Salam semua...
Dalam 2, 3 minggu ni jari kaki saya mula bengkak dan gatal-gatal. Mula-mula hanya bengkak dan sakit bila terlanggar sesuatu... ingatkan saya ada terlanggar apa-apa tanpa disedari... pastu jadi bengkak.
Tapi kebelangkangan ni dah mula gatal-gatal dalam ada biji-biji merah pada kaki.
Saya mula mengesyaki kaki dijangkiti fungus! sebab bila pakai kasut kaki cepat berpeluh... Cuaca persekitaran pun makin sejuk!
3 hari lepas, anak-anak mula menunjukkan simptom yang sama. Sampai malam tak dapat tidur dengan baik kerana terlalu gatal... Anak ke 3, menangis-nangis bila nak tidur sebab amat gatal. Saya hanya boleh sapu bedak dan minta anak bersabar sebab dalam seminggu lebih lagi kami akan pulang ke Malaysia dan berharap agar cuaca panas dan kering dapat membantu nanti.
Hari ni, saya cuba search internet... untuk tahu lebih lanjut pasal kaki gatal dan bengkak ni. Cari punya cari, akhirnya dapat tahu... rupa-rupanya, ini adalah Chilblains! Penyakit musim sejuk!
Alhamdulillah! Sebab mulanya ingat fungus... siap minta anak-anak basuh dalam kasut masing-masing dan jemur bawah matahari.
Penyakit ni rupa-rupanya menyerang bila kaki atau tangan mengalami perubahan suhu yang mendadak. Contohnya, bila diluar rumah terlalu sejuk dan bila masuk rumah suhu dalam blanket terlalu tinggi... Kejutan perubahan suhu menyebabkan salur darah pada kaki dan tangan mengecut dan darah berkumpul menyebabkan bengkak.
So, lepas ni... kena pastikan suhu kaki dan tangan tidak terlalu jauh beza... agar penyakit ni boleh sembuh, Amin.
Wassalam.
Saturday, 14 December 2013
Tuesday, 19 November 2013
Day ( 19 Nov 2014 ) Salji yang ditunggu-tunggu Hulaif!
Salam semua,
Terima kasih pada Hakim, kerana sudi datang ambil dan hantar suami serta Hulaif ke Higashi-Hiroshima Station.
Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah. Setelah berhari-hari menunggu salji turun, akhirnya termakbul juga doa Hulaif untuk bermain salji. Hari ini merupakan hari untuk suami dan Hulaif pulang ke Malaysia. Walaupun, hanya dapat bermain salji seketika, Hulaif sangat menghargai suasana itu...
Hulaif kesejukan...
Ahmad bermain salji di laluan turun untuk orang kurang upaya
Berposing di sisi kereta
Ahmad dah rasa panas pakai baju tebal 2 lapis... sarung tangan pun dah tak pakai lagi... Hulaif pula tambah satu lagi baju tebal
Bergambar bersama sementara menunggu untuk ke Higashi-Hiroshima Station
Hulaif puashati dapat main salji sebelum balik!
Ahmad happy sebab dapat stay Jepun ...bolehlah main salji lagi lepas ni
Suami
Saya...hehehe
Sunday, 17 November 2013
KEMBARA HIROSHIMA: Welcome to Higashi-Hiroshima My Daughters!
Salam semua,
Alhamdulillah, akhirnya dua orang anak perempuan saya menjejakkan kaki di Higashi-Hiroshima, Jepun! Welcome my daughters!
Kami bermalam di Kansai Airport kerana tiba dari Malaysia pukul 22.45 malam dan selesai buat resident card dan ambil beg dalam 1 jam. Selepas pukul 12 malam, keretapi dan shinkansen dah tak beroperasi lagi!
Dari Kansai Airport, kami ke Higashi-Hiroshima menaik keretapi dan Shinkanzen ( 4 buah semuanya)dan tiba jam 9.28 minit. Hakim dan Nabihah datang menjemput kami dari Higashi-Hiroshima Station. Thanks adik-adik!
Lepas tu, kami bershopping di 'Maxvalu', Lamu dan Every. Sampai rumah dalam pukul 2 petang.
Wassalam
Saturday, 5 October 2013
( Hari 4) KEMBARA HIROSHIMA: Hanya di Recreation Room 2nd Floor, International House!
Salam Semua,
4 Okt 2013
Hari ini agak suram... Tak ke mana-mana pun kecuali ke Reacreation Room untuk guna internet!
Hujan dari semalam hingga ke saat ni ( pukul 7.50 mlm di Hiroshima ). Suasana di langit sangat berkabus... Tapi tak sejuk sangat...

