshima ), mereka dijamu aiskrim oleh para pembimbing. Terima kasih, ustaz ustazah!

Hidayah, Huraiyah dan Hulaif


Ahmad makan aiskrim bersama kawan-kawan lelaki yang lain... Dafa-kun dan Isumairu-kun!

Wednesday, 21 May 2014

19 Mei 2014 - Dapat kereta dari adik-adik 3rd year!

Salam semua,

Alhamdulillah, setelah lama menunggu untuk mendapat kereta, akhirnya kereta Honda Odessey berwarna  silver gelap menjadi milik kami. Terima kasih, adik-adik atas pemberian kereta tersebut.

Kami menghadiah sedikit duit buat adik-adik tersebut sebagai tanda ucapan terima kasih. Kemudian, kami perlu membayar 45 000 yen di kombini untuk memperbaharui insurance kereta tersebut. insuran perlu dibayar setahun hanya sekali.

Syukur pada Allah, dalam usaha kami mencari kereta untuk dibeli, Allah memberi kereta 'percuma' kepada kami.Shaken pun masih ada sehingga 18 Feb 2015, sesuai sangat dengan situasi kami yang akan pulang ke Malaysia pada Mac 2015. Menurut adik-adik, kereta tersebut merupakan pemberian satu keluarga Malaysia yang datang belajar di sini dahulu. Apabila mereka, ingin pulang ke Malaysia maka kereta itu diberikan kepada 4 orang adik 1st year ketika itu.

Setelah itu, mereka berkongsi untuk bayaran shaken, parking, insurance dan petrol. Namun memandangkan kereta tersebut jarang digunakan, mereka terasa terbeban dan berhasrat melupuskan kereta tersebut sebelum insuran pada akhir Mei tamat, walaupun shaken masih ada. Bayaran pelupusan adalah sebanyak 20 000 yen.

Kebetulan En.Nazril ( isterinya, Pn Rozyanti yang juga pendatang baru Hiroshima sebagai pelajar Phd ) mengetahui tentang perkara itu dan beliau juga mengetahui kami sedang mencari kereta, beliau dan salah seorang adik 3rd year ( Saudara Hafiz ) datang ke rumah kami bertanyakan sama ada kami ingin kereta tersebut atau tidak. Apa lagi, pucuk di cita, ulam mendatang... Rasa macam tak percaya, ada orang nak sedekahkan kereta begitu sahaja secara percuma... Yelah, kalau nak lupuskan, mereka kena bayar jugak... Kalau sedekah, tak perlu bayar apa-apa, hilang beban bayaran bulanan dan tahunan dan dapat pahala lagi.... =) Macam simbiosis... Alhamdulillah, rezeki kami! Terima kasih, adik-adik!

Kondisi kereta memang tip top! Masuk kereta, bau macam kereta baru... mungkin sebab jarang diguna. Luas dan selesa dipandu! Sangat sesuai dengan keluarga besar kami! Memang rezeki... Nasib baik tak kena lupus...

Kondisi kereta di Jepun mestilah baik sebelum digunakan di jalanraya. Mereka mempunyai sistem Shaken iaitu pemeriksaan kereta ( macam Puspakom )setiap 2 tahun dan ia adalah wajib! Bayaran Shaken dengarnya agak mahal sekitar 120 000 - 200 000 yen. Semasa pemeriksaan tersebut sebarang kerosakan dikesan dan perlu diperbaiki, barulah dapat Shaken. Kalau ada Shaken, insuran baru berfungsi. Takde Shaken, tak boleh dipandu...nanti kena saman! Ala-ala macam roadtax di Malaysia.. Biasanya, kalau ada kerosakan kereta, pemilik kenderaan akan memperbaikinya sebelum Shaken, agar dapat baiki tempat yang murah dan tidak bermasalah dalam pengurusan Shaken.

Alhamdulillah Ya Allah...



Sunday, 13 April 2014

Sakura Hanami di Kagamiyama Koen!

Salam semua,

Hari ini termakbul juga untuk melihat bunga sakura dan bergambar bersama keluarga! Sukar betul nak cari masa untuk berkumpul bersama. Anak-anak balik lambat dari sekolah la, saya sibuk di universiti la.. macam-macam alasan lain. Pesanan pada bakal-bakal pelajar ke Jepun, kena cari masa untuk possing banyak-banyak bersama Sakura... sebab Sakura ni hanya berbunga cantik selama 2 minggu je. Lepas tu gugur...

Kami ni pun, nyaris habis musimnya. Sedih betul! Tapi, alhamdulillah masih ada rezeki bersama Sakura!

ありがとうございます Nabihah tolong ambil gambar untuk kami.

Thursday, 13 March 2014

Higashi-Hiroshima: Pengalaman Gempa Bumi Pertama!

Salam semua, Semalam, pada pukul 2.48 pagi ( 1.48 pagi waktu Malaysia ), kami sekeluarga telah mengalami pengalaman agak menggerunkan di sini. Gempa Bumi!!! Pengalaman pertama bagi kami! Gempa bumi berskala M6.2 skala richter. Susulan gempa seterusnya ialah pada pukul 3.47 pagi... tapi tak sekuat gempa pertama. Memang agak menakutkan dan bimbang rumah akan runtuh... Sebenarnya sewaktu gempa tu, kami dah tidur. Tersedar semula akibat gempa. Suami bertanya semasa gempa sedang berlaku,"Kenapa ni?". Saya hanya jawab,"Gempa bumi". "Ooo ..macam ni rupanya rasa Gempa Bumi!". Menurut kawan-kawan yang lain, semasa terjadi gempa semua telefon berdering memberi amaran gempa... " Jishi desu, jishi desu ( Gempa bumi, gempa bumi)" atau bunyi seperti siren kereta polis dll. Malangnya, telefon kami tiada amaran tersebut kerana tiada 'internet connection'. Semua telefon di jepun mempunyai applikasi amaran gempa dan akan berbunyi tepat bersamaan masa gempa berlaku. Alhamdulillah, semuanya selamat. Rupanya ada web yang menyenaraikan semua gempa bumi di dunia... http://earthquakestoday.info/ . Semua gempa yang berlaku ada direkodkan di sini. Berita dalam internet... 6.3-magnitude quake strikes off S. Japanese island of Kyushu A 6.3 magnitude earthquake has struck off the south coast of Japan, 13 kilometers north of the city Kunisaki-shi, located on the southern Kyushu Island, according to the US Geological Survey. The epicenter fell at a depth of 82.9km, striking off the coast at the intersection between Kyushu, the main island of Honshu, and Shikoku, at 2:06 a.m. on Friday (1706 GMT on Thursday). A 6.3 earthquake is capable of causing ‘serious damage’, according to the USGS, while earthquakes measuring between 6.0 and 6.9 on the Richter scale can be felt up to hundreds of kilometers from the epicenter. The quake struck 36 km south-south-west of the city of Hikari, western Honshu, which has a population of over 50,000 people. No reports of damage or casualties have immediately followed. The USGS has released a pager ‘green’ alert, meaning that “there is a low likelihood of casualties and damage.” Berlaku 2.06pagi tengah laut dan sampai pada kami 2.48 pagi dengan M6.2! Ini adalah mengenai Richter Scales Richter magnitudes Description Earthquake effects Frequency of occurrence Less than 2.0 Micro Microearthquakes, not felt. About 8,000 per day 2.0-2.9 Minor Generally not felt, but recorded. About 1,000 per day 3.0-3.9 Very Light Often felt, but rarely causes damage. 49,000 per year(est.) 4.0-4.9 Light Noticeable shaking of indoor items, rattling noises. Significant damage unlikely. 6,200 per year (est.) 5.0-5.9 Moderate Can cause major damage to poorly constructed buildings over small regions. 800 per year 6.0-6.9 Strong Can be destructive in areas up to about 160 kilometres (100 mi) across in populated areas. 120 per year 7.0-7.9 Major Can cause serious damage over larger areas. 18 per year 8.0-8.9 Great Can cause serious damage in areas several hundred miles across. 1 per year 9.0-9.9 Extreme Devastating in areas several thousand miles across. 1 per 20 years 10.0+ Epic Never recorded. Bila tengok plot kejadian gempa bumi di seluruh dunia, rupanya sangat banyak gempa berlaku... hanya Malaysia yang selamat dalam peta web earthquake tu! Mungkin bagi masyarakat negara lain, gempa bumi tu perkara biasa. Berdasarkan web tu, 'past 7 days' ada 90 earthquakes seluruh dunia yang berskala M4.5 ke atas! Jaa, Mata Ne!

Friday, 14 February 2014

Peluang Belajar di Jepun untuk Guru ( sessi 2014-2016 )!

Assalam... Baru lihat tawaran Belajar di Jepun untuk guru-guru dalam website Embassy of Japan in Malaysia! Kepada guru-guru yang berminat, bolehlah pohon... Memang sangat seronok belajar di Jepun... berdasarkan pengalaman selama 4 bulan lebih ni. Banyak benda baru yang saya dapat sepanjang di Hiroshima ni... insyaallah, lebih kurang 1 tahun 1 bulan lebih di sini akan dimanfaatkan sebaik mungkin! Alhamdulillah... Iklan Tawaran Teacher Training Program 2014 Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Teacher-Training (A) Application Period: January ~ February every year (B) Application Due Date for Academic Year 2014: 11 March 2014 (C) Overview: ( English / Chinese ) (D) Press Release: ( English / Bahasa Malaysia / Chinese ) (E) Application Guidelines & Forms / Course Guidebook: Guidelines & Forms / Course Guidebook ** Please visit Public Service Department of Malaysia website for full set of application forms and requirements in details. (F) Application Process: IMPORTANT NOTES: January ~ February Submit application form to the Public Service Department of Malaysia by due date. March Interview. Only successful candidates will be notified to attend the interview. August Notification of final result. October Depart to Japan. (1) Late submissions will not be entertained no matter what reasons are given. (2) Applications without sufficient documents (stated in the guidelines) will not be considered. (3) Submitted application forms and documents will not be returned, whatever reasons given. (4) The decision on successful candidates made by the Embassy of Japan is final. Any queries on the final decision will not be entertained. Link: http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm#E Selamat Memohon! Wassalam

Wednesday, 5 February 2014

Hiroshima : Peluang menunaikan Haji dari Jepun

Salam semua,

Sewaktu pulang seketika ke Malaysia selama 2 minggu ( 24 Dis 2013 - 7 Jan 2014 ), saya sempat melawat ke sekolah saya untuk menguruskan beberapa perkara.