Friday, 4 October 2013
( Hari 3 ) KEMBARA HIROSHIMA: Jalan-jalan di Saijo!
Salam Semua,
Hari ni keluar jalan-jalan untuk tengok bandar Saijo ( bandar berdekatan Universiti ) bersama Ummi! Konon-konon nak pergi supermarket... tapi tak sampai pun...
Jadi, hanya jalan-jalan sekitar bandar dan banyak ambil gambar! Tahu sikit-sikit jalan di sini, Alhamdulillah!
Hari ni, tutor ada kelas penuh... jadi tutor x dapat temankan.

Thursday, 3 October 2013
( Hari 2 ) KEMBARA HIROSHIMA : Buka Akaun Japan Post!
Salam semua,
Hari ni pun mmg best.... Janji dengan student tutor pkl 10 pagi. Org jepun sgt tepati masa.
10.00 am Ke Universiti Hiroshima
10.10 am Terpaksa ke post office untuk buka akaun bank Jepun. Banyak borang yang perlu diisi. Sy hanya isi nama shj, sbb x tahu tulis dlm bahasa Jepun. yang lain-lain tutor yang isi. Kesian dia sbb terlalu byk borang kena isi.
11.00 am Ke Universiti semula untuk ke student plaza. Jumpa dgn Ms Iguchi yg byk bantu urusan tempat tinggal.
12.00 pm Ke kafetaria yg ada makanan halal. Sgt teruja!
1.10 pm Ke Student Plaza sekali lagi sbb Ms Iguchi tel tutor ada yang perlu disummit lagi.
1.30 pm Tiba di International student house.
1.40 pm Minta staff tolong uruskan dapur.... Sbb tak berfungsi. Masalah kunci hilang... Rupanya dlm poket!
2.00 pm Taklimat international house mengenai bilik rekreasi pelajar, cara menggunakan mesin basuh, cara buang sampah dll
3.00pm janji nak beli phone dgn tutor. Tp tutor ada kelas, dia terlupa kelas dia....
3.45 pm Ke kedai phone au...tapi x beli pun... Sbb mahal sgt... Kena beli telefon skli... X boleh beli no. Shj.
5.00 pulang

(Hari Pertama) KEMBARA HIROSHIMA: Tiba di Kansai Airport dan Higashi-Hiroshima!
Salam semua,
Hari pertama di Jepun (waktu tempatan) 2 Okt 2013
7.30 am Tiba di Kansai Airport. Uruskan Resident Card
9.25 am Beli tiket di JR railway ticket HARUKA ( nikai - tingkat 2 )
9.46 am Naik Haruka train no 12 ke Shin-Osaka
10.45 am Naik nozomi no 15 shinkanzen ke hiroshima
12.23 pm Naik Kodama 738 shinkanzen ke higashi- hiroshima
12.35 pm Tiba di Higashi-hiroshima station.
Van universiti datang ambil (bayar kemudian: 500yen seorang)
1.40 pm tiba di Hiroshima University International Student House
2.10 pm check in dlm bilik B 1502
2.45 pm jumpa student tutor. Uruskan recident card utk alamat dan card insurance (200 yen).
5.00 pm Beli basikal
Sgt seronok! Dpt student tutor yang sgt baik dan sgt membantu dlm urusan rasmi di Jepun.

Subscribe to:
Posts (Atom)