Saya juga berpeluang berjumpa dengan Guru Besar, Puan Mintal binti Masri yang baru pulang dari menunaikan Haji di Mekah dan seorang ibu pelajar, yang suaminya dulu merupakan bekas pelajar di Jepun juga.

Kami sempat berbual mengenai Jepun dan pengalaman Pn Mintal semasa menunaikan Haji. Apa yang menariknya, beliau memberitahu saya mengenai pertemuan beliau dengan seorang warga Indonesia di Mekah yang menyatakan bahawa dia ke Mekah bersama suaminya, melalui Jepun. Suaminya merupakan pelajar di Jepun dan mereka mengisi kuota di Jepun untuk menunaikan Haji. Menurut cerita Pn Mintal, suami isteri tersebut meninggalkan anak mereka di Jepun bersama ibu mereka yang datang dari Indonesia. Puan Mintal meminta saya bertanya kawan-kawan di Jepun, mana tahu ada peluang Haji menggunakan Kuota Jepun.

Sebenarnya, Puan Mintal merupakan salah seorang yang banyak menyokong saya untuk belajar di Jepun menerusi Teacher Training Program. Beliau banyak mendorong saya untuk terus belajar dan mencari pengalaman baru di tempat orang semasa masih muda. Ketika hampir semua kawan-kawan saya tidak begitu bersetuju dengan keputusan saya untuk ke Jepun, beliau antara yang menyokong kuat keputusan saya. Dari pengesahan borang dan pelbagai surat-menyurat, beliau menyokong penuh segala usaha saya untuk terus belajar. Terima kasih, Puan Mintal atas sokongan Puan.

Dari awal lagi, sebelum beliau bertolak ke Mekah, beliau selalu bertanya saya mengenai pendaftaran haji melalui Tabung Haji. Menurut beliau, pendaftaran haji perlu dibuat awal, agar kita mendapat giliran ke Mekah lebih awal. Tarikh keberangkatan beliau ke Mekah hampir sama dengan tarikh saya bertolak ke Jepun!

Apabila pulang semula ke Jepun, saya masih tercari-cari peluang Haji. Akhirnya, sewaktu ke Masjid As-salam, Higashi-Hiroshima, saya terjumpa risalah Haji. Alhamdulillah! Saya mula berbincang dengan suami secara online, dan bercita-cita untuk menunaikan Haji menggunakan Kuota Jepun.

Wassalam


Saturday, 14 December 2013

Chilblains!

Salam semua...

Dalam 2, 3 minggu ni jari kaki saya mula bengkak dan gatal-gatal. Mula-mula hanya bengkak dan sakit bila terlanggar sesuatu... ingatkan saya ada terlanggar apa-apa tanpa disedari... pastu jadi bengkak.

Tapi kebelangkangan ni dah mula gatal-gatal dalam ada biji-biji merah pada kaki. Saya mula mengesyaki kaki dijangkiti fungus! sebab bila pakai kasut kaki cepat berpeluh... Cuaca persekitaran pun makin sejuk!

3 hari lepas, anak-anak mula menunjukkan simptom yang sama. Sampai malam tak dapat tidur dengan baik kerana terlalu gatal... Anak ke 3, menangis-nangis bila nak tidur sebab amat gatal. Saya hanya boleh sapu bedak dan minta anak bersabar sebab dalam seminggu lebih lagi kami akan pulang ke Malaysia dan berharap agar cuaca panas dan kering dapat membantu nanti.

Hari ni, saya cuba search internet... untuk tahu lebih lanjut pasal kaki gatal dan bengkak ni. Cari punya cari, akhirnya dapat tahu... rupa-rupanya, ini adalah Chilblains! Penyakit musim sejuk!

Alhamdulillah! Sebab mulanya ingat fungus... siap minta anak-anak basuh dalam kasut masing-masing dan jemur bawah matahari. Penyakit ni rupa-rupanya menyerang bila kaki atau tangan mengalami perubahan suhu yang mendadak. Contohnya, bila diluar rumah terlalu sejuk dan bila masuk rumah suhu dalam blanket terlalu tinggi... Kejutan perubahan suhu menyebabkan salur darah pada kaki dan tangan mengecut dan darah berkumpul menyebabkan bengkak.

So, lepas ni... kena pastikan suhu kaki dan tangan tidak terlalu jauh beza... agar penyakit ni boleh sembuh, Amin. Wassalam.